Selasa, 11 Januari 2011

Ayu Raudhah & Zaquan Adha Kahwin....

 
Aktres jelita, Ayu Raudhah (gambar) akan mengedarkan kira-kira 300 keping kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.
Ayu, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, akan diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada tarikh itu pukul 3.30 petang, selepas Solat Jumaat.
Menurut Ayu, seramai 600 hingga 700 orang akan diundang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.
Menurut laporan sebuah akhbar, Ahad, pasangan itu bukan sengaja merahsiakan tentang majlis tersebut sebaliknya menghormati keputusan keluarga Zaquan ekoran kontroversi yang baru sahaja terjadi melibatkan aktres Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kembar Zaquan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan