1. Laman Utama
  2. Mengenai Google
  3. Syarikat
  4. Prinsip perisian

Syarikat

Prinsip perisian

Di Google, kami memikirkan dengan mendalam untuk memperbaiki pengalaman dalam talian anda. Kami bimbang dengan apa yang kami percaya adalah peningkatan sikap tidak menghiraukan hak anda sebagai pengguna komputer. Kami melihat peningkatan laporan spyware dan aplikasi lain yang menipu anda supaya dapat memberikan anda iklan pop timbul, menyambungkan modem anda ke nombor bertol yang mahal atau merampas penyemak imbas anda dari tapak yang anda cuba lawati.

Kami tidak nampak yang trend ini akan berkurangan. Malah ia bertambah buruk. Sebagai penyedia perkhidmatan dan pengewangan kepada pengguna, pengiklan dan penerbit di Internet, kami rasa bertanggungjawab untuk menjadi proaktif mengenai isu ini. Jadi, kami mengambil keputusan untuk bertindak. Sebagai langkah permulaan, kami telah menggariskan set prinsip yang kami percaya industri kita patut amalkan dan kami berkongsinya merangsang perbincangan dan membantu menyelesaikan masalah ini. Kami bermaksud untuk mematuhi garis panduan ini dengan aplikasi yang kami edarkan (seperti Bar Alat Google dan Google Desktop). Dan oleh kerana kami amat mempercayai bahawa prinsip ini adalah baik untuk industri dan pengguna di seluruh dunia, kami akan menggalakkan rakan kongsi perniagaan semasa dan prospektif untuk mengamalkannya juga. Garis panduan ini adalah, mengikut keperluan, umum. Penciptaan dan pengedaran perisian adalah kompleks dan teknologi sentiasa berkembang. Kesimpulannya, beberapa aplikasi yang berguna mungkin tidak mematuhi prinsip sepenuhnya ada beberapa amalan yang mengelirukan mungkin tidak diutarakan di sini. Dokumen ini hanyalah permulaan dan tertumpu pada bahagian perisian dan pengiklanan Internet. Garis panduan ini perlu sentiasa dikemaskinikan untuk mengikuti teknologi yang sentiasa berubah.

Kami berharap supaya dapat berterusan berbincang dengan anda dan rakan kongsi kami. Kami ingin mendengar cadangan anda untuk meningkatkan dan mengemaskinikan prinsip ini. Kongsi maklum balas anda di http://www.google.com/support/forum/p/Web+Search.

Prinsip dicadangkan


Untuk menyertai tentangan terhadap perisian Internet yang mengelirukan atau untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://stopbadware.org. StopBadware.org adalah satu kempen "Menjaga Kejiranan" yang bebas bertujuan menentang perisian berniat jahat. StopBadware.org ingin menyediakan maklumat objektif yang boleh dipercayai mengenai aplikasi yang boleh dimuat turun untuk membantu pengguna membuat pilihan yang lebih baik mengenai apa yang mereka muat turun pada komputer mereka.

Nota: Jika anda fikir anda mempunyai aplikasi yang mengelirukan pada komputer anda, atau hanya ingin menyemak untuk kepastian, terdapat beberapa program yang dapat membantu anda. Spybot Search and Destroy, LavaSoft’s Ad-aware, dan CWShredder biasa digunakan. Program ini boleh menyingkirkan aplikasi berniat jahat yang biasa, walaupun pengguna kami melaporkan yang anda mungkin perlu mencuba lebih daripada satu dan mempunyai versi yang terkini adalah mustahak.

disiarkan: 18 Mei 2004
dikemas kini: 23 Jun 2006