Notis Privasi iGoogle
Januari, 2006
Dasar Privasi Google menerangkan cara kami mengendalikan maklumat peribadi apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan Google, termasuklah maklumat yang diberikan pada produk yang menggunakan teknologi iGoogle Google. Selain itu, yang berikut menerangkan amalan privasi kami yang khusus untuk iGoogle.
Maklumat peribadi
- Anda memerlukan Akaun Google untuk membuat sebuah halaman utama iGoogle yang boleh diakses dari sebarang komputer bersambungan Internet. Google meminta beberapa maklumat peribadi apabila anda membuat Akaun Google, termasuk alamat e-mel dan kata laluan anda, yang digunakan untuk melindungi akaun anda dari akses yang tidak dibenarkan. Akaun Google memberikan anda akses pada banyak perkhidmatan kami yang memerlukan pendaftaran.
- Anda juga boleh membuat halaman utama iGoogle yang boleh diakses hanya dari komputer anda, dengan tetapan pilihan disimpan dalam kuki.
- Anda boleh memilih untuk menghantar maklumat tambahan bagi memperibadikan halaman utama anda (seperti poskod bagi memperibadikan ramalan cuaca anda).
- Apabila anda menggunakan iGoogle, pelayan Google secara automatik merekodkan maklumat log yang memasukkan maklumat mengenai tetapan pilihan anda.
Kegunaan
- Google mengekalkan dan memproses maklumat peribadi bagi memberikan halaman utama dan perkhidmatan lain anda yang diperibadikan. Maklumat ini akan disimpan dalam kuki pada mesin anda dan dihantar ke Google apabila anda meminta halaman tersebut, jika anda telah menetapkan halaman tanpa Akaun Google berkaitan, atau menghantar kepada pelayan Google dan disimpan dengan selamat bersama-sama dengan maklumat Akaun Google anda, sekiranya anda merakam masuk pada Akaun Google anda.
Pilihan Anda
- Anda boleh menamatkan Akaun Google anda pada bila-bila masa seperti yang dinyatakan di sini.
- Anda boleh mengubah atau memadam tetapan pilihan dalam Akaun iGoogle anda pada bila-bila masa seperti yang diterangkan dalam Pusat Bantuan iGooglekami. Ingat bahawa apabila anda menutup beberapa bahagian pada halaman utama anda yang diperibadikan, misalnya Penanda Buku, tetapan anda tetap disimpan dan akan muncul semula jika anda menambah bahagian itu semula dalam halaman utama anda kemudian.
- Anda boleh memadam kuki anda bersama pilihan anda yang disimpan dengan mengikuti arahan untuk memadam kuki dalam penyemak imbas anda.
Pengkongsian Maklumat
- Beberapa bahagian iGoogle disediakan oleh pihak ketiga, yang akan menerima dan memproses permintaan dan tetapan pilihan anda bagi bahagian tersebut untuk memberikan perkhidmatan mereka. Dalam beberapa hal, maklumat lain termasuklah satu atau lebih daripada kuki Google anda juga secara teknikalnya tersedia kepada pihak ketiga, walaupun pihak ketiga dilarang melalui kontrak daripada mengakses kuki Google anda atau maklumat lain yang tidak berkaitan dengan bahagian yang disediakan mereka. Apabila anda menambah satu daripada bahagian ini pada halaman anda, kami akan memaklumkan anda. Penggunaan maklumat peribadi anda oleh pihak ketiga ini tidak dikawal oleh Dasar Privasi ini.
- Kami akan berkongsi statistik agregat mengenai penggunaan iGoogle dengan pekongsi perniagaan kami. Kami tidak akan berkongsi maklumat pengenalpastian secara peribadi dengan pekongsi ini atau sebarang pihak ketiga yang lain, kecuali dalam kesempitan yang diterangkan dalam Dasar Privasi Google.
Maklumat lanjut
Google mematuhi pada prinsip privasi Safe Harbor AS. Untuk maklumat lanjut tentang rangka kerja Safe Harbor atau pendaftaran kami, lihat laman web Jabatan Perdagangan.
Untuk maklumat lanjut mengenai amalan privasi kami, pergi ke dasar privasi lengkap. Untuk soalan berkenaan dengan produk atau akaun anda, sila lihat halaman Bantuan Google.

