Selasa, 10 Februari 2015

IKAN BAKAR + SAMBAL KICAP


memandangkan ai dalam proses diet sekarang ni, nak 49 kg end of dis month katanya..so nilah menu ai harini...

so nanti kita tengok nt penimbang tu yang jahat ke lemak ai ni yang jahat...



makanan sihat dan ringkas. ikan talapia bakar dan sambal kecap sebagai pencicah.

ada berbagai cara untuk membuat sambal kecap. resepi ringkas yang ai buat harini cili padi dgn bawang merah kecil (dicincang halus), sedikit belacan (dibakar), air asam jawa, kicap manis dan kicap masin.
boleh tambahkan sedikit daun kesum (dicincang), very ripe tomato (dicincang) dan asam limau (gantikan dengan asam jawa).

bersihkan ikan talapia, lumurkan sedikit garam jika suka. balutkan dengan daun pisang atau daun lengkuas. sapukan sedikit minyak pada kuali grill (supaya tidak melekat) dan bakar ikan di atas api sederhana sehingga masak rata. tutup kuali grill supaya panasnya sekata.

ikan boleh juga dibakar dalam oven grill. kepanasan terpulang kepada jenis oven yang digunakan.


cerita lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...