Thursday, September 2, 2010

Nurul Alis "Kiki" nikah Oktober

Nurul Alis Aidil Akhbar, bekas pembaca berita RTM bakal bernikah penghujung Oktober ini. Jodoh pilihan merupakan teman 'racing' yang berasal dari Australia.

"Majlis pernikahan ini insyaallah akan berlangsung di Masjid Wilayah dan temanya ialah kecil tapi indah," ujar Kiki yang masih aktif dalam perlumbaan drift.

Katanya anak-anak begitu mesra dengan bakal suami dan mereka sudah mula memanggil 'papa'.

"This guy is simple and father figure, so my children kalau dia boleh buli diaorang suka la," tambah Kiki yang menghabiskan masa di bulan Ramadhan dengan bermasjid 'hoping'.

Kiki yang akan beraya di Gombak tahun ini masih aktif melakukan tugas pengacaraan, rakaman suara dan juga aktiviti perlumbaan drift walau bergelar ibu dan bakal isteri.


Sent via BlackBerry from Maxis

No comments: