Saturday 30 March 2013

Rear Bonet Reflector & Side Marker

Hi, bersua kembali dlm ruangan kereta ku bukan kereta mu. Huhu, mandai je letak tajuk. Puas mencari reflector viva sports, akhirnya terpaksa keluar daerah untuk mendapatkannya. Sudah sepurnama mencari dan sudah sepuluh buah kedai di geledah iaini kedai aksesori, sparepart termasuk kedai potong body. Tak juga jumpa. Dah alang2 keluar daerah, beli lah skali side marker (tujuan asal nak cari reflector). Kedai yang di maksudkan adalah kedai sparepart + halfcut yang terletak di Address: 91-3, JALAN DATO HAJI HASSAN,84000 MUAR JOHOR MALAYSIA. Boleh juga di cari melalui mudah.my taip hh motorsport (company). Kedai tersebut tidak menyediakan perkhidmatan pemasangan, oleh itu bawa ler balik rumah duluw.

Meh jom usha pic semasa pemasangan berlangsung. Kerja kerja pemasangan telah di lakukan di kedai aksesori x-factor auto accessories jalan genuang segamat.


diantara perkakas yang di akan digunakan ialah penubuk lubang, playar, screw driver, ruler, pencil & pemotong wayar (bahasa rojak pulak) huhu... tak lupa juga extension wayar. sbb plug tak sampai.


Memula kasi ukur duluw kawasan yang hendak di tebuk. Lukis pakai pensel jer. Kalu ada pembetulan boleh padam. padam pakai pemadam api. huahuahua


kerja-kerja menebuk lubang sedang giat dijalankan. sian bumper vinna. huhu


mula-mula tebuk lubang bulat-bulat dua ketul untuk menyenangkan pembuatan lubang berbentuk segi empat tepat.


selesai menebuk lubang, side marker pon dipasang dengan cermat dan berhati-hati. tapi malangnya kena ketuk sikit besi body keta tu. kalu tak, side marker tak masuk kedalam lubang dengan sempurna. akan ada sikit terkeluar nanti. sbb side marker tu besar sgt.


alo lao ban 老板 apa hat kasi buka itu tail lamp


oooo. 老板 mau kasi sambung itu wayar pada side marker maaa. tengok, itu mentol sudah menyalainya adoi.


side marker suda siap pasang. moh kita pasang reflector pulak. tuu diaaa menatang reflector viva sports dan lampu LED yang sudah siap dipotong untuk di masukkan di belakang reflector.


gam tambahan perlu digunakan sebabnya gam yang sedia ada bukannya bagus sgt. CAP AYAM! 


dah siap pasang reflector, cari lah wayar untuk menyalakan lampu LED yang di pasang di belakang reflector tuw.


ni gambar masa dah siap sambung wayar. sila kemas kan wayar seperti dalam gambar. cover wayar pakai double side tape jer.


ok. reflector dah lulus dipasang. lepas ni nak buat apa pulak. oh luper. nak tampal sticker nak cover lampu yang pecah.


ni lah cara nya nak cover lampu yang pecah. tampal pakai double side tape duluw untuk cover lubang yang sedia ada (untuk mengelakkan kehadiran ruang kosong selepas menampal sticker).


sticker hitam kilat yang macam cermin tu dipilih kerana beliau yang paling sesuai. selalu sticker ni diorang tampal kat atas bumbung. 


hebat betul 老板 ni tampal sticker, side yang melengkung tuw dia tampal tanpa membuat sambungan sticker.


huh. siap juga tampal. boleh r balik rumah lepas ni. pada awalnya dah malas nak pikir pasal tail lamp ni. nak beli je lampu mira avy. tapi boss kedai hh motorsports tu tak jual lampu jew. dia jual ngan body part skali.


sampai jer rumah, hari pon dah malam. dah alang-alang menyeluk pekasam, ambil ler gambar skali. nah setepek, lampu LED yang tak berapa nak terang, tapi ok ler. side marker berfungsi dengan cemerlang. ok, puas ati. 

ok lah.. ta ta ti ti tu tu

2 comments: