01 July 2023

BILA FIZZ FAIRUZ KORBAN 7 EKOR LEMBU, SIMBOLIK MAHU TUJUH ORANG ANAK



"Sembelih tujuh ekor lembu sebab saya mahu tujuh orang anak. Emak saya mempunyai sembilan orang anak, saya nak 'lawan' tetapi tidak larat pula. Jadi, cukuplah sekadar tujuh orang, insya-Allah.
"Untuk raya haji tahun ni, saya tidak balik kampung kerana mak saya ada di sini dan kami sekeluarga akan menyembelih tujuh ekor lembu di sini. Saya boleh katakan raya haji tahun ini adalah raya paling meriah.

"Korban bagi saya ialah pengorbanan seorang ibu buat anak-anak. Ibu sanggup melakukan apa saja untuk anak-anak demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

"Jujurnya saya terharu melihat apa yang dikorbankan selama ini. Kalau anda duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana dia (isteri) berkorban setiap hari. Banyaklah pengorbanan yang dilakukan."

Klik untuk gambar besar
Demikian jelas pelakon Fizz Fairuz dimana dia melakukan ibadah korban dengan menumbangkan tujuh ekor lembu, sempena Aidiladha tahun ini.

Kata Fizz, jumlah tujuh ekor lembu itu sebagai simbolik kepada hasratnya untuk menambah tiga lagi cahaya mata menjadi tujuh orang.

Setakat ini, Fizz dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Afrina Arianna, 7, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2, hasil perkahwinan dengan pelakon Almy Nadia.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: