Syarikat
Sejarah Google
Banyak yang telah dimuatkan ke dalam syarikat kami meskipun usianya masih agak muda.
Kami telah merakamkan beberapa peristiwa penting pembangunan Google.
1995-1997 · 1998 · 1999
· 2000 · 2001 · 2002 ·
2003 · 2004 · 2005 · 2006 · 2007 · 2008 · 2009 · 2010
1995-1997
1995
- Larry Page dan Sergey Brin bertemu di Stanford. (Larry, 22, graduan Michigan U, sedang mempertimbangkan sekolah tersebut; Sergey, 21, ditugaskan untuk membawanya ke sekeliling.) Menurut beberapa cerita, mereka tidak bersetuju mengenai hampir semua perkara semasa pertemuan pertama ini.
1996
- Larry dan Sergey, yang ketika ini merupakan graduan lulusan sains komputer, mula bekerja bersama mengusahakan enjin carian yang diberi nama BackRub.
- Backrub beroperasi menggunakan pelayan di Stanford selama lebih dari setahun—kesudahannya menggunakan terlalu banyak lebar jalur untuk menepati kapasiti universiti.
1997
- Larry dan Sergey memutuskan bahawa enjin carian BackRub memerlukan nama yang baharu. Selepas memerah otak, mereka memutuskan untuk menggunakan Google—diambil dari perkataan “googol,” istilah matematik untuk nombor yang diwakili oleh angka 1 diikuti oleh 100 angka sifar. Penggunaan istilah tersebut mencerminkan misi mereka untuk menyusun jumlah maklumat di web yang tidak terperi banyaknya.
1998
Ogos
- Pengasas bersama Sun, Andy Bechtolsheim mengeluarkan cek bernilai $100,000 kepada entiti yang belum lagi wujud: syarikat yang dipanggil Google Inc.
September
- Google membina ruang kerja dalam garaj Susan Wojcicki‘s di 232 Santa Margarita, Menlo Park.
- Google memfailkan penubuhannya di California pada 4 September. Tidak lama selepas itu, Larry dan Sergey membuka akaun bank menggunakan nama syarikat yang baru ditubuhkan dan mendepositkan cek Andy Bechtolsheim.
- Larry dan Sergey mengambil Craig Silverstein sebagai pekerja pertama mereka; beliau merupakan rakan graduan sains komputer di Stanford.
Disember
- “PC Magazine” melaporkan bahawa Google “mempunyai kebolehan luar biasa dalam mengembalikan hasil carian yang berkaitan” dan mengiktiraf kami sebagai enjin carian pilihan dalam 100 Tapak Carian Teratas untuk 1998.
1999
Februari
- Pejabat garaj kami sudah tidak muat lagi dan kami berpindah ke tempat yang baharu di 165 University Avenue di Palo Alto dengan hanya lapan orang pekerja.
April
- Yoshka, anjing "syarikat" pertama kami, datang ke pejabat dengan naib presiden operasi kanan kami, Urs Hoelzle.
Mei
- Omid Kordestani menyertai kami untuk mengendalikan penjualan—pengambilan pekerja bukan kejuruteraan yang pertama.
Jun
- Siaran akhbar pertama kami mengumumkan perolehan $25 juta daripada Sequoia Capital dan Kleiner Perkins; John Doerr dan Michael Moritz menyertai ahli lembaga. Siaran memetik Moritz menghuraikan "Googler" sebagai "orang yang menggunakan Google".
Ogos
- Kami berpindah ke lokasi Mountain View pertama kami: 2400 E. Bayshore. Mountain View terletak beberapa batu di selatan Stanford University dan di utara bandar-bandar lama Lembah Silikon iaitu Sunnyvale, Santa Clara, San Jose.
November
- Charlie Ayers menyertai Google sebagai jurumasak yang pertama. Beliau memenangi jawatan tersebut dalam pertandingan memasak yang diadili oleh 40 orang pekerja syarikat. Sebelum ini terkenal kerana menyediakan makanan untuk kumpulan Grateful Dead.
2000
April
- Pada Hari April Fool, kami mengumumkan MentalPlex: kebolehan Google untuk membaca minda anda semasa anda membayangkan hasil carian yang anda inginkan. Dengan itu bermulalah aktiviti tahunan kami dalam tradisi tipu helah 1 April Lembah Silikon.
Mei
- 10 versi bahasa Google.com yang pertama dikeluarkan: bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sweden, Finland, Sepanyol, Portugis, Belanda, Norway and Denmark.
- Kami memenangi Anugerah Webby pertama kami: Pencapaian Teknikal (diundi oleh juri) dan Suara Orang Ramai (diundi oleh pengguna).
Jun
- Kami mengikat perkongsian dengan Yahoo! untuk menjadi penyedia carian lalai mereka.
- Kami mengumumkan indeks bilion-URL pertama dan dengan itu Google menjadi enjin carian terbesar di dunia.
September
- Kami mula menawarkan carian dalam bahasa China, Jepun dan Korea, yang membawa jumlah keseluruhan bahasa yang disokong kepada 15.
Oktober
- Google AdWords dilancarkan dengan 350 pelanggan. Program iklan layan diri yang menjanjikan pengaktifan dalam talian dengan kad kredit, sasaran kata kunci dan maklum balas prestasi.
Disember
- Bar Alat Google dilancarkan. Alat ini ialah pemalam penyemak imbas yang membolehkan carian dijalankan tanpa melawat laman utama Google.
2001
Januari
- Kami mengumumkan pelantikan Wayne Rosing , seorang veteran Lembah Silikon sebagai NP operasi kejuruteraan pertama kami.
Februari
- Pemerolehan awam pertama kami: Perkhidmatan Perbincangan Usenet Deja.com, arkib yang mengandungi 500 juta perbincangan Usenet bertarikh dari tahun 1995. Kami menambah ciri carian dan semak imbas dan melancarkannya sebagai Kumpulan Google.
Mac
- Eric Schmidt dinamakan sebagai pengerusi ahli lembaga pengarah.
- Google.com kini didapati dalam 26 bahasa.
April
- Swedish Chef menjadi bahasa pilihan.
Julai
- Carian Imej dilancarkan, menawarkan akses ke 250 juta imej.
Ogos
- Kami membuka pejabat antarabangsa pertama kami di Tokyo.
- Eric Schmidt menjadi CEO kami. Larry dan Sergey, masing-masing dilantik sebagai presiden produk dan teknologi kami.
Oktober
- Perkongsian dengan Universo Online (UOL) yang baharu menjadikan Google perkhidmatan carian utama untuk berjuta-juta orang Amerika Latin.
Disember
- Mengikuti perkembangan: Saiz indeks kami berkembang kepada 3 bilion dokumen web.
2002
Februari
- Klingon menjadi satu daripada 72 bahasa antara muka.
- Perkakasan Google yang pertama dikeluarkan: ia merupakan kotak kuning yang dipanggil Perkakas Carian Google yang boleh dipasang oleh perniagaan ke dalam rangkaian komputer mereka bagi mendayakan kebolehan carian untuk dokumen mereka sendiri.
- Kami mengeluarkan baik pulih besar-besaran untuk AdWords, termasuk harga kos setiap klik yang baharu.
April
- Untuk Hari April Fool, kami mengumumkan bahawa burung merpati menjana kuasa hasil carian kami.
- Kami mengeluarkan sehimpunan API, yang membolehkan pembangun membuat pertanyaan kepada lebih daripada 2 bilion dokumen dan program web dalam persekitaran kegemaran mereka, termasuk Java, Perl dan Visual Studio.
Mei
- Kami mengumumkan perkongsian besar dengan AOL bagi menawarkan carian Google dan pautan tajaan kepada 34 juta pelanggan yang menggunakan CompuServe, Netscape dan AOL.com.
- Kami melancarkan Google Labs, tempat untuk mencuba teknologi beta yang baru daripada pasukan R&D kami.
September
- Google News dilancarkan dengan 4000 sumber berita.
Oktober
- Kami membuka pejabat Australia pertama kami di Sydney.
Disember
- Anda sekarang boleh mencari benda untuk dibeli dengan Froogle (kemudiannya dipanggil Carian Produk Google).
2003
Januari
- Ahli Persatuan Dialek Amerika mengundi “google” sebagai Perkataan Tahunan "paling berguna" untuk tahun 2002.
Februari
- Kami memperoleh Pyra Labs, pencipta Blogger.
Mac
- Kami mengumumkan perkhidmatan pengiklanan kandungan sasaran, yang membolehkan penerbit besar dan kecil mengakses rangkaian pengiklan Google yang meluas. (Beberapa minggu kemudian, pada 23 April, kami memperoleh Applied Semantics, yang mana teknologinya menyokong perkhidmatan yang dipanggil AdSense.)
April
- Kami melancarkan Google Grants, program pengiklanan bukan wang kami untuk organisasi bukan untung bagi menjalankan kempen iklan bukan wang untuk tujuan mereka.
Oktober
- Pendaftaran dibuka untuk pengatur cara bersaing untuk memenangi hadiah dan pengiktirafan di Code Jam pertama kami. Pengekod boleh menggunakan Java, C++, C# atau VB.NET.
Disember
- Kami melancarkan Google Print (yang kemudiannya menjadi Carian Buku Google), yang mengindeks petikan pendek daripada buku untuk muncul dalam hasil carian.
2004
Januari
- orkut dilancarkan sebagai cara bagi kami masuk ke dalam sfera rangkaian sosial.
Februari
- Larry Page dilantik masuk ke Akademi Kejuruteraan Kebangsaan.
- Indeks carian kami mencecah pencapaian baharu: 6 bilion item, termasuk 4.28 bilion halaman web dan 880 juta imej.
Mac
- Kami berpindah ke “Googleplex” kami yang baharu di 1600 Amphitheatre Parkway di Mountain View, yang memberikan 800+ orang pekerja persekitaran berunsur kampus.
- Kami merasmikan unit perusahaan kami dengan melantik Dave Girouard sebagai Pengurus Besar; para pemberita mula melaporkan dalam bulan April mengenai wawasan untuk perniagaan carian perusahaan kami.
- Kami memperkenalkan Google Local, yang menawarkan senarai perniagaan, peta dan arah di kejiranan yang berkaitan. (Kemudian, Tempatan digabungkan dengan Peta Google.)
April
- Untuk April Fool kami mengumumkan rancangan untuk membuka Googlunaplex, kemudahan penyelidikan baharu di Bulan.
Mei
- Kami mengumumkan pemenang pertama Biasiswa Google Anita Borg, yang dianugerahkan kepada kaum wanita yang cemerlang dalam pengajian sains komputer. Kini, biasiswa ini terbuka kepada pelajar di A.S., Kanada, Australia dan Eropah.
Ogos
- Penawaran Awam Permulaan 19,605,052 saham stok biasa Kelas A kami berlangsung di Wall Street pada 19 Ogos. Harga tawaran: $85 setiap saham.
September
- Terdapat lebih daripada 100 domain Google (Norway dan Kenya adalah #102 dan #103). Senarai tersebut telah bertambah kepada lebih daripada 150 semenjak itu.
Oktober
- Secara rasminya kami membuka pejabat kami di Dublin, Ireland, dengan 150 orang Googler pelbagai bahasa, lawatan oleh Sergey dan Larry serta pengiktirafan daripada Timbalan Perdana Menteri Ireland, Mary Harney.
- Google SMS (khidmat pesanan ringkas) dilancarkan; hantarkan pertanyaan carian teks anda ke GOOGLE atau 466453 pada peranti mudah alih anda.
- Larry dan Sergey dinamakan sebagai ahli Fellow oleh Persatuan Marconi, yang mengiktiraf "sumbangan saintifik berpanjangan kepada kemajuan manusia dalam bidang sains komunikasi dan Internet.”
- Kami mengetengahlan pejabat kejuruteraan baharu kami di Bangalore dan Hyderabad, India dengan lawatan oleh Sergey dan Larry.
- Carian Desktop Google diperkenalkan: Sekarang anda boleh mencari fail dan dokumen yang disimpan pada pemacu keras anda menggunakan teknologi Google.
- Kami melancarkan versi beta Google Scholar, perkhidmatan percuma yang mencari kesusasteraan ilmiah seperti penulisan yang disemak rakan sebaya, tesis, buku, cetakan awal, laporan abstrak dan teknikal.
- Kami memperoleh Keyhole, syarikat pemetaan digital yang mana teknologinya akan menjadi Google Earth kemudiannya.
November
- Indeks halaman web kami mencecah 8 bilion.
Disember
- Kami membuka pusat R&D (penyelidikan & pembangunan) Tokyo kami untuk menarik minat jurutera terbaik dan paling pintar di kalangan orang Jepun dan orang Asia yang lain.
- Program Cetakan Google (kini dipanggil Carian Buku Google) berkembang melalui perkongsian pengimbasan digital dengan perpustakaan Harvard, Stanford, University of Michigan dan Oxford serta Perpustakaan Awam New York.
2005
Februari
- Kami mencapai kejayaan dalam Carian Imej: 1.1 bilion imej diindeks.
- Peta Google dijalankan secara langsung.
Mac
- Kami melancarkan code.google.com, tempat baru untuk sumber berorientasikan pembangun, termasuk semua API kami.
- 14,000 pengatur cara dari enam negara bersaing bagi memenangi hadiah wang tunai dan pengiktirafan di pertandingan pengekodan pertama kami di India, dengan skor tertinggi oleh Ardian Kristanto Poernomo dari Singapura.
- Kami memperoleh Urchin, syarikat analitis web yang mana teknologinya digunakan untuk mencipta Google Analytics.
April
- Pelancaran Peta Google pertama kami di Eropah adalah untuk U.K.
- Untuk April Fool kami mengumumkan minuman ajaib yang menjadikan peminumnya lebih bijak dan dengan itu lebih berkebolehan untuk menggunakan hasil carian dengan betul.
- Peta Google sekarang menampilkan paparan dan arah satelit paparan dan arah satelit .
- Google Local menjadi mudah alih, dan merangkumi arah pemanduan SMS.
- Sejarah Carian Saya dilancarkan di Labs, membenarkan anda melihat semua halaman web yang anda telah lawati dan carian Google yang anda lakukan sebelum ini.
- Kami melancarkan Sasaran Tapak, ciri AdWords yang memberikan pengiklan kebolehan untuk menyasarkan iklan mereka pada tapak kandungan tertentu dengan lebih baik.
Mei
- Kami melancarkan Blogger Mudah Alih, yang membolehkan blogger menggunakan telefon mudah alih mereka untuk mencatat dan menghantar foto ke blog mereka.
- Google Scholar menambah sokongan untuk akses institusi: Sekarang pencari boleh menjumpai artikel jurnal dalam perpustakaan maya mereka sendiri.
- Halaman Utama Diperibadikan (sekarang iGoogle) direka untuk orang ramai menyesuaikan halaman utama Google mereka sendiri dengan modul kandungan yang mereka pilih.
Jun
- Kami mengadakan Musim Panas tentang Kod pertama kami, program 3 bulan berharga $2 juta yang bertujuan membantu pelajar komputer sains memberikan sumbangan kepada pembangunan perisian sumber terbuka.
- Carian Web Mudah alih Google dilancarkan, dirumuskan khas untuk melihat hasil carian pada telefon mudah alih.
- Kami memperkenalkan Google Earth: perkhidmatan pemetaan berdasarkan imejan satelit yang menggabungkan bangunan dan rupa bumi 3D dengan keupayaan pemetaan dan carian Google.
- Kami melancarkan Carian Diperibadikan di Labs: selepas suatu tempoh, sejarah carian anda (ikut serta) akan menggambarkan minat anda dengan lebih tepat.
- API untuk Peta dilancarkan; pembangun boleh membenamkan Peta Google pada banyak jenis perkhidmatan dan tapak pemetaan.
Ogos
- Google mendapat markah tinggi dalam penilaian terjemahan mesin kerajaan A.S. pada tahun 2005. (Kami telah berbuat demikian dalam tahun berikutnya juga.)
- Kami melancarkan Google Talk, aplikasi Windows yang boleh dimuat turun yang membolehkan anda berbual atau IM dengan rakan dengan cepat dan mudah serta bercakap menggunakan mikrofon dan pembesar suara komputer (tiada telefon diperlukan) dengan percuma.
September
- Tindanan dalam Google Earth menggambarkan kemusnahan tinggalan Taufan Katrina di sekitar New Orleans dan Gulf Coast. Sebahagian daripada pasukan penyelamat menggunakan alat ini untuk mengesan mangsa yang terperangkap.
- Veteran DARPA Vint Cerf menyertai Google untuk meneruskan usahanya mencari Internet terbuka global.
- Dr. Kai-Fu Lee memulakan kerja di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan di China.
- Blog Search Google secara langsung; ialah cara untuk mencari catatan blog yang terkini dan relevan dengan topik tertentu melalui sfera blog yang amat besar.
Oktober
- Aficionados suapan berasa girang sebagai Pustaka Google, pustaka suapan, diperkenalkan di persidangan Web 2.0 di San Francisco.
- Googler sukarela menghasilkan acara buku Mountain View yang pertama dengan Malcolm Gladwell, pengarang "Blink" dan "The Tipping Point." Sejak itu, program Authors@Google telah menjadi hos kepada lebih daripada 480 penulis di 12 pejabat seluruh A.S., Eropah dan India.
November
- Kami melancarkan Google Analytics, terdahulunya dikenali sebagai Urchin, untuk mengukur kesan laman web dan kempen pemasaran.
- Kami mengumumkan pembukaan pejabat pertama kami di Sao Paulo dan Mexico City.
Disember
- Google Transit dilancarkan di Lab. Orang di kawasan metro Portland, Oregon kini boleh merancang perjalanan mereka menggunakan pengangkutan awam di satu laman.
- Gmail untuk mudah alih dilancarkan di Amerika Syarikat.
2006
Januari
- Code Jam pertama kami di China berakhir di Beijing. Pemenang, pelajar peringkat sarjana Chuan Xu, ialah salah seorang daripada 13,000 lebih pendaftar.
- Kami mengumumkan perolehan dMarc, sebuah syarikat pengiklanan radio digital.
- Google.cn, domain setempat versi Google, secara langsung di China.
- Kami memperkenalkan Picasa dalam lebih 25 bahasa, termasuk bahasa Poland, Thai dan Vietnam.
Februari
- Kami melancarkan Chat dalam Gmail, dengan menggunakan alat pemesejan segera dari Google Talk.
- Eric Schmidt telah dilantik ke Akademi Kejuruteraan Kebangsaan.
- Dr. Larry Brilliant menjadi pengarah eksekutif Google.org, cabang dermawan kami.
- Berita Google untuk mudah alih dilancarkan.
Mac
- Kami mengumumkan perolehan Writely, aplikasi pemprosesan perkataan berdasarkan web yang kemudiannya menjadi asas kepada Google Docs.
- Kumpulan yang bekerja dari Mountain View, Bangalore dan New York bekerjasama mencipta Google Finance, pendekatan kami kepada pengalaman carian yang dipertingkatkan untuk mendapatkan maklumat kewangan.
April
- Untuk April Fool kami memperlihatkan produk baharu, Google Romance: "Berpacaran ialah masalah carian."
- Kami melancarkan Kalendar Google, lengkap dengan ciri perkongsian dan kumpulan.
- Kami melancarkan Peta untuk Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol.
Mei
- Kami melancarkan Google Trend, cara untuk menggambarkan carian popular merentasi masa.
Jun
- Kami mengumumkan Album Web Picasa, yang membolehkan anda memuat naik dan berkongsi gambar anda dalam talian.
- Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED) menambah "Google" sebagai kata kerja.
- Kami mengumumkan Google Checkout, cara paling mudah dan pantas untuk membayar pembelian dalam talian.
- Gmail, Google News dan iGoogle boleh didapati pada telefon mudah alih dalam 8 lagi bahasa selain bahasa Inggeris: bahasa Perancis, Itali, Jerman, Sepanyol, Belanda, Rusia, China dan Turki.
- Gmail dilancarkan dalam bahasa Arab dan Ibrani, menjadikan nombor antara muka bertambah kepada 40.
Julai
- Di Google Code Jam Eropah, hampir 10,000 pengatur cara daripada 31 negara bersaing di Google Dublin untuk meraih hadiah utama; Tomasz Czajka dari Poland memenangi pusingan akhir.
Ogos
- Kami melancarkan WiFi seluruh bandar secara percuma di Mountain View.
- Lebih daripada 100 perpustakaan di 10 kampus Universiti California menyertai Projek Perpustakaan Buku Google.
- Persidangan Ulang tahun Star Trek ke 40 di Las Vegas menampilkan gerai Google yang mempamerkan alat yang sesuai untuk kegunaan antara galaksi.
- Apl untuk Domain Anda, set aplikasi yang direka untuk organisasi pelbagai saiz dan termasuk Gmail dan Kalendar, dilancarkan.
- Carian Buku Google mula menawarkan muat turun PDF buku dalam domain awam secara percuma.
September
- Kami menambah carian arkib ke Google News, yang mempunyai lebih daripada 200 tahun artikel bersejarah.
- Kandungan Sorotan untuk Google Earth merangkumi tindihan dari Program Alam Sekitar PBB, Rangkaian Discovery, Institut Jane Goodall dan Perkhidmatan Taman Negara.
- Universiti Complutens Madrid menjadi perpustakaan bahasa Sepanyol pertama yang menyertai Projek Perpustakaan Buku Google.
Oktober
- Bersama-sama dengan LitCam dan Institut UNESCO untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat, kami melancarkan Projek Celik Huruf, yang menawarkan sumber untuk guru, kumpulan celik huruf dan sesiapa yang berminat dalam mempromosikan bacaan.
- Kami mengumumkan perolehan YouTube kami.
- Kami melancarkan aplikasi berdasarkan web Docs & Spreadsheets: Pemproses perkataan Docs adalah hasil kerja semula Writely (diperoleh pada bulan Mac)
- Enjin Carian Tersuai Google dilancarkan, yang memberikan para blogger dan pemilik laman web keupayaan untuk mencipta enjin carian yang disesuaikan dengan minat mereka sendiri.
- Kami memperoleh JotSpot, platform kerjasama wiki, yang kemudiannya menjadi Google Sites.
November
- Peraduan Doodle 4 Google seluruh negara yang pertama di U.K. dilangsungkan dengan tema My Britain. Lebih daripada 15,000 kanak-kanak di Britain menyertainya dan doodle Katherine Chisnall yang berusia 13 tahun telah dipilih untuk dipaparkan di www.google.co.uk. Semenjak itu, peraduan Doodle 4 Google telah diadakan pada beberapa tahun dan negara yang lain.
Disember
- Kami melancarkan Carian Paten di A.S., yang mengindeks lebih daripada 7 juta paten bertarikh sejak 1790.
2007
Januari
- Kami mengumumkan perkongsian dengan China Mobile, pembekal perkhidmatan telekomunikasi mudah alih terbesar di dunia, untuk membekalkan perkhidmatan carian mudah alih dan Internet di China.
Februari
- Kami melancarkan Peta Google di Australia, lengkap dengan hasil carian perniagaan setempat dan kebolehan mudah alih.
- Docs & Spreadsheets Google boleh didapati dalam sebelas lagi bahasa: Bahasa Perancis, Itali, Jerman, Sepanyol, China Tradisional, China Ringkas, Korea, Turki, Poland, Belanda, Portugis (Brazil) dan Rusia.
- Sempena Hari Memperingati Kekasih, kami membuka Gmail kepada semua orang. (Sebelum ini, Gmail hanya boleh didapati melalui jemputan sahaja.)
- Google Apps Premier Edition dilancarkan, yang membawa pengkomputeran awan untuk perniagaan.
- Siri Candidates@Google bermula dengan Senator Hillary Clinton, yang pertama daripada beberapa orang calon Presiden 2008, termasuklah Senator Barack Obama dan Senator John McCain, datang melawat Googleplex.
- Kami memperkenalkan maklumat trafik di Peta Google untuk lebih daripada 30 bandar di seluruh A.S.
Mac
- Peraduan pengekodan perisian Amerika Latin yang pertama kami, tamat dengan Fabio Dias Moreira daripada Brazil memenangi hadiah utama. Beliau mendapat lebih banyak mata daripada 5,000 pengatur cara lain dari seluruh benua.
- Kami menandatangani perkongsian untuk memberi akses percuma kepada Google Apps for Education kepada 70,000 pelajar universiti di Kenya dan Rwanda.
April
- Hari April Fool ini lebih sibuk: bukan sahaja kami memperkenalkan Arkib Kertas Gmail dan TiSP (Penyedia Perkhidmatan Internet Tandas)—kami kehilangan (dan menjumpai) ular hidup dalam pejabat kami di New York!
- Kami menambah lapan lagi bahasa pada Blogger, menjadikan jumlahnya 19.
Mei
- Sebagai mengiktiraf perkongsian kami dengan Growing Connection, kami menanam kebun sayur-sayuran di tengah-tengah Googleplex, hasilnya digabungkan menjadi hidangan yang ditawarkan di kafe kami.
- Kami berpindah ke ruang tetap di Ann Arbor, Michigan dan Governor Jennifer Granholm membantu kami meraikannya. Pejabat ini adalah tapak sokongan AdWords.
- Di acara Searchology kami, kami mengumumkan langkah baharu yang diambil ke arah carian universal. Kini video, berita, buku, imej dan hasil carian setempat semuanya disepadukan bersama-sama dalam satu hasil carian.
- Hot Trend Google dilancarkan, yang menyenaraikan 100 pertanyaan terkini yang paling aktif, menunjukkan apa yang orang ramai cari pada masa ini.
- Debut Paparan Jalan di Peta Google di lima bandar raya A.S.: New York, San Francisco, Las Vegas, Miami dan Denver.
- Pada Hari Pemaju, kami mengumumkan Google Gear (kini hanya dikenali sebagai Gears), teknologi sumber terbuka untuk mencipta aplikasi web luar talian.
Jun
- Peta Google mendapat tempat utama dalam Apple iPhone asal.
- YouTube boleh didapati dalam sembilan lagi domain: Brazil, Perancis, Itali, Jepun, Belanda, Poland, Sepanyol, Ireland dan U.K.
- Kami mengumumkan perkongsian dengan Salesforce.com, yang menggabungkan aplikasi CRM dikehendaki syarikat tersebut dengan AdWords.
- Kami memperlihatkan beberapa inisiatif “hijau”: RechargeIT, yang disasarkan untuk mempercepatkan penerimaan kenderaan elektrik hibrid palam, penyiapan pemasangan panel solar kami di Googleplex, di Mountain View, dan niat kami untuk menjadi neutral karbon sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2007. Kami juga mengumumkan Inisiatif Pengkomputeran Penyelamat Iklim, dengan kerjasama Intel, Dell dan lebih daripada 30 syarikat lain.
- Google Earth Outreach diperkenalkan, direka untuk membantu organisasi tanpa untung menggunakan Google Earth untuk menyokong perjuangan mereka.
Julai
- Kami mengumumkan Perolehan Postini.
- Debat CNN/YouTube yang pertama berlangsung antara lapan calon Presiden Demokrasi A.S. (Republikan mendapat giliran mereka pada November 2007.)
- Google Finance sedia digunakan untuk pasaran bukan A.S. buat kali pertama, di Kanada.
- Google Apps kini boleh didapati dalam 28 bahasa.
Ogos
- We ask users for their interpretation of how Gmail travels around the world, and receive more than 1,100 video responses from more than 65 different countries.
- Ke infiniti dan seterusnya! Langit dilancarkan dalam Google Earth, termasuk lapisan untuk maklumat buruj dan lawatan maya galaksi.
September
- AdSense untuk mudah alih diperkenalkan, memberikan tapak yang dioptimumkan untuk penyemak imbas mudah alih keupayaan untuk mengehoskan iklan yang sama seperti di laman web standard.
- Bersama dengan Yayasan X PRIZE, kami mengumumkan X PRIZE Google Lunar, perlumbaan robotik ke Bulan untuk hadiah bernilai $30 juta.
- Kami menambah Presently, aplikasi baharu untuk membuat penyampaian slaid, pada Google Docs.
- Pustaka Google boleh didapati dalam Bahasa Perancis, Jerman, Sepanyol, Belanda, Inggeris (U.K.), China (Tradisional dan Ringkas), Jepun dan Korea.
Oktober
- Kami berkongsi dengan IBM dalam inisiatif pengkomputeran super supaya pelajar boleh belajar untuk bekerja pada skala Internet tentang cabaran pengkomputeran.
November
- Kami mengumumkan OpenSocial, set API biasa untuk pemaju membina aplikasi untuk rangkaian sosial.
- Android, platform terbuka pertama untuk peranti mudah alih dan kerjasama dengan syarikat lain dalam Open Handset Alliance diumumkan. Tidak lama selepas itu, kami memperkenalkan Cabaran Pemaju Android bernilai $10 juta.
- Google.org mengumumkan RE&It;C, inisiatif yang direka untuk mencipta tenaga elektrik daripada sumber yang boleh diperbaharui yang lebih murah daripada arang batu. Fokus permulaannya adalah untuk menyokong teknologi tenaga haba solar dan kuasa angin.
Disember
- Permaisuri England melancarkan The Royal Channel di YouTube. Beliau adalah monarki pertama yang menubuhkan kehadiran video dengan cara ini.
2008
Januari
- Google.org mengumumkan lima inisiatif utama: sebagai tambahan kepada yang diumumkan sebelumnya iaitu RE&It;C dan RechargeIT, terdapat dedikasi baru terhadap penyelesaian yang boleh diramalkan dan menghalang krisis di seluruh dunia, mempertingkatkan perkhidmatan awam dan menggalakkan pembangunan perusahaan kecil.
- Kami membida dalam lelongan spektrum 700 MHz untuk memastikan bahawa dunia tanpa wayar yang lebih terbuka dapat dimiliki pengguna.
Februari
- Untuk orang yang mencari dalam Bahasa Ibrani, Arab atau bahasa kanan ke kiri yang lain, kami memperkenalkan ciri yang bertujuan untuk lebih memudahkan carian dengan mengesan arah pertanyaan.
- Google Sites, rombakan perolehan JotSpot, diperkenalkan. Tapak membolehkan anda mencipta laman web usaha sama dengan video, dokumen dan kalendar yang dibenamkan.
Mac
- Kami akhirnya melengkapkan perolehan urus janji untuk DoubleClick.
- Bersama-sama Yahoo dan MySpace, kami mengumumkan Yayasan OpenSocial, suatu kumpulan bebas tanpa untung yang dicipta untuk menyediakan ketelusan dan garis panduan pengendalian untuk alat perisian terbuka untuk pengkomputeran sosial.
April
- Kami memaparkan 16 jenaka April Fool dari pejabat kami di seluruh dunia, termasuk sistem penerbangan baharu diumumkan dengan Sir Richard Branson (Virgle), AdSense untuk Perbualan, Carian Tenaga Manusia (China) dan Kit Wake-Up Google. Kebodohan bonus: semua penonton yang memaut kepada video yang ditampilkan YouTube di"Rickrolled"kan.
- Versi baharu Google Earth dilancarkan, menggabungkan Paparan Jalan dan 12 lagi bahasa. Pada masa yang sama, KML 2.2, yang bermula sebagai format fail Google Earth, diterima sebagai piawai Konsortium Geospacial Terbuka rasmi.
- Pengoptimum Laman Web Google keluar daripada beta, berkembang dari produk AdWords sahaja. Alat ini ialah alat penguji laman web percuma yang mana pemilik tapak boleh berterusan menguji kombinasi yang berlainan untuk kandungan laman web mereka (seperti imej dan teks), untuk melihat yang mana satu menghasilkan jualan, pendaftaran, kedudukan teratas paling banyak atau matlamat lain.
- Kami melancarkan Google Finance China yang membolehkan pelabur China mendapatkan data saham dan dana bersama sebagai hasil daripada kerjasama antara pasukan New York kami dan pasukan Shanghai.
- Kami memperkenalkan koleksi 70+ tema baharu ("kekulit") untuk iGoogle, disumbangkan oleh artis dan pereka seperti Dale Chihuly, Oscar de la Renta, Kwon Ki-Soo dan Philippe Starck.
Mei
- Berikutan kedua-dua bencana gempa bumi Sichuan di China dan Puting Beliung Nargis di Myanmar (Burma), Google Earth menambah maklumat satelit baharu untuk kawasan tersebut bagi membantu usaha pemulihan.
- Demi mencerminkan komitmen kami kepada pencari di seluruh dunia, carian Google kini menyokong Unicode 5.1.
- Di acara pemaju, kami melihat pratonton Google FriendConnect, set fungsi dan aplikasi yang membolehkan pemilik laman web menjadikan tapak mereka sosial dengan mudah dengan menambah pendaftaran, jemputan, galeri ahli, siaran mesej dan ulasan, serta aplikasi yang dibina oleh komuniti pemaju OpenSocial.
- Memandangkan alamat IPv4 (nombor yang komputer gunakan untuk berhubung dengan Internet) semakin berkurangan, carian Google menjadi boleh didapati pada IPv6, ruang alamat IP baru yang cukup besar untuk memberikan hampir tiga bilion rangkaian kepada setiap orang di planet ini. Vint Cerf ialah penyokong utama pengambilan IPv6 yang luas dan pantas.
- Terjemahan Google menambah 10 lagi bahasa (Bahasa Bulgaria, Croatia, Czechoslovakia, Denmark, Hindi, Norway, Poland, Romania dan Sweden), menjadikan jumlahnya 23.
- Kami melancarkan Google Health kepada umum, yang membolehkan orang ramai mengumpul, menyimpan dan menguruskan rekod perubatan dan maklumat kesihatan mereka dalam talian dengan selamat dan terjamin.
- Kami memperkenalkan siri catatan blog yang memperincikan banyak aspek hasil carian yang baik di Blog Rasmi Google.
- Pelajar gred 6 dari California Grace Moons memenangi pertandingan Doodle 4 Google A.S. 2008 doodle "Up In The Clouds" beliau.
Jun
- Harga saham masa sebenar disiarkan secara langsung di Google Finance untuk kali pertama.
- Dengan pelancaran Carian Tapak Google, pemilik tapak boleh mendayakan carian yang diperkasakan oleh Google di laman web mereka sendiri.
- Kami melancarkan Gmail Labs set percubaan ciri Gmail, termasuklah carian yang disimpan dan jenis bintang yang berbeza, yang membenarkan anda menyesuaikan pengalaman Gmail anda.
- Versi baru Peta untuk Peranti Mudah Alih diperkenalkan, yang meletakkan arah Google Transit pada telefon di lebih daripada 50 bandar seluruh dunia.
- Untuk kali pertama, jurutera Google mencipta masalah untuk peserta menyelesaikannya di pertandingan Code Jam Tahunan Kali Ke 7.
Julai
- Kami menyediakan Paparan Jalan untuk seluruh laluan Tour de France 2008— pelancaran imejan Paparan Jalan yang pertama di Eropah.
- Apl iPhone boleh dimuat turun pertama kami, menampilkan Lokasi Saya dan cadangan perkataan untuk pencarian mudah alih yang lebih pantas, diperkenalkan dengan pelancaran iPhone 3G Apple.
- Kami bekerja sama dengan kugiran Radiohead untuk membuat video muzik lagu “House of Cards” mereka dengan menggunakan hanya data dan bukan kamera.
- Sistem pengindeksan kami untuk memproses pautan menunjukkan bahawa kami sekarang mengira 1 trilion URL unik (dan jumlah halaman web individu yang ada di luar sana semakin bertambah dengan beberapa bilion halaman sehari).
Ogos
- Paparan Jalan boleh didapati di beberapa bandar di Jepun dan Australia—kali pertama ia muncul di luar Amerika Utara dan Eropah.
- Ciri Google Suggest tiba di Google.com, yang membantu anda merumuskan pertanyaan, mengurangkan kesilapan ejaan dan mengurangkan ketukan kekunci.
- Tepat pada masanya untuk persidangan politik A.S., kami melancarkan tapak yang dikhususkan kepada pilihan raya A.S. 2008, dengan berita, video dan foto serta alat untuk guru dan orang yang berkempen.
September
- Cakap-cakap terkeluar mengenai Chrome lebih awal sedikit daripada yang dijadualkan apabila buku komik yang memperkenalkan penyemak imbas sumber terbuka kami dilancarkan lebih awal dari yang dirancang pada 1 September. Penyemak imbas tersebut secara rasminya boleh didapati untuk muat turun di seluruh dunia sehari kemudian.
- Kami terlibat dengan proses politik A.S. di persidangan pencalonan presiden untuk parti Demokratik dan Republikan.
- Kami melancarkan peningkatan untuk Picasa, termasuk alat mengedit baharu, pembuat filem dan penyegerakan dengan web yang lebih mudah. Pada masa yang sama, Album Web Picasa dikemaskinikan dengan ciri baharu yang membolehkan anda untuk memberikan ”tanda nama” orang di dalam foto.
- Arkib Google News membantu menjadikan lebih banyak surat khabar lama boleh akses dan boleh dicari dalam talian melalui perkongsian dengan penerbit surat khabar untuk mendigitalkan berjuta-juta halaman arkib berita.
- T-Mobile mengumumkan G1, telefon pertama yang dibina berdasarkan sistem pengendalian Android. Pada masa yang sama, kami melancarkan Kit Pembangun Perisian Android yang baharu dan Open Handset Alliance mengumumkan niatnya untuk membuka sumber keseluruhan platform Android menjelang penghujung tahun 2008. G1 ditawarkan untuk pembelian pada bulan Oktober.
- Kami melancarkan Transit untuk kawasan metro New York, yang menjadikan maklumat transit awam mudah didapati oleh pengguna agensi pengangkutan terbesar di A.S.
- Terima kasih kepada anda semua, Google meraikan 10 tahun yang pantas berlalu.
Oktober
- Kami melancarkan draf pertama Tenaga Bersih 2030, cadangan untuk memberhentikan penggunaan arang batu dan minyak untuk kegunaan elektrik oleh A.S. dan mengurangkan 40 peratus penggunaan minyak kereta menjelang 2030. Rancangan ini boleh menjanakan berbilion penjimatan serta berjuta-juta "pekerjaan hijau".
- Kami memperkenalkan Google Earth untuk iPhone dan iPod touch, lengkap dengan foto, artikel Wikipedia yang geo lokasi dan keupayaan untuk menyendengkan telefon anda untuk melihat rupa bumi 3D.
- Googlers di Mountain View membina garis zip untuk berjalan menyeberang Permanente Creek kecil yang memisahkan beberapa bangunan kami.
November
- Dalam undian 5-0, FCC secara rasminya bersetuju untuk membuka “ruang putih,” atau spektrum televisyen yang tidak digunakan, untuk perkhidmatan jalur lebar wayarles. Kami melihat keputusan ini sebagai kemenangan yang jelas untuk pengguna Internet dan sesiapa sahaja yang mahukan komunikasi wayarles yang baik.
- Selepas kami menemui hubung kait antara pertanyaan carian tertentu dan data CDC tentang simptom flu, kami melancarkan Trend Flu Google, penunjuk aktiviti flu di sekitar A.S. seawal dua minggu lebih cepat daripada sistem pengawasan flu tradisional.
- Kami mengumumkan ketersediaan arkib foto LIFE di Carian Imej Google. Hanya sebahagian kecil daripada anggaran 10 juta foto pernah dilihat sebelum ini.
- SearchWiki dilancarkan, cara untuk anda menyesuaikan pengalaman carian anda dengan menilai semula, memadam, menambah dan membuat komen pada hasil carian. Komen juga boleh dibaca oleh pengguna lain.
Disember
- Kami menjemput pemuzik dari seluruh dunia untuk uji bakat bagi menyertai Orkestra Simfoni YouTube, orkestra dalam talian secara usaha sama yang pertama di dunia.
- Google Friend Connect boleh dimiliki oleh mana-mana juru web yang mencari untuk menggabungkan ciri sosial ke dalam tapak mereka dengan mudah.
- Liputan Paparan Jalan meningkat lebih dua kali ganda di Amerika Syarikat, termasuk beberapa negeri yang belum pernah dilihat sebelum ini pada Paparan Jalan (Maine, West Virginia, North Dakota dan South Dakota).
- Kami berkongsi dengan penerbit untuk mendigitalkan berjuta-juta artikel majalah dan boleh didapati dengan mudah di Carian Buku Google.
2009
Januari
- Kami memulakan Januari dengan pelancaran Picasa untuk Mac di Macworld.
- Vatikan melancarkan Saluran YouTube, yang menyediakan kemas kini daripada Paus dan Gereja Katolik.
- Bersama-sama Institut Teknologi Terbuka Yayasan Amerika Baharu, PlanetLab Consortium dan para penyelidik, kami mengumumkan Measurement Lab (M-Lab), suatu platform terbuka yang menyediakan alat untuk menguji sambungan jalur lebar.
Februari
- Versi terkini Google Earth berdebur dengan Lautan, ciri baharu yang menyediakan gambaran 3D dasar lautan dan maklumat mengenai satu daripada sumber semula jadi terbesar di dunia.
- Kami memperkenalkan Google Latitud, ciri Peta Google untuk mudah alih dan alat iGoogle yang membenarkan anda berkongsi lokasi orang yang telah membuat keputusan untuk berkongsi lokasi mereka dengan anda.
- Selepas menambah bahasa Turki, Thai, Hungary, Estonia, Albania, Malta dan Galicia, Terjemahan Google berupaya melakukan terjemahan automatik antara 41 bahasa, meliputi 98 peratus bahasa yang dibaca oleh pengguna Internet.
- Mesej pertama kami di Twitter kembali ke perduaan: Saya 01100110 01100101 01100101 01101100 01101001 01101110 01100111 00100000 01101100 01110101 01100011 01101011 01111001 00001010. (Bayangan: ia butang di halaman utama kami.)
Mac
- Kami melancarkan ujian beta tentang pengiklanan berdasarkan minat di tapak rakan kongsi dan di YouTube. Jenis pengiklanan yang disesuaikan ini membolehkan kami memaparkan iklan yang lebih hampir dengan apa yang orang cari dan ia memberikan kepada pengiklan cara yang cekap untuk mencapai orang yang paling berminat dengan produk atau perkhidmatan mereka.
- Kami melancarkan Google Voice untuk pengguna Grand Central sedia ada. Aplikasi baharu ini mempertingkatkan cara anda menggunakan telefon anda, dengan ciri seperti transkripsi dan arkib mel suara dan mencari semua mesej teks SMS anda.
- Kami meraikan rating Emas pejabat kami di San Francisco daripada Sistem Rating Bangunan Hijau LEED (Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar) Majlis Bangunan Hijau A.S. Kami melihatnya sebagai isyarat yang kami berada pada laluan yang betul dengan pendekatan kami untuk membina pejabat yang mesra alam.
- Rumah Putih mengadakan perjumpaan dewan bandar raya dalam talian untuk menjawab soalan rakyat yang diserahkan di Google Moderator.
- Kami melancarkan latar belakang iGoogle yang baharu yang diinspirasikan oleh permainan video, termasuk yang klasik seperti “Mario,” “Zelda” dan “Donkey Kong.”
- Kami mengumumkan Google Ventures: dana modal usaha sama yang disasarkan pada penggunaan sumber kami untuk menyokong inovasi dan menggalakkan syarikat teknologi baharu yang berpotensi.
- Menggunakan teknologi transliterasi, kami membina dan melancarkan ciri dalam Gmail yang memudahkan untuk menaip mesej dalam bahasa India seperti Hindi atau Malayalam.
- Google Suggest dijadikan setempat dengan kata kunci untuk 51 bahasa dalam 155 domain.
April
- Gurauan untuk Hari April Fool kami pada tahun ini adalah CADIE, “Entiti Kecerdasan Teragih Autoheuristik Kognitif” kami yang menghabiskan sehari untuk mengambil alih berbagai-bagai produk Google sebelum membinasakan diri.
- Kami mengumumkan kemas kini untuk carian yang membolehkan orang mendapatkan hasil carian setempat walaupun mereka tidak menyertakan lokasi dalam pertanyaan carian mereka.
- Untuk pilihan raya umum India yang ke 15, kami melancarkan Pusat Pilihan Raya India Google, yang mana orang ramai boleh menyemak untuk melihat sama ada mereka telah mendaftar untuk mengundi, mencari tempat pembuangan undi mereka serta membaca berita dan maklumat lain.
- Lebih daripada 90 pemuzik dari seluruh dunia—termasuk pemain gitar dari Sepanyol, pemain hap dari Belanda dan pemain birbin dari Lithuania—membuat persembahan dalam Orkestra Simfoni YouTube yang pertama seumpamanya di Dewan Carnegie.
- Kami membina semula dan mereka semula Google Lab sambil melancarkan dua Lab baharu: carian Imej Serupa dan Garis Masa Berita Google. Lewat bulan ini, kami memperkenalkan Toolbar Labs.
- Kami mula menunjukkan hasil carian profil Google di bahagian bawah halaman carian A.S. apabila orang membuat carian nama, memberikan orang ramai lebih kawalan ke atas apa yang orang lain temui mengenai mereka apabila mereka mencari di web.
- Kami melancarkan 11 filem pendek mengenai Google Chrome yang dibuat oleh Christoph Niemann, Motion Theory, Steve Mottershead, Go Robot, Open, Default Office, Hunter Gatherer, Lifelong Friendship Society, SuperFad, Jeff&Paul dan Pantograph.
Mei
- Untuk membuang semak dan mengurangkan bahaya kebakaran di padang berdekatan ibu pejabat kami di Mountain View, kami, mengupah beberapa ekor kambing dari syarikat tempatan. Ia membantu kami mencantas rumput dengan cara yang rendah karbon!
- Di acara Searchology kedua kami, kami memperkenalkan beberapa ciri carian baharu, termasuk panel Pilihan Carian dan coretan kaya dalam hasil carian.
- Kami melancarkan Sky Map untuk Android, yang menggunakan telefon Android anda bagi membantu anda mengenal pasti bintang, buruj dan planet.
- Christin Engelberth, pelajar gred enam di Bernard Harris Middle School di San Antonio, Texas, memenangi pertandingan Doodle 4 Google A.S. kedua dengan doodle beliau “Permulaan yang baharu.”
- Di persidangan pembangun I/O Google tahunan kedua di San Francisco, kami melihat pratonton Google Wave, alat komunikasi dan usaha sama baharu.
Jun
- Kami menambah papan pemuka baharu ke Tempat Google yang memberikan pemilik perniagaan maklumat, seperti apa yang orang cari, untuk melihat senarai mereka dan berapa kali senarai mereka muncul dalam hasil carian, mengenai cara pelanggan menjumpai perniagaan mereka di Peta Google.
- Kami memperkenalkan dua cara baharu untuk menyesuaikan halaman iGoogle anda: Showcase iGoogle, yang membenarkan anda melihat bagaimana rupa halaman utama selebriti kegemaran anda dan menambah alat serta banyak lagi benda dari halaman tersebut ke halaman anda sendiri serta tema alam semula jadi.
- Google Squared, suatu eksperimen baharu dalam Labs bertujuan untuk beberapa jenis pertanyaan carian kompleks tertentu, mengumpul fakta dari web dan menyampaikannya dalam koleksi yang tersusun, sama seperti lembaran kerja.
- Kit Alatan Terjemahan Google ialah satu set alatan pengeditan yang membantu orang menterjemah dan menerbitkan kerja dalam bahasa lain dengan lebih cepat dan dengan kualiti yang lebih baik. Sistem terjemahan automatik kami juga belajar daripada pembetulan.
- Kami mengumumkan Semua untuk Kebaikan. Ia adalah antara muka carian tunggal untuk aktiviti sukarela merentasi banyak tapak dan organisasi sukarela utama yang dibangunkan menggunakan App Engine dan Google Base. Ramai Googler menyumbang kepada projek sumber terbuka dalam masa 20 peratus mereka.
- Kami melancarkan versi beta AdSense untuk Aplikasi Mudah Alih, yang membenarkan pembangun memperoleh pendapatan dengan memaparkan iklan teks dan imej di iPhone dan aplikasi Android.
- Google SMS adalah set aplikasi mudah alih yang membenarkan orang di Afrika mengakses maklumat—seperti petua kesihatan dan pertanian, berita dan cuaca setempat—menggunakan SMS pada telefon mudah alih mereka dan merangkumi aplikasi pasar untuk mencari pembeli dan penjual barangan.
Julai
- Versi perusahaan dan pengguna Gmail, Kalendar Google, Google Docs dan Bual Google sekarang bukan lagi versi beta.
- Kami mengumumkan bahawa kami sedang membangunkan Google Chrome OS, sistem pengendalian sumber terbuka ringan yang pada mulanya disasarkan untuk netbook.
- Kami melancarkan Bulan dalam Google Earth pada ulang tahun ke-40 pendaratan di bulan. Alat ini menampilkan imejan bulan, maklumat mengenai tapak pendaratan Apollo, imej panoramik yang dirakamkan oleh angkasawan Apollo dan lawatan berkisah.
- Tema komik baharu untuk iGoogle terdiri daripada komik klasik seperti Peanuts ke wira seperti Batman hingga ke komik alternatif dari seluruh dunia.
- Kami menambah panel pilihan carian ke Google Images, menjadikannya lebih mudah untuk menjumpai jenis imej yang anda perlukan.
Ogos
- Mana-mana ahli perkhidmatan tentera A.S. yang aktif dijemput untuk mendaftar bagi akaun Google Voice, bagi membantu mereka berhubung dengan lebih baik dengan keluarga dan rakan mereka terutama apabila dihantar ke luar negara.
- Kami mengumumkan urus janji untuk memperoleh On2 Technologies, sebuah syarikat teknologi pemampatan video bermutu tinggi.
- Ciri sosial baharu diperkenalkan ke iGoogle, termasuk permainan sosial, perkongsian media dan alat senarai untuk dibuat serta suapan kemas kini untuk aktiviti rakan.
- Google Insights for Search sekarang boleh didapati dalam 39 bahasa di seluruh dunia. Sementara masih melakukannya, kami memperkenalkan ciri ramalan dan peta beranimasi.
- Kami mengembangkan Program Perkongsian YouTube untuk menyertakan video popular supaya anda boleh mengewangkan video viral anda dan memperoleh pendapatan walaupun jika anda bukan ahli Program Perkongsian.
- Kami menambah bahasa Afrikaans, Belarus, Iceland, Ireland, Macedonia, Malay, Swahili, Wales dan Yiddish ke Terjemahan Google, yang membawa jumlah keseluruhan bahasa yang disokong menjadi 51—iaitu 2,550 pasangan bahasa!
September
- Kami meraikan ulang tahun produk yang hampir sama umur dengan Google sendiri: Blogger. Lebih daripada 300 juta orang melawat tapak blog setiap bulan dan kami bangga yang ia terus menjadi perantara untuk orang di seluruh dunia memperlihatkan diri mereka dengan bebas.
- Kotak carian pada halaman utama klasik kami semakin besar.
- FastFlip, percubaan di Google Lab, yang membolehkan anda menyemak imbas dengan cepat berita, tajuk berita dan topik popular baru-baru ini, seperti majalah bercetak, sambil pada masa yang sama menawarkan beberapa faedah berita dalam talian, seperti kumpulan dan carian ke atas banyak penerbitan popular, penyesuaian dan keupayaan untuk berkongsi kandungan dengan rakan anda.
- Kami memperoleh reCAPTCHA, sebuah syarikat teknologi yang tertumpu kepada Pengecaman Aksara Optik (OCR)—proses yang menukarkan imej yang diimbas menjadi teks biasa.
- Dalam usaha mencipta ekosistem pengiklanan peraga yang lebih terbuka untuk semua orang, kami memperkenalkan DoubleClick Ad Exchange, pasar masa sebenar yang membantu penerbit dalam talian yang besar di sebelah sini; dan rangkaian iklan dan agensi di sebelah sana, membeli dan menjual ruang pengiklanan peraga.
- Pada hari lahir “bapa cereka sains,” kami memperlihatkan kebenaran di sebalik siri doodle yang misteri sebagai penghargaan kepada H.G. Wells.
- Kami memperkenalkan Halaman Tempat kepada Peta Google: satu halaman yang menyusun semua maklumat yang berkaitan mengenai perniagaan, tempat menarik, stesen transit, kejiranan, mercu tanda atau bandar—di mana-mana pelosok dunia—di satu tempat. Halaman Tempat termasuk perincian kaya seperti foto, video, pratonton Paparan Jalan, transit yang berdekatan, ulasan dan laman web yang berkaitan.
Oktober
- Kami memulakan siri catatan pada Blog Google Rasmi yang didedikasikan kepada yang terkini dan terhebat di dunia Carian Google.
- Trend Flu, alat pengawasan flu kami, boleh didapati sekarang di 16 negara dan dalam 37 bahasa tambahan.
- Kami memperkenalkan BuildingMaker, alat untuk mencipta bangunan untuk Google Earth yang membenarkan anda membina model bangunan dengan menggunakan foto udara dan bentuk 3D yang ringkas.
- Kami mengumumkan perjanjian dengan Twitter untuk menyertakan kemas kininya dalam hasil carian kami.
- Carian Sosial, percubaan baharu di Google Lab, yang membantu anda menjumpai kandungan awam yang berkaitan daripada rakan dan kenalan anda di dalam hasil carian Google anda.
- Pandu Arah Peta Google, sistem pandu arah GPS belok demi belok kami, menyertakan paparan 3D dan panduan suara—dan oleh kerana ia disambungkan ke awan Google, ia sentiasa menyertakan data peta terbaru, membolehkan anda mencari melalui suara atau sepanjang laluan dan menyediakan data trafik secara langsung.
- Ciri carian baharu membantu anda menjumpai maklumat muzik di web. Apabila anda masukkan nama lagu, artis atau album, malah petikan lirik, hasil carian anda akan menyertakan pautan ke pratonton audio lagu tersebut yang disediakan oleh rakan kongsi muzik kami.
November
- Google Dashboard menyediakan kepada anda ketelusan dan kawalan yang lebih hebat ke atas data yang dikaitkan dengan Akaun Google anda.
- Siri baharu di Blog Google Rasmi yang membuat liputan apa yang baharu di Google Apps.
- Kami menambah pandangan perundangan teks penuh daripada mahkamah persekutuan dan daerah negeri, rayuan dan agung A.S. ke Ilmiawan Google. Kami fikir penambahan ini akan memberikan kuasa kepada rakyat biasa dengan membantu semua orang mengetahui dengan lebih lanjut mengenai undang-undang yang mentadbir kita semua.
- Ciripercubaan di Lab dipanggil Image Swirl dibina atas penyelidikan visi komputer baharu untuk mengumpulkan imej yang serupa di dalam kumpulan wakil dalam antara muka yang berunsur penjelajahan yang menyeronokkan.
- Dengan menggabungkan teknologi pengecaman pertuturan automatik (ASR) dengan sistem kapsyen YouTube, kami menawarkan kapsyen automatik di YouTube. Kapsyen boleh membantu golongan pekak dan cacat pendengaran, membolehkan orang ramai di seluruh dunia mengakses kandungan video melalui terjemahan mesin, memperbaiki carian dan membolehkan pengguna melangkau tepat ke bahagian video yang mereka cari.
- Beberapa bulan selepas mengumumkan projek sistem pengendalian sumber terbuka kami, kami bukakan sumber projek sebagai Chromium OS untuk melibatkan rakan kongsi, komuniti sumber terbuka dan pembangun.
Disember
- Reka bentuk halaman utama yang baharu hanya memaparkan logo, kotak carian dan butang semasa pemuatan dan menunjukkan pautan lain di halaman utama, seperti Gmail atau Carian Imej, apabila pengguna menggerakkan tetikus.
- DNS Awam Google adalah sebahagian daripada usaha kami yang berterusan untuk menjadikan web lebih laju. Penyelesai DNS menukar nama domain yang senang diingati kepada nombor Protokol Internet (IP) unik supaya komputer boleh berhubung antara satu sama lain.
- Dengan ciri carian masa sebenar baharu kami, anda boleh melihat kemas kini langsung daripada orang di tapak popular seperti Twitter serta tajuk berita dan catatan blog yang diterbitkan cuma beberapa saat sebelum carian anda—betul-betul pada halaman hasil carian anda.
- Tepat pada masa musim cuti, kami memperkenalkan Google Chrome versi Mac dan Linux, serta sambungan untuk Chrome di Windows dan Linux (semua dalam beta).
- Living Stories, dibangunkan dalam perkongsian dengan The New York Times dan The Washington Post, adalah prototaip format percubaan untuk menyampaikan berita dalam talian. (Kami menamatkan eksperimen ini pada Februari 2010 dan menawarkan kod sumber terbuka untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.)
- Kami memperkenalkan beberapa ciri baharu di Bar Alat Google, termasuk cara mudah untuk berkongsi sebarang halaman di web, dipendekkan oleh pemendek URL baharu (goo.gl).
- Buat pertama kali, YouTube memperlihatkan senarai Paling Kerap Ditonton rasmi dan beberapa istilah carian yang paling cepat meningkat untuk tahun lalu.
2010
Januari
- Kami memperkenalkan Nexus One, contoh apa yang mungkin pada peranti mudah alih melalui Android serta kedai web yang dihoskan Google yang disasarkan untuk menyediakan orang ramai cara yang lebih mudah untuk membeli telefon mudah alih.
- Sekarang, anda boleh memuat naik semua jenis fail, termasuk fail grafik yang besar, foto RAW, arkib ZIP dan bayak lagi ke awan melalui Google Docs, yang memberikan anda suatu tempat di mana anda boleh memuat naik dan mengakses fail utama anda dalam talian.
- Kami menyatakan pendekatan baharu kami untuk perniagaan di China: Google tidak lagi akan menapis hasil carian di Google.cn, dan kami akan berusaha untuk menentukan bagaimana kami boleh menjalankan enjin carian tanpa penapisan yang mematuhi undang-undang, jika mungkin.
- Pada Hari Privasi Data Antarabangsa, kami menerbitkan prinsip privasi kami. Kami sentiasa beroperasi menurut prinsip ini, tetapi sekarang kami mengekodkannya untuk berkongsi pendapat kami sambil kami mencipta teknologi baharu.
Februari
- Iklan Super Bowl Google pertama seumpamanya menceritakan kisah cinta melalui istilah carian. Ini adalah satu daripada banyak video yang dibuat bagi meraikan usaha manusia di sebalik carian.
- Tepat pada masanya untuk Sukan Musim Sejuk di Vancouver, kami memperkenalkan imejan Paparan Jalan Whistler Blackcomb Mountains, yang dikumpulkan dengan menggunakan kenderaan salji yang dilengkapkan dengan kamera khas.
- Google Buzz adalah cara baharu untuk memulakan perbualan mengenai perkara yang anda dapati menarik—seperti foto, video, halaman web atau apa sahaja yang anda fikirkan—dibina dalam Gmail dan untuk mudah alih.
- Kami memperkenalkan Mod Keselamatan di YouTube, tetapan ikut serta untuk membantu menyaring keluar kandungan yang menjelikkan yang anda tidak suka lihat dan tidak mahu orang lain dalam keluarga anda menjumpainya secara tidak sengaja semasa seronok melayari YouTube.
- Kami mengumumkan rancangan untuk membina dan menguji rangkaian jalur lebar berkelajuan ultra tinggi, yang memberikan kelajuan Internet 100 kali lebih laju daripada apa yang dapat diakses oleh rakyat Amerika pada hari ini, di sejumlah kecil lokasi percubaan di seluruh Amerika Syarikat.
- Kami memperoleh Aardvark, sebuah syarikat yang membolehkan anda mencungkil pengetahuan dan pengalaman daripada rakan dan rangkaian kenalan anda luas.
- Teknologi perkhidmatan iklan generasi akan datang untuk penerbit dalam talian, DoubleClick for Publishers dan DFP Small Business, menggabungkan teknologi dan infrastruktur Google dengan pengiklanan peraga dan pengalaman perkhidmatan iklan DoubleClick.
Mac
- Kami memperoleh Picnik, tapak yang membolehkan anda mengedit foto di awan tanpa meninggalkan penyemak imbas anda.
- Bintang dalam carian adalah ciri baharu yang lebih memudahkan anda untuk menandakan dan menjumpai semula kandungan web kegemaran anda.
- Google Apps Marketplace adalah kedai dalam talian baharu untuk aplikasi perniagaan digabungkan yang membenarkan pelanggan Google Apps menemui, menghantar dan menguruskan dengan mudah aplikasi awan yang bergabung dengan Google Apps.
- Arah berbasikal dan data denai berbasikal tiba di Peta Google.
- Berikutan pengumuman pada bulan Januari mengenai carian di China, kami berhenti menapis perkhidmatan carian kami–Carian Google, Google News dan Google Images–di Google.cn, sebaliknya melencongkan pengguna dari Google.cn ke Google.com.hk.
April
- Untuk Hari April Fool, kami menukar nama kami kepada Topeka. Penukaran tersebut merupakan penghargaan kepada Topeka, Kansas, yang menukar namanya kepada Google sebagai sebahagian daripada usaha untuk membawa rangkaian gentian percubaan ke negeri tersebut.
- Para saintis mengumumkan penemuan fosil hominid baharu yang penting, dilakukan dengan bantuan daripada Google Earth, di Tapak Warisan Dunia Cradle of Humankind di Afrika Selatan.
- Ciri baharu untuk carian masa sebenar termasuk kebolehan untuk mencari arkib tweet awam dan “memainkan semula” perbualan dari detik tertentu masa silam serta alat yang dipanggil Google Follow Finder yang membantu anda mencari orang baharu untuk diikuti.
- Google Places (sebelum ini Pusat Perniagaan Setempat) mendapat nama baru bersama dengan beberapa ciri baharu, seperti memaparkan kawasan perkhidmatan dan di beberapa bandar, kebolehan untuk menggunakan program pengiklanan mudah yang dipanggil Tag.
- Kami melancarkan Alat Permintaan Kerajaan bagi memberikan orang ramai maklumat mengenai permintaan untuk membuang data atau kandungan pengguna yang kami terima daripada agensi kerajaan di seluruh dunia.
- Dengan Paparan Bumi dalam Peta Google, anda boleh meneroka imejan dan rupa bumi 3D terperinci Google Earth secara terus di Peta Google pada penyemak imbas anda.
- Oregon menjadi negeri pertama yang membuka Google Apps for Education untuk sekolah awam di seluruh negeri.
Mei
- Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mempercepatkan penghantaran tenaga yang boleh diperbaharui, kami membuat pelaburan terus pertama kami dalam projek tenaga yang boleh diperbaharui berskel utiliti.
- Sebagai balasan untuk kejadian tumpahan minyak Deepwater Horizon di Teluk Mexico, kami menyediakan imejan Google Earth merebaknya tumpahan tersebut.
- Kami mempamerkan penampilan yang menyegarkan untuk hasil carian kami dengan panel konteks sebelah kiri yang menyerlahkan alat dan penapisan carian yang paling berkaitan dengan pertanyaan anda.
- Satu pasukan Googlers di London mencipta fotomozek logo Google. (Kemudian, projek ini menjadi inspirasi untuk peraduan syarikat.)
- Di Google I/O, kami mengumumkan Google TV, yang dibina berasaskan Android dan Chrome dan memberikan anda cara mudah dan pantas untuk memandu arah ke saluran, laman web, apl, rancangan dan filem televisyen. Kami sibuk di I/O pada tahun ini dengan banyak pengumuman dan kemas kini yang lain.
- Untuk meraikan ulang tahun ke 30 PAC-MAN, kami melancarkan doodle boleh dimainkan yang pertama, lengkap dengan semua 256 tahap dan Cik PAC-MAN. Ia amat popular, jadi kami akan memberikannya rumah yang kekal.
- Anda mempunyai pilihan untuk mencari dengan lebih selamat dengan carian web Google yang disulitkan SSL.
- Kami mengeluarkan laporan tentang kesan ekonomi kami di Amerika Syarikat: pada 2009, kami menjana sejumlah $54 bilion aktiviti ekonomi untuk perniagaan, penerbit laman web dan bukan untung Amerika.
- Pemenang Doodle 4 Google 2010 di A.S. adalah seorang murid is gred tiga Mackenzie Melton, untuk doodle beliau, “Habitat Hutan Hujan.”
- Kami secara rasminya memperoleh AdMob, sebuah syarikat iklan peraga mudah alih.
Jun
- Anda sekarang boleh menyesuaikan Google.com anda dengan imej latar belakang.
- Dengan bantuan daripada Marin Bee Company, kami memasang Hiveplex–empat sarang lebah yang diwarnakan dalam warna Google, diletakkan di kawasan berbunga di kampus kami. Kami mendapat hasil madu pertama kami tidak lama dalam tahun itu.
- Kami bekerjasama dengan Muzium Guggenheim dalam inisiatif dalam talian global, yang dipanggil YouTube Play: A Biennal of Creative Video, untuk menemui video paling kreatif di dunia.
- Kami mengalami demam bola sepak, yang menawarkan cara untuk peminat mengikuti perkembangan Piala Dunia 2010 serta banyak analisis terperinci tentang trend carian bola sepak.
- Caffeine, sistem pengindeksan kami yang baharu, menyediakan 50 peratus hasil carian yang lebih segar untuk carian web daripada indeks terakhir kami dan ia adalah koleksi kandungan web terbesar yang kami tawarkan.
- Google Voice sekarang boleh didapati oleh sesiapa yang berada di A.S.
- Kami berhenti melencongkan pengguna China dari Google.cn ke Google.com.hk. Sebaliknya kami menyediakan halaman pendaratan di mana pengguna boleh menggunakan perkhidmatan Google.cn yang kami boleh sediakan tanpa penapisan dan/atau klik melalui Google.com.hk untuk carian.
- Halaman utama Google News direka bentuk semula untuk menjadikan paparan berita anda lebih berkaitan dan mudah untuk anda berkongsi cerita yang menarik.
Julai
- Kami menandatangani perjanjian untuk memperoleh ITA, sebuah syarikat perisian yang mengkhususkan dalam penyusunan data penerbangan , termasuk masa penerbangan, ketersediaan dan harga.
- “Life in a Day” adalah percubaan perfileman untuk mendokumenkan hari seseorang seperti yang dilihat melalui kaca mata orang ramai di seluruh dunia.
- Kami memperoleh Metaweb, syarikat yang menyenggara pangkalan data terbuka tentang perkara yang ada di dunia.
- Kami mengumumkan perjanjian untuk membeli tenaga bersih dari 114 megawatt penjanaan angin di kemudahan NextEra Energy Resources Story County II di Iowa.
- Google Images mendapat penampilan baharu, yang direka untuk menjadikannya lebih mudah untuk anda mengambil kesempatan atas beberapa teknologi berkuasa di belakang Images.
- Google Apps untuk Kerajaan, edisi terbaharu Google Apps kami, merangkumi aplikasi Google yang sama ditawarkan kepada perniagaan dan pengguna harian, dengan langkah tertentu untuk mengutarakan keperluan dasar dan keselamatan sektor awam.
Ogos
- Kami tidak akan terus membangunkan Google Wave sebagai produk yang berdiri sendiri.
- Kami memperoleh Slide, sebuah syarikat teknologi sosial yang mempunyai sejarah yang meluas tentang membina cara baharu untuk orang ramai berhubung dengan yang lain merentasi beberapa platform dalam talian.
- Dengan Verizon, kami mengumumkan cadangan dasar bersama untuk Internet terbuka.
- Tindakan Suara untuk Android merupakan siri arahan suara yang membolehkan anda mengawal telefon anda dengan bercakap.
- Jika anda berada di A.S., sekarang anda boleh menghubungi sebarang telefon secara terus dari Gmail.
- Carian Masa Sebenar mendapat halaman sendiri yang baharu, bersama-sama dengan lebih banyak alat untuk meneroka dan memperhalus hasil carian masa sebenar.
- “The Wilderness Downtown” adalah pengalaman muzikal yang dicipta oleh penulis/pengarah Chris Milk dengan kugiran Arcade Fire dan Google, dibina dengan memikirkan Google Chrome menggunakan HTML5 dan teknologi lain.
- Peti Masuk Keutamaan, cara percubaan untuk menangani muatan maklumat berlebihan dalam Gmail, secara automatik mengisih e-mel anda mengikut kepentingan, menggunakan pelbagai isyarat.
September
- Kami meraikan hari jadi Google Chrome yang kedua dengan keluaran penyemak imbas baharu yang tiga kali ganda lebih cepat daripada beta yang asal.
- Google Instant meramalkan apa yang anda minati dan menunjukkan kepada anda hasil carian sambil anda menaip supaya anda boleh mendapatkan maklumat yang anda cari dengan cepat.
- Pusat Keselamatan Keluarga kami yang baharu adalah kedai setempat dengan maklumat untuk ibu bapa dan guru tentang cara mengekalkan keselamatan kanak-kanak semasa dalam talian.
- Laporan Ketelusan baharu dalam talian memberikan orang ramai alat untuk melihat di mana kerajaan mendesak supaya kami membuang kandungan dan di mana perkhidmatan Google disekat.
- Google News berusia lapantahun.
- Kami mengumumkan lima pemenang Projek 10^100.
- Kami meraikan ulang tahun ke 50 “The Flintstones” dengan doodle Google.
- Imejan Brazil, Ireland dan Antartika tiba ke Paparan Jalan. Sekarang, tiga tahun selepas pertama kali kami melancarkan Paparan Jalan di lima bandar A.S., anda boleh meneroka kesemua tujuh benua pada paras mata!
