Candat sotong jom!

Hey guysssss.. So harini saya akan ceritakan kepada anda tentang candat sotong. Saya rasa semua dah familiar dengan istilih mencandat sotong ni kan tapi tapi tapiiii.. saya yakin dan percaya korang ni mesti just tahu candat sotong ni tangkap sotonglah tapi anda taktahu caranya kan. Tengok pun mesti tak pernah.




Untuk pengetahuan anda semua aktiviti mencandat sotong ini mendapat namanya kerana alatan yang kita gunakan semasa melakukan aktiviti ini iaitu candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengikut sotong yang hendak dicandat. Antaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai.

Alatan candat ni merupakan kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan seperti anak ikan ataupun udang plastik yang berkilat. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira. 



Next kita akan pergi pula pada musim ataupun masa yang sesuai untuk kita mencadat sotong. Musim ini bermula angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda. Waktu inilah musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Sotong-Sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur. Haa waktu inilah kita boleh mula mencandat dengan sakan. Contohnya apabila musim mencandat tiba di perairan Terengganu. Kita boleh lihat perairan Terengganu waktu tu bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.


Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.



Seperti yang saya cakap sebentar tadi lain candat lainlah kegunannya kan. Jadi dekat sini saya nak specifikasi sikit sebanyak beberapa jenis candat yang sering diguna oleh para pemancing. Candat yang pertama ingin saya specifikasikan adalah Candat Udang. Haaa Candat udang ini digunakan bagi sotong Mengabang. Kalau nak tahu sotong Mengabang ni macam mana haaa boleh tengok gambar di atas. Ishh geram pulak tengok kan. Rasa nak masak celup tepung je hehe. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong.




Selain Candat Udang ada jugak candat ini yang bernama Candat Twist. Candat ini biasanya dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya.

Itu sajalah yang boleh saya kongsikan pada kali ini.. Saya harap post kalini dapat menambahkan lagi pengetahuan anda tentang candat sotong ni. Kalau anda ada nak menambah lagi apa apa informasi ataupun ada sebarang pertanyaan silalah komen okay. Sharing is Caring.








Comments

Popular posts from this blog

Memancing di Jambatan Pulau Pinang

Memancing di Kelong