1. Laman Utama
  2. Mengenai Google
  3. Syarikat
  4. Pasukan pengurusan

Syarikat

Pasukan pengurusan

Pengasas bersama Larry Page dan Sergey Brin mewujudkan Google pada September 1998. Semenjak itu, syarikat telah berkembang kepada lebih daripada 20,000 pekerja di seluruh dunia, dengan pasukan pengurusan yang terdiri daripada profesional teknologi yang paling berpengalaman dalam industri.

Lembaga Pengarah

Pegawai Eksekutif

Lembaga Pengarah

L. John Doerr has served as a member of our board of directors since May 1999. John has been a General Partner of Kleiner Perkins Caufield & Byers, a venture capital firm, since August 1980. John has also been a member of the board of directors of Amyris, Inc., a synthetic biology company, since May 2006, and serves on its Nominating and Governance Committee. John was previously a director of Amazon.com, Inc., an Internet retail company; Intuit, Inc., a provider of business and financial management software; Move, Inc., a provider of real estate media and technology solutions; and Sun Microsystems, Inc., a supplier of networking computing solutions. John holds a Master of Business Administration degree from Harvard Business School, and a Master of Science degree in electrical engineering and computer science, and a Bachelor of Science degree in electrical engineering from Rice University.
Lagi mengenai L. John Doerr »

John L. Hennessy telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah kami sejak April 2004 dan sebagai Pengarah Bebas Utama sejak April 2007. John berkhidmat sebagai Presiden Stanford University sejak September 2000. Dari 1994 hingga Ogos 2000, John telah memegang berbagai-bagai jawatan di Stanford, termasuk Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Stanford University dan Pengerusi Jabatan Sains Komputer Stanford University. John juga merupakan ahli lembaga pengarah Cisco System, Inc., syarikat peralatan rangkaian, sejak Januari 2001 dan berkhidmat dengan Jawatankuasa Pencalonan dan Pentadbiran serta Jawatankuasa Pemerolehan syarikat tersebut Sebelum ini John ialah pengerusi lembaga pengarah Atheros Communications, Inc., syarikat semikonduktor wayarles. John memegang ijazah Kedoktoran dan ijazah Sarjana dalam sains komputer dari State University New York, Stony Brook dan ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan elektrik dari Villanova University.
Lagi mengenai John L. Hennessy »

Ann Mather has served as a member of our board of directors since November 2005. Ann has also been a member of the board of directors of: Glu Mobile Inc., a publisher of mobile games, since September 2005, and serves as chair of its Audit Committee; MGM Holdings Inc., a motion picture and television production and distribution company, since December 2010, and serves on its Compensation Committee; MoneyGram International, a global payment services company, since May 2010; and Netflix, Inc., an Internet subscription service for movies and television shows, since July 2010, and serves on its Audit Committee. Ann was previously a director of Central European Media Enterprises Group, a developer and operator of national commercial television channels and stations in Central and Eastern Europe; Zappos.com, Inc., a privately held, online retailer, until it was acquired by Amazon.com, Inc., an Internet retail company, in 2009; and Shopping.com, Inc., a price comparison web site, until it was acquired by eBay Inc., an e-commerce company, in 2005. From 1999 to 2004, Ann was Executive Vice President and Chief Financial Officer of Pixar, a computer animation studio. Prior to her service at Pixar, Ann was Executive Vice President and Chief Financial Officer at Village Roadshow Pictures, the film production division of Village Roadshow Limited. Ann holds a Master of Arts degree from Cambridge University and is a chartered accountant.

Paul S. Otellini telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah sejak April 2004. Paul telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Intel Corporation, sebuah syarikat pengeluar semikonduktor sejak Mei 2005. Paul telah menjadi ahli lembaga syarikat Intel sejak 2002. Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi dari tahun 2002 hingga Mei 2005. Dari 1974 hingga 2002, Paul memegang berbagai-bagai jawatan di Intel, termasuk Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Intel Architecture Group serta Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Kumpulan Jualan dan Pemasaran. Paul memegang ijazah Sarjana dari University of California di Berkeley dan ijazah Sarjana Muda dalam ekonomi dari University of San Francisco.
Lagi mengenai Paul S. Otellini »

K. Ram Shriram telah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah sejak September 1998. Ram ialah rakan kongsi pengurusan di Sherpalo Ventures, LLC, sebuah syarikat pelaburan usaha niaga dermawan, sejak Januari 2000. Dari Ogos 1998 hingga September 1999, Ram berkhidmat sebagai Naib Presiden Pembangunan Perniagaan di Amazon.com, Inc., sebuah syarikat peruncitan Internet. Sebelum itu, Ram berkhidmat sebagai Presiden di Junglee Corporation, penyedia teknologi pangkalan data, yang diperoleh oleh Amazon.com pada tahun 1998. Ram merupakan seorang ahli awal pasukan eksekutif di Netscape Communications Corporation. Ram juga menduduki lembaga pemegang amanah Stanford Unniversity. Ram memegang ijazah Sarjana Muda Sain dari University of Madras, India.
Lagi mengenai K. Ram Shriram »

Shirley M. Tilghman Oktober 2005. Shirley merupakan Presiden Princeton University sejak Jun 2001. Dari Ogos 1986 hingga Jun 2001, beliau berkhidmat sebagai Profesor di Princeton University dan dari Ogos 1988 hingga Jun 2001 sebagai Penyelidik di Institut Perubatan Howard Hughes. Pada tahun 1998, beliau memegang jawatan sebagai pengarah pengasas Institut Lewis-Sigler untuk Genom Berpadu Princeton yang berbagai-bagai disiplin. Shirley memiliki ijazah Kedoktoran dalam biokimia dari Temple University dan ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian dari Queen's University.
Lagi mengenai Shirley M. Tilghman »

Kembali ke atas

Pegawai Eksekutif

Larry Page
CEO

Sebagai ketua pegawai eksekutif Google, Larry bertanggungjawab terhadap operasi harian Google, di samping menerajui pembangunan produk dan strategi teknologi syarikat. Beliau mengasaskan Google bersama dengan Sergey Brin pada 1998 sambil mengejar PhD di Stanford University dan ialah CEO pertama sehingga 2001—mengembang syarikat sehingga lebih daripada 200 pekerja dan keuntungan. Dari 2001 ke 2011, Larry ialah presiden produk.

Larry memegang ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan dari University of Michigan, Ann Arbor dan ijazah sarjana dalam sains komputer dari Stanford University. Beliau ialah ahli Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan (NAC) Kolej Kejuruteraan University of Michigan, dan bersama dengan pengasas bersama Sergey Brin, Larry dianugerahi dengan Marconi Prize pada 2004. Beliau adalah pemegang amanah lembaga X PRIZE dan dilantik ke Akademi Kejuruteraan Kebangsaan pada 2004.

Eric E. Schmidt
Pengerusi Eksekutif

Sejak menyertai Google pada tahun 2001, Eric Schmidt telah membantu mengembangkan syarikat dari permulaan di Lembah Silikon ke peneraju global dalam bidang teknologi. Sebagai pengerusi eksekutif, beliau bertanggungjawab atas perkara luaran Google: membina perkongsian dan hubungan perniagaan yang lebih luas, capaian kerajaan dan kepimpinan berfikiran teknologi serta menasihatkan CEO dan pemimpin kanan tentang isu perniagaan dan dasar.

Dari 2001-2011, Eric berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Google dan menyelia strategi teknikal dan perniagaan syarikat bersama-sama dengan pengasas Sergey Brin dan Larry Page. Di bawah kepimpinannya, Google mengembangkan infrastrukturnya dengan ketara dan mempelbagaikan penawaran produknya sambil mengekalkan budaya inovasi.

Sebelum menyertai Google, Eric ialah pengerusi dan CEO Novell dan ketua pegawai teknologi di Sun Microsystems, Inc. Sebelum itu beliau berkhidmat dengan tenaga kerja penyelidikan di Xerox Palo Alto Research Center (PARC), Bell Laboratories dan Zilog. Beliau memegang ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik dari Princeton University serta ijazah sarjana dan PhD dalam sains komputer dari University of California, Berkeley.

Eric adalah ahli Majlis Penasihat Presiden tentang Sains dan Teknologi dan Majlis Penasihat Perdana menteri di U.K. Beliau telah dilantik ke Akademi Kejuruteraan Kebangsaan pada tahun 2006 dan dilantik ke Akademi Seni Lukis dan Sains Amerika sebagai ahli fellow pada tahun 2007. Beliau juga mempengerusikan lembaga Yayasan New America dan sejak tahun 2008, menjadi pemegang amanah Institut Kajian Lanjutan di Princeton, New Jersey.

Sergey Brin
Pengasas Bersama

Sergey Brin bersama mengasaskan Google Inc. pada 1998. Hari ini, beliau pengarah projek khas. Dari 2001 ke 2011, Sergey berkhidmat sebagai presiden teknologi, yang mana beliau berkongsi tanggungjawab terhadap operasi harian syarikat dengan Larry Page dan Eric Schmidt.

Sergey menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam matematik dan sains komputer dari University of Maryland di College Park. Beliau sekarang sedang bercuti dari program PhD dalam sains komputer di Stanford University, di mana beliau menerima ijazah sarjananya. Sergey adalah ahli Akademi Kejuruteraan Kebangsaan dan penerima Biasiswa Graduan Yayasan Sains Kebangsaan.

Beliau telah menerbitkan lebih daripada sedozen kertas akademik, termasuk Extracting Patterns and Relations from the World Wide Web; Dynamic Data Mining: A New Architecture for Data with High Dimensionality, yang mana beliau menerbitkannya dengan Larry Page; Scalable Techniques for Mining Casual Structures; Dynamic Itemset Counting and Implication Rules for Market Basket Data; dan Beyond Market Baskets: Generalizing Association Rules to Correlations.

Nikesh Arora
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Perniagaan

Nikesh menyelia semua pendapatan dan operasi pelanggan serta pemasaran dan perkongsian. Sejak menyertai Google pada tahun 2004, beliau telah memegang beberapa jawatan di syarikat. Terbaru, beliau menerajui operasi jualan terus global Google. Beliau juga membangunkan dan menguruskan operasi syarikat di pasaran Eropah, Timur Tengah dan Afrika serta bertanggungjawab mencipta dan mengembangkan perkongsian strategik di wilayah tersebut untuk faedah pengguna dan pengiklan Google yang semakin meningkat.

Sebelum menyertai Google, beliau ialah ketua pegawai pemasaran dan ahli lembaga pengurusan di T-Mobile Eropah. Semasa di sana, beliau menerajui semua aktiviti pembangunan produk, terminal, jenama dan pemasaran T-Mobile Eropah. Pada tahun 1999, beliau mula bekerja dengan Deutsche Telekom dan mengasaskan T-Motion PLC, subsidiari multimedia mudah alih T-Mobile International. Sebelum menyertai Deutsche Telekom, Nikesh memegang jawatan pengurusan di Putnam Investments and Fidelity Investments di Boston.

Nikesh memegang ijazah sarjana dari Boston College dan MBA dari Northeastern University, kedua-duanya dianugerahkan kepujian. Beliau juga memegang gelaran CFA. Pada tahun 1989, Nikesh telah menamatkan pengajian dari Institute of Technology di Varanasi, India dengan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik.

David C. Drummond
Naib Presiden Kanan, Pembangunan Korporat dan Ketua Pegawai Undang-undang

David Drummond menyertai Google pada 2002, pada mulanya sebagai naib presiden pembangunan korporat. Hari ini, sebagai naib presiden kanan dan ketua pegawai undang-undang, beliau menerajui pasukan global Google untuk undang-undang, hubungan kerajaan, pembangunan korporat (M&A dan projek pelaburan) dan perniagaan baharu (perkongsian strategik dan peluang pelesenan).

David mula-mula diperkenalkan kepada Google pada tahun 1998 sebagai rakan kongsi dalam kumpulan urus niaga korporat di Wilson Sonsini Goodrich dan Rosati, satu daripada firma guaman terkemuka negara yang mewakili perniagaan teknologi. Beliau berkhidmat sebagai penasihat luaran Google yang pertama dan bekerja bersama-sama dengan Larry Page dan Sergey Brin untuk menggabungkan syarikat dan mengikat pusingan awal kewangannya. Semasa berkhidmat di Wilson Sonsini, David bekerja dengan perbagai syarikat teknologi bagi membantu mereka menguruskan urus niaga yang rumit seperti penggabungan, pemerolehan dan penawaran awam permulaan.

David memperoleh ijazah sarjana dalam sejarah di Santa Clara University dan JD beliau dari Stanford Law School.

Patrick Pichette
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan

Patrick Pichette adalah ketua pegawai kewangan Google. Beliau mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam operasi dan pengurusan kewangan di sektor telekomunikasi, termasuk tujuh tahun di Bell Kanada, yang beliau sertai pada 2001 sebagai naib presiden eksekutif perancangan dan pelaksanaan pengurusan. Semasa bekerja di Bell Canada, beliau memegang beberapa jawatan eksekutif, termasuk CFO dari 2002 sehingga penghujung 2003, dan memainkan peranan yang penting dalam pengurusan rangkaian komunikasi paling meluas di Kanada dan penghijrahan berterusan ke infrastruktur berdasarkan IP kebangsaan yang baharu. Sebelum menyertai Bell Canada, Patrick adalah rakan kongsi di McKinsey & Company, yang mena beliau adalah ahli utama North American Telecom Practice McKinsey. Beliau juga berkhidmat sebagai naib presiden dan ketua pegawai kewangan di Call-Net Enterprises Inc., sebuah syarikat telekomunikasi Kanada.

Patrick merupakan ahli lembaga pengarah Amyris, Inc., sebuah syarikat biologi sintetik, sejak Mac 2010 dan berkhidmat dengan Jawatankuasa Audit serta Jawatankuasa Pembangunan Kepimpinan dan Pampasan syarikat tersebut. Beliau juga berkhidmat di lembaga dua organisasi bukan untuk, Jurutera Tanpa Sempadan (Kanada) dan Yayasan Trudeau. Patrick memperoleh ijazah sarjana muda dalam pentadbiran perniagaan dari Université du Québec à Montréal. Beliau memegang ijazah sarjana dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi dari Oxford University, di mana beliau adalah penerima biasiswa Rhodes.