Pages

Tuesday 6 December 2016

Kenali Buah Kembayau


Buah kembayau ialah spesies buah nadir daripada famili Burseraceae yang terdapat di Sarawak banyak terdapat di bahagian Sibu, Sarikei, Kanowit, Bintangor, Song dan Kapit. Penyelidikan saintifik ke atas dabai mendapati buah itu sangat kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.


Kembayau atau dalam sebutan lainnya, Dabai, Dabei atau nama saintifiknya (Canarium odontophyllum) bukan setakat terdapat di Sarawak atau kepulauan Borneo, malah ia juga tumbuh di Queensland Australia, Thailand, Filipina, Myanmar dan China.

Disebabkan kekayaan kandungan antioksida yang terdapat pada dabai ia berpotensi dijadikan bahan utama dalam pengeluaran produk makanan serta kosmetik. Buah dabai juga mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium dan kalsium.

Lazimnya dabai sudah mula boleh dipetik dari pokoknya apabila telah berubah ke hitam atau warna kemerah-merahan seperti anggur. Buah ini bermusim dan hanya akan berbuah dua kali setahun. Harga buah dabai boleh mencapai sehingga RM40 sekilo mengikut gred dan akhirnya akan menjadi murah apabila musimnya telah mencapai klimaks.


Bagi mereka yang belum pernah merasai buah ini mungkin belum mengetahui cara penyediaan buah dabai sebelum dimakan. Ia bukan seperti buah lain yang siap sedia terus di makan. Buah dabai perlu dicuci bersih terlebih dahulu agar getah yang terdapat dibuah dabai hilang dan bersih. 

Kemudian direndam buah dabai ke dalam air untuk merubahkannya menjadi lembut. Namun kena berhati-hati, merendamkannya ke dalam air yang terlalu panas akan menyebabkan ia sentiasa keras. Air yang digunakan hendaklah suam-suam kuku dan dibiarkan beberapa minit sebelum boleh dimakan. Toskan air tersebut dan letakkan sedikit garam atau kicap dan gaul sehingga sebati

Buah dabai yang telah dipetik dari tangkai


direndam ke dalam air suam-suam kuku
Buah dabai yang baru, isi dalamnya berwarna kuning terang, manakala jika ia telah kelihatan berwarna kemerahan, menandakan ia telah lama. Sebab itulah jika anda membeli buah dabai dengan isinya berwarna kuning, hendaklah terus dihidangkan kerana kuatir jika berubah ke warna merah, rasanya akan kurang enak.

Digaul bersama garam

Digaul bersama kicap


Buah dabai juga boleh dimakan dengan cara memisahkan isi dari bijinya dan terus di goreng atau dicampur bersama nasi untuk dibuat hidangan nasi goreng.

Nasi goren dabai

Pasaran Buah dabai bukan hanya setakat dijual secara mentah, malah kerajaan Sarawak sudah membuat kajian dan menghasilkan dabai dalam pelbagai bentuk seperti pembuatan aiskrim berperisa dabai, sabun, keropok dabai, mayonis dabai, Sos dabai dan pes perencah dabai. Ini akan menambal nilai komersial barang yang yang berasaskan buah dabai.

Mayonis Daba








--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment