Borong Tudung Bawal Murah Online ♥ Tudung Murah Masjid India ♥ Tudung Murah Jalan Tunku Abdul Rahman ( Jalan TAR ) ♥ Tudung / Shawl / Inner Online ♥ Tudung Borong Murah ♥ Tudung Bawal Murah ♥ Borong Tudung Sabah / Sarawak ♥ Tudung Bawal Satin Mia Ahmad ♥ Tudung Bawal ala Adijuma
sms/wassap 0199857566

Thursday 18 June 2015

8 Langkah Mudah Cara Pakai Tudung Bawal Macam Shawl


Walaupun pelbagai fesyen tudung mahupun hijab yang boleh ditemui sekarang, populariti tudung bawal atau tudung segi empat ini masih lagi kekal sehingga kini. Malah, ramai fesyenista Muslimah yang mencintai tudung klasik ini telah memberikan idea yang sangat kreatif dalam menggayakan tudung bawal seperti memakai selendang.


Sekiranya anda beralih dan bertukar menjadi seorang pencinta selendang daripada seorang pemakai tudung bawal, jangan buang koleksi tudung tersebut kerana ia juga boleh digayakan seperti memakai selendang. Tutorial pada kali ini akan menunjukkan kepada para Muslimah di luar sana cara lain menggayakan tudung bawal seperti selendang. Ia bukan sahaja mudah, malah mengambil masa yang ringkas dan hasilnya juga amat menakjubkan! Tidak perlu membuang masa lagi, mari kita lihat cara-caranya
Antara perkara yang diperlukan:
  1. Tudung bawal ataupun segi empat (bercorak atau kosong)
  2. Inner neck atau anak tudung
  3. Jarum peniti
  4. Pin kerongsang

Langkah-langkah:

8 Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 1
  • Letakkan tudung bawal atas kepala dan mulakan dengan langkah asas memakai selendang iaitu membahagikannya kepada bahagian yang panjang dan pendek. Terpulang kepada anda untuk menentukannya sama ada di sebelah kiri atau kanan. Kemudian sematkan kerongsang di bawah dagu.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 2
  • Seperti di dalam gambar, ambil bahagian hujung tudung yang panjang dan bawakan ke sebelah kiri sehingga ke bahagian atas kepala anda.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 3
  • Lilitkan dengan kemas dan pastikan tiada kedutan mahupun lipatan untuk hasil yang cantik. Pastikan lilitan itu tidak terlalu ketat dan longgar untuk keselesaan anda. Kemudian, sematkan jarum peniti di bahagian atas kepala.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 4
  • Sebelum ke langkah seterusnya, betulkan alunan selendang yang terbentuk untuk efek yang cantik dan kemas. Ambil bahagian belakang tudung bawal dan bawa ke bahagian hadapan. Rujuk gambar untuk lebih faham.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 5
  • Pada langkah ini, anda harus mendapat hasil seperti di dalam gambar. Anda bolehlah betulkan-betulkan alunan yang terbentuk tadi untuk efek yang lebih kemas dan cantik. Setelah puas hati, sematkan jarum peniti di bahagian kedua-dua tepi kepala dengan kemas.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 6
  • Pada langkah ini, satu lipatan akan dilakukan untuk mencantikkan visual gaya tudung ini. Seperti di dalam gambar, ambil bahagian hujung tudung dan bawa ke bahagian belakang kepala.
Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 7
  • Kemaskan dan kemudian sematkan jarum peniti dengan kemas.
Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 8
  • Kemaskan tudung dan alunannya sebagai langkah terakhir anda.
Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 9
  • Voila! Inilah hasil terakhir gaya ini. Menarik dan kelihatan menawan bukan? Cubalah sendiri!
Melihat kepada gaya ini, tiada sesiapa sangka yang ia menggunakan tudung bawal, bukannya selendang. Sedikit sukar untuk dipercayai, tapi percayalah hanya dengan sehelai tudung bawal ataupun tudung segi empat ini anda juga mampu tampil bergaya dan eksklusif seperti memakai selendang.
Gaya yang menarik ini juga bersesuaian dipakai ke mana-mana jua pada bila-bila masa. Sekiranya anda memutuskan untuk menggayakannya di majlis-majlis istimewa, hanya tambahkan penggunaan aksesori seperti rantai untuk menyerlahkannya. Pelbagai koleksi jarum peniti yang menarik dan cantik juga boleh di dapati dengan mudah di mana-mana pada hari ini. Hanya pilih dan kemudian gunakan pada gaya tudung ini. Itu sudah cukup untuk menyerikan penampilan anda. Sekiranya anda menggunakan tudung bawal yang bercorak, pastikan anda bijak memilih aksesori tambahan agar tidak kelihatan serabut dan mencacatkan penampilan akhir anda.

No comments:

Post a Comment