Kenali Siapa Sebenarnya Mia Sara Nasuha Yang Sudah Popular Sejak Umur 1 Tahun Lagi

Mia Sara Nasuha merupakan antara aktres yang pernah mencipta nama sebagai pelakon cilik seiring rakan-rakan seangkatannya seperti Puteri Balqis, Rykarl Iskandar, Jay Nazif dan Muhammad Arif Abdullah.

Kini peralihan usia membawa Mia sebagai antara nama yang dilihat mampu menjadi pelapis dalam industri drama dan perfileman tempatan.

Biodata Mia Sara

1. Nama sebenarnya, Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan. Menggunakan nama komersial, Mia Sara.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 30 September 2005. Kini berusia 14 tahun.

3. Merupakan pelakon dan usahawan yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

4. Antara drama dibintanginya seperti Adamaya, Epilog Syurga Cinta, Tiramisu, Begitulah Cinta, Strawberi & Karipap dan Salam Squad.

5. Termasuk telefilem Pengorbanan Terakhir, Miss Aliyah, Jelmaan, Kembarku Robot dan banyak lagi.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.

Fakta Menarik

  • Memulakan karier seninya seawal usia setahun.
  • Mengenakan hijab selepas kembali daripada mengerjakan umrah pada tahun 2015.
  • Mula berjinak-jinak dalam dunia seni suara dengan memasuki kelas vokal Cikgu Shafi sejak usia sembilan tahun.
  • Mempunyai kemahiran bermain ukulele dengan hanya belajar melalui laman Youtube. Bercadang menyertai kelas piano atau gitar pada masa akan datang.
  • Meminati muzik bergenrekan balada R&B.
  • Sehingga kini laman sosial Instagramnya sudah mencatatkan lebih dua juta pengikut.

Foto

Kredit foto: Instagram Mia Sara

Video

Kredit video: Mia Sara Dulu VS Kini.. Comel Sangat Dalam Filem Sekali Lagi

 

Sumber:

1. Wikipedia Mia Sara

2. Mia Sara Ambil Keputusan Berhijab

3. Mia Sara Nak Menyanyi Pula

Sumber : iluminasi

Be the first to comment on "Kenali Siapa Sebenarnya Mia Sara Nasuha Yang Sudah Popular Sejak Umur 1 Tahun Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*