PENJAGAAN IKAN HIASAN AROWANA

Hai…
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan semua,kalau dah baca coretan ni pasti hobi sama kannn???
Disini saya saja nak berkongsi cara penjagaan ikan arowana atau ikan kelisa,yang sememangnya bagi saya tercantik dan sangat berharga.

 

cropped-maskot_12.jpgKenapa pelihara arowana?

IKAN Arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus.

Selain itu,ia mempunyai nilai komersil dan kenaikan harga adalah sangat tinggi bagi setiap inci saiz dibesarkan terutamanya bagi baka yang berkualiti dan bernilai tinggi. Jadi ia bukan sekadar hobi, bahkan memberi pulangan yang tinggi.

 

 

8122073356193cdaaa9d5b7d4324780a.jpg

Memilih bekas (akuarium).

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:

  • jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
  • jenis ikan hiasan
  • bilangan ikan hiasan
  • saiz ikan hiasan
  • saiz akuarium

Untuk penyediaan akuarium, penghobi adalah digalakkan menyediakan sekurang-kurangnya akuarium 3 kaki atau lebih. Akuarium hendaklah disediakan terlebih dahulu dan pastikan akuarium tersebut mempunyai tudung yang rapat dan teguh. Kemudian pastikan tiada benda tajam di dalam dan di bawah permukaan tudung akuarium tersebut bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada Arowana maklumlah arowana ni jenis haiwan yang aktiv dan suka melompat. Sebelum masukkan air paip masukkan 6 penutup anti Klorin(untuk akuarium 3 kaki) dan sedikit garam kemudian masukkan air. Seboleh-bolehnya akuarium tersebut telah disediakan dengan air yang mengalir sekurang-kurangnya 3 hari. Pastikan akuarium anda mempunyai Motor untuk sistem penapisan, Air Bubble untuk tambahan oxygen dan yang terakhir tetapi penting iaitu backup air bubble(ACDC). Ianya berfungsi untuk mengeluarkan Bubble/oxygen jika tiadanya bekalan elektrik

  • maxresdefault (1).jpgmaxresdefault.jpgPemakanan
    Bagi induk ikan, makanan perlu diberi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang dengan jenis makanan rumusan terapung yang mengandungi protein sebanyak 35 peratus atau makanan jenis hidup seperti cengkerik, anak ikan dan udang gantung. Anak ikan yang telah berenang bebas dalam akuarium pula perlu diberi makan anak-anak ikan jenis lain seperti Gambusia affinis yang bersaiz 1-2 cm. Pemerhatian berkala ke atas ikan Arowana dewasa atau induk hendaklah dilaksanakan dengan menumpukan kepada ciri-ciri proses Arowana mengawan dan dilakukan secara kaedah menangkap menggunakan pukat. Telur yang sedang dieram oleh Arowana jantan hendaklah dikeluarkan untuk eraman selanjutnya menggunakan kaedah in-vitro yang dijalankan dalam tangki akuarium

    AMARAN

  • Jangan terlebih bagi makan kepada ikan sila ikuti 5 langkah seperti berikut :-
    1. Jangan beri makan berlebih lebih dari yang perlu
    2. Frekuensi dalam sekali atau dua kali sehari. Sebetulnya bagus jika ikan ikan anda sentiasa lapar.
    3. Jika terlebih makanan dan tidak dimakan ikan, boleh keluarkan bagi mengelakkan air tercemar nanti.
    4. Jika boleh, hanya seorang sahaja bertanggungjawab memberi ikan makan bagi mengelakkan terlebih makan pula.
    5. Gunakan pelet atau makanan ikan yang sesuai dan elakkan beri makanan mentah atau makanan beku. Pelbagaikan makanan ikan
    PENJAGAAN DAN PENGURUSAN AIR
    penjagaan air sebenarnya mudah,tidak lah serumit yang dicerita oleh kawan-kawan.
    ph yang paling sesuai ialah 7(alkali)..dengan suhu 32c!
    sebenarnya ph air akan berlegar sekitar ph yang sama…tidak mungkin berubah dalam masa singkat,kalau naik sedikit pun mungkin disebabkan oleh sisi buangan(najis) ikan dan air yang lama tidak ditukar.tetapi ph ini jarang dititik berat pada aro dewasa kerana ikan sudah kuat dan berdaya tahan,kecuali pada anak-anak bersaiz 3-6inch..
    jika anda membeli arowana bersaiz 3-5inch pastikan paras air hanya 3-4kali ganda ikan…ini kerana anak-anak ikan masih lemah,belum cukup kuat untuk berada didalam air yang tinggi dan risiko kematian adalah 40-50%.(tetapi saya akan memenuhkan air 100% seperti penerangan saya sebelum ini).
    sukatan pengunaan anti klorin berbeza mengikut jenama dan jenis so ikut arahan yang diberikan.
    cara menjaga air untuk anak-anak arowana mudah,hanya tukarkan setiap hari lebih kurang 5-6gayung air(kalau rajin)
    jika tidak 5% setiap 3-4hari…10% setiap 7hari itu sahaja.bagi ikan dewasa pula,air perlu ditukar setiap 4hari iaitu 15-20% sahaja(jika rajin)..atau 30% seminggu sekali…jika tiada masa boleh 2minggu hingga ke sebulan..tetapi perlu mencuci filter!
    ikan akan sedikit kurang selesa jika air tidak diganti.
    penggunaan filter/penapis air adalah sangat penting,gunakan pump yang sesuai dengan keluasan akuarium sepaya air boleh ditapis sebaik mungkin.
    filter jenis spump dan eternal adalah yang terbaik,top filter juga boleh tetapi perlu selalu dicuci…itu sahaja.                   IMG_0518.JPG   KENAPA IKAN MATI SELEPAS TUKAR AIR?
    persoalan yg biasa kita dengar.
    Sebenarnya secara tidak sedar kita membuat sedikit kesilapan..contohnya selesai membuang air dari dalam akuarium kita akan terus memasukan air paip secara  terus!ini yang menyebabkan klorin lambat dinyahkan dari dalam air yang baru dimasukan..selalunya kita akan alirkan air masuk secepat yang mungkin.betulkan?
    Ini adalah punca ikan terkejut dan kesukaran bernafas disebabkan klorin belum betul-betul dinyahkan dari air..lebih buruk lagi jika ikan sedang kekenyangan..tindak balas air akan meninggikan tahap ammonia didalam air dan menyebabkan ikan lemas.
    Untuk mengesan amonia lihat pada buih-buih(bubble) di atas permukaan air,kelihatan sedikit likat!air juga kelihatan tidak nutral…seperti sedikit likat!
    Tidak digalakkan menukar air 3jam selepas memberi ikan makan!Cara yang betul untuk menukar air akuarium ialah:

    1- pastikan main pump(filter) dimatikan.
    2- pastikan semua lampu dimatikan utk mengelakan renjatan eletrik.
    3- buangkan maximum 60% air.
    4- pastikan air bubble (air pump) sentiasa dinyalakan untuk membekalkan oksigen pada ikan .
    5- bancuh anti clorin dengan air didalam baldi bersih.
    (Sebaik-baiknya dibancuh sebelum air dikeluarkan dari akuarium).
    6- biarkan anti clorin sebati dengan air sekurang-kurangnya 15min(jika di bubblekan lebih baik)
    7- masukan air paip secara perlahan(jangan tergesa-gesa @ terlalu cepat)
    8- masukan bancuhan anti klorin menggunakan gayung sedikit demi sedikit mengikut level air yang bertambah
    9- jangan beri ikan makan atau ganggu ikan 2jam selepas selesai semua proses diatas.
    10- perhatikan warna dan sikap ikan anda selepas menukar air,kerana pemantauan awal boleh menyelamatkan nyawa ikan anda!

    This slideshow requires JavaScript.

  • so rasanya itu sahaja…yang kami rasakan penting.selebihnya jika ada kemuskilan boleh hubungi kami melalui whatasapp di 0177788772 sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan.
    jadi orang yang bertanggungjawab,sediakan makanan secukupnya…keluasan akuarium…penjagaan air dan paling penting temani ikan anda…hahahahahah jangan biarkan ia kesepian…
    jika kita sayang pada dia dia juga sayang pada kita…dan mungkin berdoa untuk kita(siapa tahu kan?)SETIAP BUTIRAN DIATAS ADALAH PENDAPAT KAMI SENDIRI,MUNGKIN BERKESAN DAN MUNGKIN TIDAK!SETIAP YANG DICORETKAN ADALAH MENGIKUT PENGALAMAN SENDIRI,JIKA DIRASAKAN SESUAI BOLEHLAH DIGUNA PAKAI DAN KAMI TIDAK BERTANGGUNG JAWAB UNTUK SEMUA KEPUTUSAN YANG ANDA TERIMA SAMA ADA BAIK ATAU PUN TIDAK BAIK.               BY :
  • -ADAM BAKHTIAR-
  • -MUHAMMAD AISYAMMUDIN-
  • -AIDIL MUZAMMIL-

 

Di sini kami ingin berkongsi link video berkenaan maklum balas berkaitan blog kami:feedback blog

 

 

Design a site like this with WordPress.com
Get started