Saturday 12 October 2013

Doa Untuk Menjadi Orang Yang Sabar



Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pembaca.. Ini adalah post kami yang ketiga dari kamibaiksangat yang berkaitan dengan kesabaran. Kesabaran adalah ubat terbaik dalam segala kesulitan.






Makna hakikat kesabaran ialah manhaj-manhaj yang amali dari sudut menyelesaikan masalah dan matlamat sebenar. Kesabaran ialah kunci kehidupan bagi seluruh makhluk alam ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Fikrah kesabaran boleh diambil ibarat sebagai contoh jika dibayangkan bumi ini bergerak dan berfungsi tanpa ada sifat kesabaran, dengan secara tiba-tiba malam bertukar kepada siang, dan sebaliknya, dan bayangkan tumbuhan yang tumbuh sekali gus tanpa menyempat, memang hancurlah bumi Allah ini tanpa hala tujuan dan tidakkah keadaan ini menyulitkan.

  
Kebaikan Menanti Orang Mukmin Yang Bersifat Sabar
1.      Di ampunkan dosa untuknya
2.      Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat.
3.       Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya
4.      Di bebaskan daripada seksaan api neraka
5.      Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya
6.      Di berikan ganjaran pahala tanpa batas
7.      Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT
8.      Mendapat balasan syurga
9.      Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.
10.  Di berikan oleh Allah SWT sifat penyabar




Antara Ayat Al-Quran yang menceritakan mengenai kesabaran : 

1.      “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
2.      Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Surah Al-Baqarah: ayat 155).






·         sentiasa bersangka baik dengan allah. sesungguhnya allah tidak zalim.. ujian itu allah turunkan kepada hamba yang dipilih agar dia diuji. Ayat saya bila terima ujian ialah ALLAH SAYANG SAYA SEBAB TU SAYA DIUJI.. :)
·         bersyukurlah bila diuji...itu tanda Allah masih sayang kepada kita...Rasulullah
s.a.w bersabda : ketahuilah bahawa pertolongan itu datang sesudah
kesabaran, kelapangan datang sesudah kesulitan dan kemudahan datang
sesudah kesulitan.
·         Sebenarnya Allah hendak membuktikan setiap makhluk yang Allah ciptakan mempunyai sifat-sifat tersendiri yang boleh kita peroleh sebagai manfaat. Sifat ini juga dalam masa yang sama dapat memenjarakan ketaatan kita kepada Allah. Kenyataan ini dapat diterangkan seperti berlakunya sesuatu musibah atau ujian yang berat bagi kita, tanpa berdalih kita mesti berbalik kepada Allah yang mana dari setiap yang berlaku semuanya dari Allah Azza wa Jalla.




KESIMPULAN :
Sebenarnya Allah hendak menunjukkan hambanya agar perlu bersabar dalam mencapai sesuatu dan janganlah bergopoh-gopoh dalam sesuatu hal kerana ini sebahagian perbuatan iblis yang berusaha menyesatkan keturunan Nabi Adam. Dan ingatlah hanya kesabaran orang yang beriman sahaja akan berpanjangan. Peliharalah iman seseorang perlulah sentiasa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah agar manusia tidak mudah digoda oleh iblis dan syaitan laknatullah.   

             


So, bersabar lah kita sebagai manusia dalam menghadapi rintangan hidup. Seseorang pasti akan diuji olehNya.






No comments:

Post a Comment