The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21031
Bayi merupakan anugerah dari tuhan yang amat bermakna bagi semua pasangan yang berkahwin.Semoga dengan pembacaan e-majalah ini ramai orang mempunyai kesedaran berkaitan hal ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anahusna61, 2021-12-09 20:42:27

PEMBUANGAN BAYI

MPU21031
Bayi merupakan anugerah dari tuhan yang amat bermakna bagi semua pasangan yang berkahwin.Semoga dengan pembacaan e-majalah ini ramai orang mempunyai kesedaran berkaitan hal ini.

Keywords: BAYI,REMAJA,MPU21032,ETIKA&PERADABAN

MENARIK BULAN INI !! DISEMBER 2021

KELUARGA

SM: RM10.90 | SS: RM12.90

KELUARGA YANG
BAIK DIBANGUN
DENGAN CINTA,

dimulai dengan kasih
sayang dan dipelihara
dengan kesetiaan

PEMBUANGAN
BAYI

Apa yang anda perlu tahu tentang pembuangan bayi?

BARANG SIAPA YANG
MENGERJAKAN KEBAIKAN
SEKECIL APAPUN, NISCAYA
DIA AKAN MELIHAT
(BALASAN)NYA.

(Q.S Al-Zalzalah : 7)

SIDANG REDAKSI

NUR SYAKIRAH BINTI
AKYAN

PPEENNAASSIIHHAATT

HUSNA FARHANAH BINTI HANIS HUSNINA BINTI
ABDUL MANAP NASERI

PPEENNGGAARRAAHH GGRRAAFFIIKK

NURAIN NADHIRA BINTI NUR FADZLINA BINTI CHE
MD KHIR SHUHADZIR

PPEENNUULLIISS EEDDIITTOORR

Kandungan

SIDANG REDAKSI 2
4
PENGHARGAAN 5-6
7-9
PENGENALAN
10 - 12
FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN
BAYI 13 - 15
16
KESAN MASALAH PEMBUANGAN 17
BAYI 18
CADANGAN DAN LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI

RUMUSAN

KERATAN AKHBAR

SUMBER RUJUKAN

PENGHARGAAN

Terima kasih kepada pensyarah Penghayatan etika dan peradaban kami iaitu Ustazah
kerana memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan dengan menunjukkan dan
menerangkan kepada kami cara untuk membuat keputusan tugasan ini.



Tambahan kata, ribuan terima kasih juga kepada ahli kumpulan yang menyiapkan e-folio
ini iaitu Hanis Husnina Binti Naseri, Nurain Nadhira Binti Md Khir, Nur Fadzlina Binti
Che Shuhadzir dan Husna Farhanah Binti Abdul Manap yang sangat setia dengan kerja-

kerja yang diberikan dalam memberikan buah fikiran dan semangat serta cadangan.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah 'Azza Wa Jal kasih apabila seorang daripada kamu
melakukan secara amalan hendaklah buat secara tekun."

Daripada hadis diatas islam menggalakkan umatnya untuk bersungguh-sungguh
dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Ini kerana. bekerja merupakan salah satu
wasilah atau cara untuk mendapatkan rezeli jadi hendaklah kita bekerja bersungguh-

sungguh supaya kita mendapat rahmat Allah SWT.



Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan e-folio ini. Hanya Allah

sahaja dapat membalas budi kalian.

KELUARGA 4

Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada

akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja
dibuang, malah dibakar. Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan
pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup
bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin.
Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya inI membuktikan bahawa
pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai
jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahya turut
memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam
melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul.

Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud
mencampakkan, melemparkan,menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi
bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna
pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan arak
kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat
berperikemanusiaan. Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus
ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas. Maksud yang
diberikan in mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui
lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini

KELUARGA 5

Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Aka Kanak-kanak
2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan Kebajikan
Kanak-Kanak. Seksyen 31 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau
pendedahan kanak-kanak. Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku
semakin menjadi-jadi. Dianggarkan bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181
kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia, manakala 60 kes direkodkan sejak
awal tahun 2010 hingga 12/8/2010. Malah masalah ini dari hari ke hari semakin
bertambah di negara tersebut. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan
kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi
memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang
membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh
mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20
tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31
Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau
penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika
sabit kesalahan.

KELUARGA 6

FAKTOR-FAKTOR

Pembuangan bayi

Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun
dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi. Kini, nama Malaysia
begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini,masyarakat
Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan
masyarakat Malaysia,iaitu masalah pembuangan bayi.Biasanya,golongan remaja yang
sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia.Berikut ada beberapa faktor
pembuangan bayi .

Kurang Didikan dan Kefahaman Agama

Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedonan hidup
remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan
seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan
sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabi'i.
Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada
ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama
tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas
dilahirkan. Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar
bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil
hubungan sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu
tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu
Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.

KELUARGA 7

Pengaruh Rakan Sebaya

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes
pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang negatif
tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di
luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan,
menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah
negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan
akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya
mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang
bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

Sikap Masyarakat

Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum
turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila
seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya
masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Secara
tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan
maruah keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan
yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak.
Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil
jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik
dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan
bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada
masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami.

KELUARGA 8

Sikap Ingin Tahu Remaja

Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang
baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud
dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru.
Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja
berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda
yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka
juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok
dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap
remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik
dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagai remaja yang
matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu
perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, "sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".

