Buat Apa Pergi Umrah Banyak Kali?

Assalamu’alaikum

Sesungguhnya, berkat doa Nabi Ibrahim ‘Alahissalam ketika Allah S.W.T memerintahkan baginda untuk meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail dengan doanya berbunyi:

“Wahai Tuhanku, aku tinggalkan zuriatku di lembah yang gersang di sisi rumah-Mu (Baitikal Haram) untuk didirikan solat diatasnya. Oleh itu Ya Allah, jadikan hati manusia rindu kepadanya moga-moga mereka selalu kembali kepadanya (Mekah)”.

Allah S.W.T memakbulkan doa tersebut dan disebabkan itulah manusia yang pernah menjejakkan kaki ke sana akan merindu-rindu untuk ke sana lagi. Ya, aku rindu. Walaupun tak mampu nak ke sana lagi. Aku tahu.

Baru-baru ini dalam kelas, lecturer aku membebel tanpa mengetahui bahawa aku baru je balik dari Umrah. Sebelum datang ke kelas dia baru je hantar mertua dia kat KLIA sebab nak pergi Umrah.

“Saya tak tahu kenapa orang nak pergi Umrah banyak-banyak kali?”

Allah….soalan…Dalam hati aku berdoa semoga beliau diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah Umrah dan merasakan perasaan yang orang lain rasa bila dah sekali pergi Umrah. Beliau melanjutkan pertanyaan untuk kami satu kelas cari jawapannya yang berbunyi:

“Rasulullah S.A.W pergi umrah berapa kali?”.

Diulangnya soalan itu berkali-kali sebagai penegasan beliau bahawa beliau tak bersetuju dengan orang yang menunaikan umrah banyak kali. Kata beliau lebih baik guna duit banyak-banyak tu untuk bersedekah di mana pahalanya akan mengalir panjang. Tapi beliau tahu ke orang yang nak pergi Umrah banyak kali tu dah bersedekah ke belum? Kalau orang banyak duit, harta berlebih-lebih, kalau jiwa dia bersih, mesti nak ke tanah haram juga. Macam aku ni memang tak layak nak pergi umrah banyak kali, duit tak ada, harta pun tak ada. Itu lain cerita.

Ya, aku tahu Nabi Muhammad S.A.W menunaikan Umrah hanya satu kali dalam seumur hidupnya. Ibadah haji pun begitu. Tapi Nabi Muhammad S.A.W adalah asalnya dari tanah arab pastinya akses untuk melihat kaabah itu setiap hari, tak macam kita yang asalnya dari Malaysia, meredah awannya yang jauh beribu batu untuk melihat kaabah yang menjadi qiblat kita setiap hari.

Masalahnya sekarang, bila kita sekali kita tengok kaabah di depan mata, kita rasa nak tengok lagi, kalau boleh nak tengok setiap hari. Jadi, takkanlah dari Malaysia ni kita bayar duit tambang untuk tengok kaabah sahaja, bukankah lebih baik tunaikan Umrah tu kan? Entahlah, aku nak huraikan panjang-panjang pun tak reti. Hanya mereka yang memahami perasaan aku faham jugalah situasi dan apa yang aku ingin sampaikan.

Dari Ibnu Abbas Rasulullah bersabda : SETIAP HARI TURUN KE RUMAH INI (KAABAH) 120 RAHMAT. SEBANYAK 60 BAGI MEREKA YANG MENGERJAKAN TAWAF, 40 BAGI MEREKA YANG MENGERJAKAN SOLAT DAN 20 BAGI MEREKA YANG MELIHAT KAABAH”.

This entry was posted in Bicara Hati, Haramain, Kehidupan Peribadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

13 Responses to Buat Apa Pergi Umrah Banyak Kali?

  1. mrpara says:

    Salam Adele,
    sebelum komen tentang artikel, nak tanya mana pergi domain cetusanhati.com?
    Merajuk ke? 😉

    Berkenaan artikel, saya pun pernah tertanya2 kenapa orang suka pergi umrah banyak kali.
    Jawapannya mereka cakap tempat yang paling indah untuk melancong dan untuk dapat ketenangan yang tak ada di tempat lain, Betul ke Adele? Saya tak pernah pergi lagi 😦

    Ni yang rasa nak pergi ni. Tapi dosa2 di sini macam mana?

    • adilah says:

      Salam Nizam..terima kasih sudi singgah..
      domain cetusanhati.com ada je cuma dah redirects ke sini sbb
      bengang dengan bandwidth yg terlalu ckit..tp tak larat nak upgrade..hehe

      betullah tu Nizam,sy pergi ke sana pun tanpa dirancang, tanpa persediaan
      sbb masa tu tengah final..malam sebelum bertolak tu baru nak baca buku
      panduan umrah..bayangkanlah macamana..

      tapi perkara tu tak jadi masalah, asalkan kita ikhlas utk ke sana
      mencari keredhaan Allah..

      bab dosa tu Nizam, sy pun penuh dgn dosa2,tapi kalau nak tunggu
      smpai semua dosa tu terampun, kita ni manusia, boleh jamin ke
      setiap hari kita terlepas dengan dosa? tak jugakkan.

      sesungguhnya Allah tu Maha Pengampun. kalau ada keinginan tu,
      insyaAllah akan dipemurdahkan jalannya. Sy sarankan kalau
      Nizam tak dapat tanggung lagi perasaan yang Nizam rasa tu sekarang,
      sy jamin, bila Nizam sampai di bumi barakah tu, hilang semua
      masalah dan derita yang selama ni tak tertanggung kat sini sebab Allah
      limpahkan segala rahmatnya di sana 🙂

  2. Pingback: Menyepi Seketika | Abu Shahmi

  3. jo says:

    slalu dgr ustaz2 ceramah,ramai org yg mampu pegi umrah banyak kali..haji banyak kali..pdhal wajib skali je..duit byk nak pegi umrah,tapi nak wakaf 1k punyelah kedekut..renung2kanlah..

  4. mekar24 says:

    Blog ni dah lain. Nak komen pun tercari2 ruangnya… ok dah jumpa.

    Sya pun tak pernah sampai Mekah lagi. Jadi tak tau apa perasaan org2 yg suka pegi byk kali ke sana. Pasti ada kebaikkannya kan.

    • adilah says:

      nama pun dah lain kak..
      guna yg free je..hehe
      tp tetap guna wordpress sbb
      best..
      apapun terima kasih sudi singgah
      sni kak..
      sy harap akk dpt pergi ke sana utk
      merasakan perasaan itu 🙂

  5. pakcik says:

    Apa kata kita mentelaah dan pergi dulu….rasai pengalaman tu bagaimana…bila dah balik semula….baru kita bagi komen pro dan kontranya. itu lebih tepat dan adil..tak boleh nak kata kopi itu pahit, kalau kita cuma minum air suam. ..

    • adilah says:

      idea yang bernas..sebab tu kita tak boleh komen pada situasi yang kita tak pernah rasa sebab orang yang melaluinya lebih memahami daripada apa yg kita rasa..

  6. myraudhah says:

    assalam…
    * Sekali pandang terus jatuh cinta *
    * indah rupa dari khabar *
    * bila dekat hati terpikat..bila jauh rindu mendayu *
    Itulah antara luahan hati yg dh terlalu rindukn Mekah al mukarammah…
    Rindu utk melihat lg Kaaba yg suci itu.

  7. myraudhah says:

    Hadis yg direkodkan oleh Tarmizi, Ahmad & an-Nasaie
    ” Tunaikan haji & umrah kerana sama ada haji ataupun umrah akn m’hapuskn kemiskinan & dosa2 spt api yg m’leburkn besi, emas & perak yg kotor. Dan haji yg mabrur tiada balasan melainkn syurga Allah. “

  8. myraudhah says:

    Alhamdullilah..baru je balik dr Mekah utk kalu ke2..
    Insya Allah ada rezeki….kita pergi together ye..

Leave a comment