Pasukan pengurusan
Larry Page dan Sergey Brin menubuhkan Google pada September 1998. Semenjak itu, syarikat telah berkembang kepada lebih daripada 30,000 pekerja di seluruh dunia, dengan pasukan pengurusan yang terdiri daripada profesional teknologi yang paling berpengalaman dalam industri.
Pegawai Eksekutif
Larry Page CEO
Sebagai ketua pegawai eksekutif Google, Larry bertanggungjawab terhadap operasi harian Google, di samping menerajui pembangunan produk dan strategi teknologi syarikat. Beliau mengasaskan Google bersama dengan Sergey Brin pada 1998 sambil mengejar PhD di Stanford University dan ialah CEO pertama sehingga 2001—mengembang syarikat sehingga lebih daripada 200 pekerja dan meraih keuntungan. Dari 2001 hingga 2011, Larry ialah presiden produk.
Larry memegang ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan dari University of Michigan, Ann Arbor dan ijazah sarjana dalam sains komputer dari Stanford University. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan (NAC) Kolej Kejuruteraan University of Michigan, dan bersama dengan pengasas bersama Sergey Brin, Larry dianugerahi dengan Marconi Prize pada 2004. Beliau adalah pemegang amanah lembaga X PRIZE dan dilantik ke Akademi Kejuruteraan Kebangsaan pada 2004.
Eric E. Schmidt Pengerusi Eksekutif
Sejak menyertai Google pada 2001, Eric Schmidt telah membantu mengembangkan syarikat daripada syarikat permulaan di Lembah Silikon kepada peneraju global dalam bidang teknologi. Sebagai pengerusi eksekutif, beliau bertanggungjawab atas perkara luaran Google: membina perkongsian dan hubungan perniagaan yang lebih luas, capaian kerajaan dan kepimpinan berfikiran teknologi serta menasihatkan CEO dan pemimpin kanan tentang isu perniagaan dan dasar.
Dari 2001-2011, Eric berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Google dan menyelia strategi teknikal dan perniagaan syarikat bersama-sama dengan pengasas Sergey Brin dan Larry Page. Di bawah kepimpinannya, Google mengembangkan infrastrukturnya dengan ketara dan mempelbagaikan penawaran produknya sambil mengekalkan budaya inovasi.
Sebelum menyertai Google, Eric ialah pengerusi dan CEO Novell dan ketua pegawai teknologi di Sun Microsystems, Inc. Sebelum itu beliau berkhidmat dengan tenaga kerja penyelidikan di Xerox Palo Alto Research Center (PARC), Bell Laboratories dan Zilog. Beliau memegang ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik dari Princeton University serta ijazah sarjana dan PhD dalam sains komputer dari University of California, Berkeley.
Eric merupakan ahli Majlis Penasihat Presiden tentang Sains dan Teknologi dan Majlis Penasihat Perdana Menteri di U.K. Beliau telah dilantik ke Akademi Kejuruteraan Kebangsaan pada tahun 2006 dan dilantik ke Akademi Seni Lukis dan Sains Amerika sebagai felow pada tahun 2007. Beliau juga mempengerusikan lembaga Yayasan New America dan sejak tahun 2008, menjadi pemegang amanah Institut Kajian Lanjutan di Princeton, New Jersey.
Sergey Brin Pengasas Bersama
Sergey Brin bersama mengasaskan Google Inc. pada 1998. Hari ini, beliau pengarah projek khas. Dari 2001 hingga 2011, Sergey berkhidmat sebagai presiden teknologi dan beliau berkongsi tanggungjawab terhadap operasi harian syarikat bersama Larry Page dan Eric Schmidt.
Sergey menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang matematik dan sains komputer dari University of Maryland di College Park. Beliau sekarang sedang bercuti dari program PhD dalam sains komputer di Stanford University, di mana beliau menerima ijazah sarjananya. Sergey ialah ahli Akademi Kejuruteraan Kebangsaan dan penerima Biasiswa Graduan Yayasan Sains Kebangsaan.
Beliau telah menerbitkan lebih daripada sedozen kertas akademik, termasuk Extracting Patterns and Relations from the World Wide Web; Dynamic Data Mining: A New Architecture for Data with High Dimensionality, yang beliau terbitkan bersama Larry Page; Scalable Techniques for Mining Casual Structures; Dynamic Itemset Counting and Implication Rules for Market Basket Data; dan Beyond Market Baskets: Generalizing Association Rules to Correlations.
Nikesh Arora Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Perniagaan
Nikesh menyelia semua pendapatan dan operasi pelanggan serta pemasaran dan perkongsian. Sejak menyertai Google pada 2004, beliau telah memegang beberapa jawatan di syarikat. Terbaru, beliau menerajui operasi jualan terus global Google. Beliau juga membangunkan dan menguruskan operasi syarikat di pasaran Eropah, Timur Tengah dan Afrika serta bertanggungjawab mencipta dan mengembangkan perkongsian strategik di wilayah tersebut untuk faedah pengguna dan pengiklan Google yang semakin meningkat.
Sebelum menyertai Google, beliau merupakan ketua pegawai pemasaran dan ahli lembaga pengurusan di T-Mobile Eropah. Semasa di sana, beliau menerajui semua aktiviti pembangunan produk, terminal, jenama dan pemasaran T-Mobile Eropah. Pada tahun 1999, beliau mula bekerja dengan Deutsche Telekom dan mengasaskan T-Motion PLC, subsidiari multimedia mudah alih T-Mobile International. Sebelum menyertai Deutsche Telekom, Nikesh memegang jawatan pengurusan di Putnam Investments and Fidelity Investments di Boston.
Nikesh memegang ijazah sarjana dari Boston College dan MBA dari Northeastern University, kedua-duanya dianugerahkan kepujian. Beliau juga memegang gelaran CFA. Pada tahun 1989, Nikesh telah menamatkan pengajian dari Institute of Technology di Varanasi, India dengan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik.
David C. Drummond Naib Presiden Kanan, Pembangunan Korporat dan Ketua Pegawai Undang-undang
David Drummond menyertai Google pada 2002, pada mulanya sebagai naib presiden pembangunan korporat. Hari ini, sebagai naib presiden kanan dan ketua pegawai undang-undang, beliau menerajui pasukan global Google untuk undang-undang, hubungan kerajaan, pembangunan korporat (M&A dan projek pelaburan) dan pembangunan perniagaan baharu (perkongsian strategik dan peluang pelesenan).
David mula-mula diperkenalkan kepada Google pada tahun 1998 sebagai rakan kongsi dalam kumpulan urus niaga korporat di Wilson Sonsini Goodrich dan Rosati, satu daripada firma guaman terkemuka negara yang mewakili perniagaan teknologi. Beliau berkhidmat sebagai penasihat luaran Google yang pertama dan bekerja bersama-sama dengan Larry Page dan Sergey Brin untuk menggabungkan syarikat dan memperoleh pusingan awal pembiayaannya. Semasa berkhidmat di Wilson Sonsini, David bekerja dengan pelbagai syarikat teknologi bagi membantu mereka menguruskan urus niaga yang rumit seperti penggabungan, pemerolehan dan penawaran awam permulaan.
David memperoleh ijazah sarjana dalam bidang sejarah di Santa Clara University dan JD beliau dari Stanford Law School.
Patrick Pichette Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan
Patrick Pichette ialah ketua pegawai kewangan Google. Beliau mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam operasi dan pengurusan kewangan di sektor telekomunikasi, termasuk tujuh tahun di Bell Canada, yang beliau sertai pada 2001 sebagai naib presiden eksekutif perancangan dan pelaksanaan pengurusan. Semasa bekerja di Bell Canada, beliau memegang beberapa jawatan eksekutif, termasuk CFO dari 2002 sehingga penghujung 2003, dan memainkan peranan yang penting dalam pengurusan rangkaian komunikasi paling meluas di Kanada dan penghijrahan berterusan ke infrastruktur berasaskan IP kebangsaan yang baharu. Sebelum menyertai Bell Canada, Patrick ialah rakan kongsi di McKinsey & Company dan beliau merupakan ahli utama North American Telecom Practice McKinsey. Beliau juga berkhidmat sebagai naib presiden dan ketua pegawai kewangan di Call-Net Enterprises Inc., sebuah syarikat telekomunikasi Kanada.
Patrick merupakan ahli lembaga pengarah Amyris, Inc., sebuah syarikat biologi sintetik, sejak Mac 2010 dan berkhidmat dengan Jawatankuasa Audit serta Jawatankuasa Pembangunan Kepimpinan dan Pampasan syarikat tersebut. Beliau juga berkhidmat dengan lembaga Yayasan Trudeau. Patrick memperoleh ijazah sarjana muda dalam pentadbiran perniagaan dari Université du Québec à Montréal. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi dari Oxford University, yang mana beliau adalah penerima biasiswa Rhodes.
