8 Jun 2009

Kelab Penyokong PAS dan Muslimat Tentang Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO

Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Muslimat PAS meminta sungguh-sunguh agar pimpinan parti itu jangan berbaik-baik dengan Umno kerana ia menghantar signal yang salah kepada ahli dan penyokong parti Islam itu.

Permintaan itu dibuat ketika wakil-wakil mereka membuat ucapan penangguhan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 55 hari ini.

Wakil Dewan Muslimat, Siti Zailah Yusof (timbalan ketua Dewan Muslimat) berkata, PAS jangan sekali-kali menghantar signal salah kepada ahli dan penyokong melalui kerjasama dengan Umno.

"Kita mesti mengukuhkan Pakatan Rakyat," kata Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang.
Timbalan Pengerusi KPP, Vincent Lee dalam ucapannya juga membuat permohonan yang sama iaitu meminta PAS jangan bekerjasama dengan Umno termasuk melalui isu kerajaan perpaduan.

Bagi beliau, rundingan sulit antara pemimpin PAS dengan Umno merunsingkan KPP.

"Ahli KPP bimbang, PAS akan tinggalkan mereka dan bersama dengan Umno sebagai kawan setia. Harap PAS bergerak atas landasan betul," katanya. - siasahdaily


1 ulasan:

orangkelantan berkata...

Sis Siti Zailah and Vincent....lets see from here...where they want to go...