Wednesday 13 April 2011

Pakai Tudung Pon Salah?

Hari ni aq start aktifkan semula facebook aq(exactly on 4.00 am), dan meracau2 ushar2 belaka2 yg ade..
Secare kebetulan, aq ushar wall Yuna, dan terjumpa komen ni..

Orait... disebabkan sekarang sekarang aq sudah menjadi seorang yg sangat rasional(boleh percaye ke?), jadi aq berfikiran baik..mungkin dia ni teringin nak bertudung..(orang yg mnghantar pos ni free hair)...

Jadi, aq pon browse la komemn2nye.. sangat menarik..


Sangat menyentuh kan?? jadi, aq pon memberi komen yg sangat meng-inspirasikan..


Pade mase yang same, aq terfikir beberapa perkara..
Betul ke orang Islam tak boleh menyerupai orang2 nasrani dan yahudi dalam SEMUA aspek? Betul ke larangan tu TIADA hujah2 berikutnye?
Macam mane kalu perumpuan tu pakai hoot yg besar(pada baju spt sweater dan jeket), adekah kire meniru style biarawati ni jugak(sbb berlilit di bahgian leher ala2 biarawati tuu)...

Sebagai contoh lain, Islam dilarang menjual senjata kepada sesiapa yang memusuhi Islam..(kalu korang taktaw sal ni, tak taw la nak kabo ape..)
Macam mane orang yang jual pisau? Yang bukak kedai2 borong yg jual2 parang, mesin parot kelapa, pisau lipat, mancis, dan sebagainye.. Takkan nak tulis "Hanya orang Islam sahaja yang boleh membelinya".. Berdose ke diorang? Banyak betol dose diorang..

Bagaimane pulak dengan orang2 yang graduate, yg kene pakai baju jubah hitam tu? Bukan menyerupai Father2 Kristian ke? Tapi, macam mane orang2 yang berkelulusan agama yang tinggi2 boleh graduate kalu diorang tak pakai baju ni?? Hebat betul..

Kalu larangan memakai pakaian menyerupai orang kafir, macam mane dengan Ulamak2, dan Pendakwah2 besar kita hari ni yang pakai baju kod dan tai? Macam mane dengan Doktor2 tang pakai baju seragam diorang, baju bedah? Bukan ke pakaian2 tu adelah pakaian orang2 bukan Islam? Yang direka dan dipakai oleh orang2 bukan Islam?

Dan semua ni masih belum ade jawapan. Jadi aq pon menghantarkan mesej persoalan ni kepada seorang ustazah yang sangat aq hormati..

Dan berikut adelah jawapan yang aq terima:
"...jgn syak apa2.mrk menutup aurat tu pun dah syukur. Maksud mgikut pakaian bkn islam ialah bikini,tak tutup aurat. Cuma hari ini ramai tak labuhkan ke bawah dada. Sebenarnya mcm ni selagi x brttgan dgn Islam pakailah. Ok." ---[disalin bulat2]
 Dan aq terfikir balik, bukan pakaian biarawati berwarna hitam dan putih ke? macamne kalu baju tu berwarna hijau ataw merah?
Dan macam mane kalu stail biarawati tu yang tiru stail bertudung orang Islam?

Yang pasti, kenapa tiada penguatkuasaan fatwa melarang pemakaian2 tudung "ala2 agama lain" ni macam mane pelarangan pada mempunyai tatoo untuk umat Islam?(jangan merendahkan sistem fatwa negara kita)

Jadi, aku pasti, disebalik hadis2 tu, ade beberapa pendapat2 dan pandangan2 lain yang kita tak ambik tahu., dan cuma menggunakannya tanpa kepastian. Mungkin juga sebab pelik sikit je, kite terus benci..(maklumlah, sekarang..) dan mungkin ini adelah pengaruh2 untuk memutar belitkan umat Islam itu sendiri, manelah tau kan?

Dan untuk mem-backup Yuna(I'm a big fan of Yuna)..
Yuna is a Jedi(starwars) mania.. The inspiration of her appearance is basically on Jedi costume.

Just recap of the previous picture Yuna posted on her wall about JediYuna:
By Yuna, said that she'd addicted to Starwars(PS3)
this is example of a Jedi costume..
Jadi, salah ke seorang perempuan bertudung untuk memakai pakaian2 "luar biasa" macam ni??



Aq pon tak taw, post kali ni adelah untuk bercerita sal Yuna, tapi yang pasti, nak overview beberape pandangan berkaitan "Bertudung" ni..
Aq mintak maaf sebarang kesilapan ataw penggurisan hati siapa2..
Kalu nak bg feedback, sangat2 diharapkan..

Untuk melihat kesinambungan dari post ni, klik disini.

0 comments:

Post a Comment