17 October 2023

ELLY MAZLEIN 'SOUND' NETIZEN : "BILA SI BANG@NG BERKATA-KATA... RAMAI ORANG CARI REZEKI DALAM GV TU, KUR@NG AJAR KAU NI"



"Adab kau pergi mana? Nak marah aku, kau marah aku seorang. Kau jangan babitkan ramai orang dalam GV. Ayat kau melambangkan diri kau. Kau sangat memalukan. Biad@p."
Itulah antara petikan kata-kata penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein, dimana dia tampil menyelar netizen yang mempertikaikan penerbitan program All Stars Gegar Vaganza serta memintanya untuk memakai tudung.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu dilihat ada memuat naik komen individu berkenaan yang turut menasihati pengacara itu supaya mengaji serta mendekatkan diri dengan Tuhan.

Klik untuk gambar besar
Elly yang bengang dengan komen individu itu menyifatkan dia seorang yang kur@ng ajar. Malah, Elly berkata, jika marahkan dirinya tidak perlu libatkan orang lain yang terlibat dalam program itu untuk mencari rezeki.

Baru-baru ini, Elly dilihat memuat naik luahan di Instagram, sekaligus mencetuskan tanda tanya. Menerusi entri itu, Elly seolah mendedahkan punca dirinya tidak bersama dengan dua rakan pengacara program itu iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: