Kami beriltizam untuk meningkatkan keselamatan anda, melindungi privasi anda dan membina alat mudah untuk memberikan anda pilihan dan kawalan.

Maklumat Berguna

Kami bertekad untuk memberi anda alat keselamatan dan kerahsiaan yang paling kukuh di dunia. Keselamatan dan kerahsiaan penting kepada kami, kami tahu betapa pentingnya perkara itu kepada anda dan kami bekerja keras untuk menyediakan yang tepat. Tapak Maklumat Berguna kami membantu anda dan keluarga anda kekal selamat dalam talian. Lawati untuk mengetahui lebih lanjut dan memahami cara Google membantu melindungi anda, komputer anda dan Internet daripada jenayah siber.

Kekal selamat dan terjamin dalam talian

Kami sentiasa berusaha untuk memastikan kekukuhan keselamatan, melindungi privasi anda dan menjadikan Google lebih berguna lagi berkesan untuk anda. Kami memberi anda alat dan kawalan untuk menentukan perkara yang anda kongsi, dengan siapa dan bagaimana—dan kami menjadikannya selamat dan mudah.

Pengesahan 2 langkah

Pengesahan 2 langkah menjadikan akaun Google anda lebih selamat dengan melindunginya dengan sesuatu yang anda tahu (kata laluan anda) dan sesuatu yang anda miliki (telefon anda). Ketahui cara untuk menyediakan pengesahan 2 langkah.

Mod Inkognito

Dalam mod inkognito di Google Chrome, halaman yang anda buka dan fail yang anda muat turun tidak direkodkan dalam sejarah penyemakan imbas atau muat turun Chrome. Ketahui cara mengakses mod inkognito.