Pages

Wednesday 5 December 2018

Makanan Padang Indonesia

Makanan Indonesia merupakan salah satu makanan kegemaran saya selain daripada makanan Thai and Chinese.Menjejak kaki saya di sini dan menikmati hidangan original Indonesia adalah saat yang dinanti-nantikan oleh saya.
Hari pertama sampi di Padang kami dibawa ke Bukit Tinggi iaitu tempat dimana kami akan stay untuk empat hari.Dalam perjalanan tu kami singgah untuk makan tengahari terlebih dahulu.Ketika dihidangkan dengan masakan padang agak terkejut jugak la kerana terlalu banyak jenis hidangan dihidangkan di depan mata.Tapi sebab masing-masing dah lapar,makan la sampai habis.

gambar hiasan

Kebanyakan hidangan Padang memenuhi citarasa saya.Masakan di sini lebih kepada masakan kampung.Ulam yang segar,gulai lemak,sambal,ikan goreng berlado,jengkol berlado dan banyak lagi.Boleh gemuk kalau hari-hari makan macam ni.Bukan sebab ada banyak lauk tapi sebab semuanya sedap.Ada satu sambal berwarna hijau mungkin menggunakan cili hijau telah memikat selera saya.Kalau tak silap orang panggil sambal ijo.Saya akan mencari resepi dan belajar membuatnya.Jengkol berlado pula merupakan buah jering yang digoreng dengan sambal.Ini juga menjadi pilihan saya
jengkol belado (gbr hiasan)
sambal ijo (gbr hiasan)
pulut berinti so cute ah.sedap.beli dekat Puncak Lawang.

ini ketika kami makan di tepi sawah padi

No comments:

Post a Comment

YOU DON'T NEED A SILVER FORK TO EAT GOOD FOOD © . Designed by MaisarahSidi.com