Kepimpinan Kanan
Alan Eustace
Naib Presiden Kanan, Pengetahuan
Amit Singhal
Naib Presiden Kanan dan Felow Google
Andy Rubin
Naib Presiden Kanan, Kandungan Mudah Alih dan Digital
Dennis Woodside
Naib Presiden Kanan
Jeff Huber
Naib Presiden Kanan, Geo dan Perdagangan
Kent Walker
Naib Presiden Kanan dan Peguam Am
Laszlo Bock
Naib Presiden Kanan, Operasi Insan
Rachel Whetstone
Naib Presiden Kanan, Komunikasi dan Dasar Am
Salar Kamangar
Naib Presiden Kanan, YouTube dan Video
Shona Brown
Naib Presiden Kanan, Google.org
Sridhar Ramaswamy
Naib Presiden Kanan, Kejuruteraan
Sundar Pichai
Naib Presiden Kanan, Chrome dan Apps
Susan Wojcicki
Naib Presiden Kanan, Pengiklanan
Urs Hoelzle
Naib Presiden Kanan, Infrastruktur Teknikal dan Felow Google
Vic Gundotra
Naib Presiden Kanan, Kejuruteraan
Lembaga Pengarah
Eric E. Schmidt, Executive Chairman
L. John Doerr telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah kami
sejak Mei 1999. John ialah Rakan Kongsi Am di Kleiner Perkins Caufield & Byers, firma
modal usaha niaga, sejak Ogos 1980. John juga merupakan ahli lembaga pengarah Amyris,
Inc. sebuah syarikat biologi sintetik, sejak Mei 2006, dan berkhidmat dengan Jawatankuasa
Pencalonan dan Pentadbiran. Sebelum itu, John ialah pengarah Amazon.com, sebuah syarikat
peruncitan Internet; Intuit, Inc., penyedia perisian pengurusan perniagaan dan kewangan;
Move, Inc., penyedia penyelesaian media dan teknologi harta tanah; dan Sun Microsystems,
Inc., pembekal penyelesaian rangkaian pengkomputeran. John memegang ijazah Sarjana
Pentadbiran Perniagaan dari Harvard Business School dan ijazah Sarjana Sains dalam
kejuruteraan elektrik dan sains komputer serta ijazah Sarjana Muda Sains dalam
kejuruteraan elektrik dari Rice University.Lagi mengenai L. John Doerr »
Diane B. Greene telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah kami sejak Januari 2012. Diane juga telah menjadi ahli lembaga pengarah Intuit Inc., penyedia penyelesaian pengurusan perniagaan dan kewangan, sejak Ogos 2006 dan berkhidmat dengan Jawatankuasa Audit dan Risiko serta Jawatankuasa Pentadbiran Pencalonan dan Korporat. Diane ialah pengasas bersama VMware, Inc., penyedia penyelesaian pemayaan dan prasarana awan berasaskan pemayaan, pada tahun 1993 dan menyenaraikan syarikat tersebut sebagai syarikat awam pada 2007. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif VMware dari 1998 hingga 2008, sebagai ahli lembaga pengarah VMware dari 2007 hingga 2008 dan sebagai Naib Presiden Eksekutif EMC Corporation, penyedia teknologi, penyelesaian dan perkhidmatan prasarana maklumat dan prasarana maya dari 2005 hingga 2008. Sebelum VMware, Diane memegang jawatan ketua teknikal di Silicon Graphics Inc., penyedia penyelesaian pengkomputeran teknikal, storan dan pusat data, Tandem Computers, Inc., pengeluar sistem komputer dan Sybase Inc., sebuah syarikat perusahaan perisian dan perkhidmatan global dan pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif VXtreme, Inc., pembangun penyelesaian media penstriman. Diane juga ialah seorang ahli MIT Corporation, badan pentadbir Massachusetts Institute of Technology. Diane memiliki ijazah Sarjana Sains dalam sains komputer dari University of California di Berkeley, ijazah Sarjana Sains dalam bidang seni bina kapal dari Massachusetts Institute of Technology dan ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari University of Vermont.
John L. Hennessy telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah
kami sejak April 2004 dan sebagai Pengarah Bebas Utama sejak April 2007. John berkhidmat
sebagai Presiden Stanford University sejak September 2000. Dari 1994 hingga Ogos 2000,
John telah memegang pelbagai jawatan di Stanford, termasuk Dekan Pusat Pengajian
Kejuruteraan Stanford University dan Pengerusi Jabatan Sains Komputer Stanford
University. John juga merupakan ahli lembaga pengarah Cisco System, Inc., syarikat
peralatan rangkaian, sejak Januari 2001 dan berkhidmat dengan Jawatankuasa Pencalonan dan
Pentadbiran serta Jawatankuasa Pemerolehan syarikat tersebut Sebelum ini, John ialah
pengerusi lembaga pengarah Atheros Communications, Inc., syarikat semikonduktor wayarles.
John memegang ijazah Kedoktoran dan ijazah Sarjana dalam sains komputer dari State
University New York, Stony Brook dan ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan
elektrik dari Villanova University.Lagi mengenai John L. Hennessy »
Ann Mather telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah sejak November 2005. Ann juga merupakan ahli lembaga pengarah: Glu Mobile Inc., penerbit permainan mudah alih, sejak September 2005 dan berkhidmat sebagai pengerusi Jawatankuasa Audit syarikat tersebut; MGM Holdings Inc., syarikat pengeluaran dan pengedaran filem dan televisyen, sejak Disember 2010 dan berkhidmat dengan Jawatankuasa Pampasan syarikat tersebut; MoneyGram International, syarikat perkhidmatan pembayaran global, sejak Mei 2010; dan Netflix, Inc., perkhidmatan langganan Internet untuk filem dan rancangan televisyen, sejak Julai 2010 dan berkhidmat dengan Jawatankuasa Audit syarikat tersebut. Sebelum ini, Ann ialah pengarah Central European Media Enterprises Group, pembangun dan pengendali saluran dan stesen televisyen komersial kebangsaan di Eropah Tengah dan Timur; Zappos.com, Inc., peruncit dalam talian milik persendirian, sehingga ia diperoleh oleh Amazon.com, Inc., syarikat peruncitan Internet, pada tahun 2009; dan Shopping.com, Inc., laman web perbandingan harga, sehingga ia diperoleh oleh eBay Inc., sebuah syarikat e-dagang pada tahun 2005. Dari 1999 hingga 2004, Ann memikul tanggungjawab sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Pixar, studio animasi komputer. Sebelum perkhidmatannya di Pixar, Ann ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Village Roadshow Pictures, bahagian produksi filem Village Roadshow Limited. Ann memiliki ijazah Sarjana Sastera dari Cambridge University dan ialah seorang akauntan bertauliah.
Paul S. Otellini telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah
sejak April 2004. Paul telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden
Intel Corporation, sebuah syarikat pengeluar semikonduktor sejak Mei 2005. Paul telah
menjadi ahli lembaga syarikat Intel sejak 2002. Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua
Pegawai Operasi dari tahun 2002 hingga Mei 2005. Dari 1974 hingga 2002, Paul memegang
pelbagai jawatan di Intel, termasuk Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Intel
Architecture Group serta Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Kumpulan Jualan dan
Pemasaran. Paul memegang ijazah Sarjana dari University of California di Berkeley dan
ijazah Sarjana Muda dalam ekonomi dari University of San Francisco.Lagi mengenai Paul S.
Otellini »
K. Ram Shriram telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah
sejak September 1998. Ram ialah rakan kongsi pengurusan di Sherpalo Ventures, LLC, sebuah
syarikat pelaburan usaha niaga dermawan, sejak Januari 2000. Dari Ogos 1998 hingga
September 1999, Ram berkhidmat sebagai Naib Presiden Pembangunan Perniagaan di
Amazon.com, Inc., sebuah syarikat peruncitan Internet. Sebelum itu, Ram berkhidmat
sebagai Presiden di Junglee Corporation, penyedia teknologi pangkalan data, yang
diperoleh oleh Amazon.com pada tahun 1998. Ram merupakan seorang ahli awal pasukan
eksekutif di Netscape Communications Corporation. Ram juga menduduki lembaga pemegang
amanah Stanford Unniversity. Ram memiliki ijazah Sarjana Muda Sains dari University of
Madras, India.Lagi mengenai K. Ram Shriram »
Shirley M. Tilghman berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah
kami sejak Oktober 2005. Shirley merupakan Presiden Princeton University sejak Jun 2001.
Dari Ogos 1986 hingga Jun 2001, beliau berkhidmat sebagai Profesor di Princeton
University dan dari Ogos 1988 hingga Jun 2001 sebagai Penyelidik di Institut Perubatan
Howard Hughes. Pada tahun 1998, beliau memegang jawatan sebagai pengarah pengasas
Institut Lewis-Sigler untuk Genom Berpadu berbilang disiplin di Princeton. Shirley
memiliki ijazah Kedoktoran dalam biokimia dari Temple University dan ijazah Sarjana Muda
Sains dengan kepujian dari Queen’s University.Lagi mengenai Shirley M. Tilghman »
