I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 12 April 2011

Kuih Cakoi........!!!!!!Hmmmm......;-0


OK la ni saya nak berkongsi sikit la tentang apa yang sedang saya fikirkan....Tengah-tengah lepak dengan member-member ni...tiba-tiba terasa macam nak makan kuih cakoi pulak!!!!Hmmm.....sdapnyeeeerrrr!!!!!!Secara kebetulan pulak x tau nak update pe kat blog ni so saya nak kongsi sikit informasi dan resipi kuih ni yer.....
By the way, let me explain to you all briefly about sejarah kuih cakoi ni yer,in mandarin kuih ni dipanggil 油条you tiao, dlm cantonese pula "yao za guai"atau hokkien "yu ca koi"... Kuih ini amat popular di kalangan masyarakat Cina dan mereka jugalah yang mula-mula mencipta kuih ini.Tapi disebabkan Malaysia ni mempunyai pelbagai budaya dan bangsa,kuih ni boleh dinikmati oleh semua golongan bangsa...Sungguh bertuah kita hidup di Malaysia ini.....Betul x? So x nak bercakap panjang lebar lagi,kang mengarut pulak nanti.....Heheee

So akhir kata,bagi korang yang ingin mencuba sendiri buat Kuih Cakoi ni...Sila la yer mencuba resipi ini
.....Selamat Maju Jaya!

Bahan-bahan:

400gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin, cairkan
1 sudu teh garam
3 sudu makan gula
2 sudu teh yis kering
½ sudu teh baking soda
1 sudu makan susu pekat manis
1 biji kuning telur

Minyak untuk menggoreng

Caranya:

1.Campurkan kesemua bahan kecuali tepung di dalam mangkuk. Gaul sebati.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.Rehatkan doh selama 1/2 jam dan tutup dengan plastik.
3.Canai doh memanjang lebih kurang 1/2 cm tebal dan 10 cm lebar membentuk empat segi.
4.Potong doh lebih kurang 2 cm. Cantumkan 2 potongan bersama.
5.Goreng dengan api sederhana besar hingga kuning keemasan.
6.Setelah masak, bolehlah dihidang dengan kuah sambal atau kaya.



No comments:

Post a Comment