CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6448|Reply: 23

Suami Isteri Disaran Bergaduh Sekurang-kurangnya Seminggu Sekali

[Copy link]
Post time 23-3-2016 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Foto - cahayamentarimarketing.com



Perkahwinan sentiasa menuntut kesabaran dan tolak ansur yang tinggi antara pasangan suami isteri.


Dalam ikatan perkahwinan, pastinya ada pasang dan surut kerana sebagai manusia biasa kita sememangnya tidak pernah dapat lari dari melakukan kesilapan. Kita juga tidak mungkin dapat mengelakkan diri dari perasaan marah, cemburu dan sebagainya.


Apa yang kita boleh lakukan hanyalah kurangkan pertengkaran dan jangan biarkan ia menjadi lebih parah hingga menyebabkan hubungan suami isteri semakin renggang.


Namun lain pula dengan kajian Lembaga Penyelidikan Pemasaran India (1MRB), pasangan suami isteri disarankan bertengkar atau bergaduh sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengekalkan kebahagiaan.  Menurut kajian itu lagi, pertengkaran lebih baik dari memendam rasa marah atau sakit hati kerana sekurang-kurangnya pasangan tahu dimana silap masing-masing walaupun mungkin mengambil sedikit masa untuk berfikir.





Mungkin ada kebenaran juga kajian ini kerana kebanyakan pasangan mengaku selepas pertengkaran pasti hubungan mereka akan lebih erat. Pertengkaran kadang-kadang bukan untuk mencari kesilapan pasangan semata-mata namun untuk memperbetulkan kesilapan yang telah dibuat.


Anda nilaikan sendiri mana betul mana salah kerana sebagai ummat Islam kita dituntut menjadi penyabar. Bukan bermakna penyabar itu kita disuruh memendam rasa, mungkin boleh luahkan rasa marah namun dengan cara berhemah tanpa perlu menengking pasangan.


Berbalik pada kajian ini, sudahkah anda bergaduh dengan suami atau isteri anda untuk minggu ini? - CARI Infonet.







*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.074507 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list