1. Laman Utama
  2. Mengenai Google
  3. Syarikat
  4. Gambaran keseluruhan perniagaan

Syarikat

Gambaran keseluruhan perniagaan

Dari mula lagi, kami mengusahakan teknologi yang boleh meningkatkan cara berurus niaga sedia ada. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan dan alat untuk pengiklan dari semua saiz, daripada iklan teks yang ringkas ke pengiklanan paparan dan mudah alih, dan ke penerbit, sama ada kecil atau besar.

Program ini bukan sahaja menjadi tulang belakang syarikat kami; ia juga membolehkan usahawan dan penerbit di seluruh dunia mengembangkan perniagaan mereka dan berjaya. Google berjaya apabila alat yang kami bina berguna untuk pengguna, pengiklan dan rakan kongsi kami yang lain. Dan semestinya, asas perniagaan kami adalah untuk menyediakan maklumat yang berguna dan relevan kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia yang bergantung kepada carian Google untuk memberikan jawapan yang mereka cari. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami untuk perniagaan, lawati halaman Penyelesaian Perniagaan.

Pengiklanan carian

AdWords Semenjak program pengiklanan pertama kami, AdWords, diperkenalkan pada tahun 2000, matlamat kami adalah untuk menunjukkan kepada orang ramai iklan yang amat berguna dan relevan yang berbentuk maklumat dalam caranya sendiri. Dengan AdWords, pengiklan mencipta teks ringkas yang kemudiannya muncul bersebelahan hasil carian yang berkaitan dan juga pada beribu-ribu tapak rakan kongsi. Pengiklan memilih kata kunci sasaran mereka sendiri dan hanya membayar apabila pelanggan mengklik pada iklan mereka. Adalah mudah untuk mencipta iklan teks dan menguruskan akaun pengiklanan dalam talian tanpa memerlukan bayaran muka yang besar. Kami juga menyediakan alat untuk pengiklan mengukur dan mempertingkatkan keberkesanan iklan mereka untuk memaksimumkan keuntungan mereka dan juga mempertingkatkan secara berterusan iklan yang orang ramai lihat di Google. Sementara perniagaan pengiklanan terus berkembang di seluruh dunia, kami meneroka format baharu seperti untuk peranti mudah alih yang akan menjadikan iklan lebih relevan untuk semua orang.

Kembali ke atas

Pengiklanan peraga

Rangkaian Paparan Google Sementara ekosistem Internet berkembang, begitu juga format iklan. Pada hari ini, kami telah melabur dengan banyaknya dalam pengiklanan peraga, yang kami percaya adalah lapangan pembangunan masa depan yang penting bukan sahaja untuk Google, tetapi juga untuk penerbit dalam talian. Kami percaya teknologi dan kepakaran yang telah kami bangunkan dala carian dan iklan carian boleh mempertingkatkan pengiklanan peraga untuk pengguna, pengiklan dan penerbit di seluruh web. Produk pengiklanan peraga kami termasuk Rangkaian Paparan Google (yang terdiri daripada lebih sejuta laman web rakan kongsi dan tapak milik Google seperti YouTube) dan teknologi pengiklanan DoubleClick kami.

Matlamat kami adalah untuk memudahkan pengiklanan peraga supaya lebih mudah bagi pengiklan dan penerbit menguruskan kempen merentasi format yang berbeza, pada laman web yang berbeza dan untuk peranti yang berbeza. Kami juga berusaha untuk menawarkan kepada pengiklan lebih banyak hasil boleh diukur yang lebih baik dari kempen mereka dan menjadikan pengiklanan peraga terbuka dan boleh di akses untuk semua pengiklan dan penerbit, dari kedai simpang yang paling kecil ke jenama global yang terbesar. Secara ringkasnya, sistem pengiklanan peraga yang dibina menggunakan teknologi yang lebih baik boleh memberi faedah kepada semua orang di Internet.

Kembali ke atas

Pengiklanan mudah alih

Mudah alih Dipacu oleh perkembangan telefon pintar dengan penyemak imbas WebKit penuh, tidak lama lagi peranti mudah alih akan mengambil alih tempat PC sebagai cara utama orang ramai di seluruh dunia mengakses web. Kami menawarkan kepada pengiklan kebolehan untuk menjalankan kempen iklan carian pada peranti mudah alih dengan format iklan yang khusus untuk mudah alih popular, seperti iklan klik untuk menelefon (pengiklan boleh menyertakan nombor telefon di dalam teks iklan).

Kami juga menawarkan format untuk laman web mudah alih dan apl mudah alih yang memudahkan capaian pengguna yang bergerak, yang membantu pembangun dan penerbit menjana pendapatan dari kandungan mudah alih mereka. Dan pada 2010, kami memperoleh peneraju iklan dalam apl, AdMob, yang menawarkan unit iklan yang berkesan dan penyelesaian untuk pembangun dan pengiklan apl.

