ResepiSajiSelera

Wajib Cuba! Resepi Cheese Kek

resepi cheese kek - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Cheese Kek.Kali ini Chef WOM.my mahu berkongsi resepi cheese kek yang sedap untuk di makan ketika santai bercuti.

Cheese kek yang pertama kali dibuat adalah daripada bangsa Yunani kuno. Ketika itu, cheese kek merupakan hidangan buat para atlet di Olimpiade yang pertama kali digelar di Yunani. Cheese kek pada masa itu dibuat dengan campuran susu kambing dan susu domba.

Dalam perkembangannya, resepi cheese kek ini dibawa oleh bangsa Rom yang menjajah Yunani kemudian lalu menyebarkannya hingga ke Inggeris saat penjajahan. Cheese kek mula dikenali di Amerika Syarikat daripada para imigran Yahudi dari Eropah Selatan dan Timur.

Pada masa tersebut, cheese kek tidak hanya digunakan untuk hidangan saji atlet Yunani saja, bahkan cheese kek juga digunakan sebagai kuih pengantin untuk bangsa Yunani kerana proses pembuatannya yang sangat mudah dan hasil rasanya yang cukup enak.

Sekali sekala kalau kita berminat untuk buat kejutan kepada orang yang tersayang anda boleh mencuba resepi ini di bawah.

 

Bahan-Bahan Resepi Cheese Kek:

Bahan A:

100 gram mentega

300 ml susu segar (dutchlady fresh milk)

6 keping keju (cheddar / pelbagai jenama boleh digunakan)

 

 

Dapatkan Juga: Resepi Oreo Cheesecake & Red Velvet Kukus

 

 

Bahan B:

6 biji putih telur

125 gram gula kastor

Bahan C:

6 biji kuning telur (yang diasingkan dari putih telur)

 

Bahan D:

100 gram tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla

 

 

Dapatkan Juga: Resepi Kek Lapis Cheese & Kek Marbe Cheese

 

 

Cara-cara Untuk Membuat Cheese Kek

1. Ambil mangkuk dan campurkan mentega, susu segar dan cheese. Kemudian anda boleh cairkan di atas api yang kecil atau menggunakan kaedah double boiler.

2. Pukul putih telur dan gula kastor sehingga menjadi kembang/meringue selama 5-10 minit pada tahap medium.

3. Pukul kuning telur hingga kembang.

4. Campurkan bahan A dan C kacau hingga sebati, kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit disertakan dengan tepung gandum dan esen vanilla. Kacau semua bahan hingga sebati.

5. Kemudian masukkan bahan tadi ke dalam loyang, cara untuk anda membakar chesse kek, bungkus bahagian bawah loyang dengan aluminium foil, letak air panas di dalam loyang besar, baru letak loyang yang berisi adunan yang hendak dibakar.

6. Bakar pada suhu 170 dalam 20 minit pertama kemudian dalam suhu 140 dalam 40 minit terakhir.

 

Nota Kaki: Selamat mencuba. Resepi ini boleh dijadikan menu petang anda, kek hari jadi atau kek ulang tahun perkahwinan anda dan jangan lupa SHARE resepi ini ya!

<< Jom cuba Resepi Kek Batik di sini.. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Tanam Cili Dalam Pasu

Next post

Fahami Apa Itu Menopause

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *