Monday 11 May 2015

KELEBIHAN AIR EMBUN







Setitis Embun, Sejuta Rahsia

 Air titisan embun keluaran Anggun Kasih  Sdn Bhd adalah  sumber air unggul seumpamanya di dunia, diproses menggunakan sistem pemerosesan teknologi terkini VUVIP  iaitu  kaedah meluwap kelembapan seterusnya akan jatuh sebagai titisan embun. Kaedah ini adalah replikasi teknologi  pemprosesan semula jadi yang Allah SWT ciptakan untuk menghasilkan proses pemeluwapan yang membolehkan air embun dihasilkan secara berterusan walaupun dalam keadaan kelembapan yang rendah.

 
 Air titisan embun yang dihasilkan kemudiannya melalui proses penjanaan  ozon, UV dan gas untuk rawatan membersihkan air yang bertindak secara automatik sepertimana yang dihasilkan dalam alam semulajadi. Proses ini mampu mengikat aliran air bagi  bertindak menghapuskan  segala bentuk kotoran dan bakteria dalam air embun. Bagi memastikan tahap kualiti embun sentiasa tinggi, proses penyucian dilakukan menggunakan teknologi penapisan khas yang suci lagi halal supaya air embun yang dihasilkan dari aspek kandungan, rasa dan auranya dapat dipelihara, diyakini, dimanfaatkan serta selamat untuk diminum.

No comments:

Post a Comment