Kembali ke atas

Alat untuk penerbit

Pengiklanan boleh mempertingkatkan pengalaman pelawat laman web penerbit dalam talian keran ia membantu penerbit tersebut membiayai kos mencipta kandungan yang berharga. Inilah sebabnya kami membina perkhidmatan untuk menyokong beratus-ratus ribu penerbit di Internet, dari blogger yang beroperasi di ruang tamu ke akhbar terbesar di dunia. AdSense

Dengan AdSense, Google menyampaikan iklan yang disasarkan tepat kepada hasil carian atau kandungan di halaman tapak. Penerbit AdSense boleh mendapatkan pendapatan terbanyak yang mungkin untuk ruang iklan mereka tanpa perlu menguruskan hubungan pengiklan. Untuk penerbit yang lebih besar, teknologi penyediaan iklan kami (DFP) menyediakan iklan yang paling berharga yang mereka jual secara terus kepada pengiklan kepada pengiklan atau agensi pengiklanan.

Dan DoubleClick Ad Exchange, pasar lelong masa sebenar, memaksimumkan hasil keseluruhan penerbit yang besar dengan "memperuntukkan secara dinamik" iklan nilai tertinggi, sama ada dijual secara langsung atau dijual secara tidak langsung melalui rangkaian iklan. Dengan semua perkhidmatan ini, matlamat kami adalah untuk membantu penerbit dalam talian memaksimumkan pendapatan dan mendapatkan data yang mereka perlukan bagi menjadikan penggunaan paling berkesan untuk ruang iklan mereka. Apabila penerbit boleh memaksimumkan pendapatan mereka, semua orang yang menggunakan web mendapat faedah dari kandungan dalam talian yang lebih bertenaga.

Kembali ke atas

Tempatan

Alat mudah-untuk-digunakan percuma kami membantu pemilik perniagaan setempat menguruskan kehadiran mereka di web dan mengembangkan perkhidmatan mereka. Sebarang perniagaan boleh menggunakan pangkalan data setempat dalam talian kami yang dipanggil Google Places untuk menambah senarai baru atau mengedit yang sedia ada. Senarai ini muncul secara percuma apabila pelanggan berpotensi mencari produk, perkhidmatan dan perniagaan di Google.com atau Peta Google. Menuntut senarai perniagaan memastikan bahawa orang ramai boleh menerima maklumat paling tepat dan terkini mengenai perniagaan, seperti lokasi, nombor telefon dan waktu perniagaan dengan cepat dan mudah. Pemilik perniagaan juga boleh mengedit dan menyemak maklumat mereka pada bila-bila mada untuk mengetahui berapa ramai orang telah melihat atau mengklik pada senarai percuma mereka.

Kembali ke atas

Perusahaan

Kami telah beriltizam kepada perniagaan perusahaan sejak pertama kali kami memperkenalkan Google Search Appliance pada tahun 2002. Penerimagunaan Google Apps, yang tersedia kepada perniagaan sejak 2007, terus berkembang: Pada hari ini, lebih daripada 3 juta perniagaan, dari perniagaan kecil-kecilan ke perbadanan yang besar, menggunakan Google Apps—yang merangkumi e-mel, dokumen, kalendar dan banyak lagi—untuk menyampaikan dan berhubung dan bekerjasama di tempat kerja. Komputeran awan—perisian berasaskan web yang boleh digunakan oleh orang ramai pada sebarang peranti dengan penyemak imbas dan sambungan Internet (tiada perisian atau perkakasan khusus diperlukan)—disesuaikan terutamanya di tempat kerja: pekerja boleh mengakses data mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk bekerjasama dan berkongsi dokumen dalam masa sebenar, membebaskan mereka supaya menjadi lebih produktif dalam cara lain yang tidak mungkin dapat dilakukan dengan aplikasi desktop tradisional. Google Apps

Apl kami sentiasa dikemaskinikan, oleh itu jabatan dan pekerja IT tidak perlu mengendalikan versi dan pemasangan baharu, dengan itu mengurangkan kos keseluruhan. Di samping itu, kami percaya Google Apps boleh menjadi lebih selamat daripada aplikasi tradisional: Syarikat tidak perlu menguruskan tampalan keselamatan perisian keran kami menguruskannya. Google Apps adalah suit komputeran awan pertama untuk alat mesej dan kerjasama yang menerima pensijilan keselamatan kerajaan A.S. Kami juga menyimpan salinan langsung data anda pada pelayan berbilang di setiap lokasi berbilang supaya tiada masa mati berjadual dan tiada titik gagal tunggal. Kami berterusan menambah nilai untuk Google Apps dan alat perusahaan kami yang lain untuk semua perniagaan kami dan pelanggan organisasi—semasa dan akan datang.