KELUARGA 9

Kesan Masalah

Pembuangan Bayi

Pembuangan bayi pada hari ini memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam
masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting dalam negara pada masa
hadapan, memainkan peranan yang besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka
panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu
cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan
pembuangan bayi boleh diklafikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan
kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam
pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu
sendiri.

KK EE SS AA NN KK EE PP AA DD AA BB AA YY II

Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami
isteri tetapi, bayi juga menjadikan bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih
yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang
masih mentah, yakni usia remaja. Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan
dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup
tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka.
Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup
mereka walaupun mereka menjadi mangsa keaddan dalam masalah ini. Tambahan
lagi. bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku
kepada mereka. Apa yang lebih buruk lagi, mereka dibuang di tempat-tempat yang
terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-
bayi yang tidak berdosa ini sehingga meninggal dunia.

KELUARGA 10

Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati
dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang
utusan Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bagi itu ditanam
berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka
Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak
kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. Siasatan polis
mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain
terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas
membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu
menghargai pemberian dari Tuhan.

KK EE SS AA NN KK EE PP AA DD AA II BB UU BB AA YY II

Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih
tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak
berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan
yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan
semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya,
mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan
daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya
mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri
dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang
sememangnya salah dari segi undang-undang, agama dan negara.

KELUARGA 11

KK EE SS AA NN KK EE PP AA DD AA II NN SS TT II TT UU SS II KK EE KK EE LL UU AA RR GG AA AA NN

Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan
institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh,
keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini
disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah
lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka
mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya
memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah
pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat
dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama
sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak
yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus
menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan
panduan untuk meneruskan hidup.

KK EE SS AA NN KK EE PP AA DD AA MM AA SS YY AA RR AA KK AA TT

Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang
berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu
dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan
dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri
dalam kegiatan ini. "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Peribahasa ini
bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima
akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah
menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam
membendung kes-kes seperti daripada berlaku.

KELUARGA 12

CADANGAN DAN

Langkah-langkah mengatasi

Perbuatan pembuangan bayi di merata-rata tempat adalah
satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya
daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana
mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi
keselamatan dan nyawa anak-anak. Inilah kesannya apabila rohani
seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Langkah yang lebih
berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala
sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan
terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

Peranan Ibu Bapa

Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa
seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada
anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Manusia perlu memenuhi
keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu
sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan.
Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti pada peringkat berikutnya,
keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri.
Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana
memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada
manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak
memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih
sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah
memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak
mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang,
pergaulan bebas, dan sebagainya.

KELUARGA 13

Peranan Sekolah

Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorakan
sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan
Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk 'masalah sosial tiada
penghujungnya', pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala
Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan
ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa.
Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah
merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari
gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti,
merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung
dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi
Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran ganerasi muda supaya
menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat
mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar
yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias
Mohammed 1937).

Pencegahan sebelum berlaku

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah
seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas
lelaki dan perempuan, dan sebagainya, Walaupun gejala ini bermula dengan masalah
individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam
kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh
diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah berkerjasama dalam mewujudkan
kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi. Di samping itu, mereka juga
perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha
memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap individu,
keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu berkerjasama dan mempunyai
peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka

KELUARGA 14

bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga
perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan program-
program seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka. Strategi jangka
panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat
bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat

Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah

Anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani pemulihan
yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika hamil tetapi yang paling
utama ialah membinan kekuatan dalaman serta rohaniah.Hal ini penting bagi
menjamin kesihatan ibu dan anak yang bakal dilahirkan.Sekiranya penjagaan rapi
dibuat,gejala pembuangan bayi dapat dikurangkan walaupun tidak
sepenuhnya.Semua Pihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan
bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak
mengambil kesempatan terhadap wanita.

KELUARGA 15

RUMUSAN

KESIMPULAN Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan
bayi, terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti
punca-punca masalah, kesan- kesan daripada masalah, dan langkah-langkah
mengatasi. Antara punca-punca masalah pembuangan bayi adalah kurangnya
didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai
moral yang negatif, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum
individu yang terlibat tanpa usul periksa, dan sikap remaja yang suka mencuba
sesuatu yang baru. Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri
seseorang dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini. Selain itu, kesan-
kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal ini kerana, melihat
kepada kesan-kesan yang diperhatikan, pastinya negara Malaysia tidak mampu
untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut
dengan masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku
sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan
akhlak mereka sendiri. Antara kesan-kesan pembuangan bayi adalah seperti kesan
kepada bayi yang dibuang, kesan kepada ibu yang melahirkan, kesan kepada
institusi kekeluargaan, dan juga kesan kepada masyarakat. Akta yang terlibat juga
sudah menerangkan bahawasanya telah diperuntukkan di bawah akta yang terlibat
didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) -
Akta 611 seksyen 31. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes
pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi
memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang
membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh
mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20
tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta
Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara
10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kesimpulan yang dapat
dibuat mengenai kes pembuangan bayi ini ialah semua pihak haruslah bekerjasama
untuk menangani masalah ini. Jika salah satu pihak tidak mengambil tahu, masalah
pembuangan bayi ini akan terus menjadi semakin serius.

KELUARGA 16

KERATAN

KELUARGA 17

SUMBER RUJUKAN

- https://www.slideshare.net/arranaim/pembuangan-bayi- j
14662250
- http://www.ambiltahubagitahu.com.my
- https://www.facebook.com/hamidarshat45/photos/saya-amat--- -
sedih-bila-terbaca-kes-pembuangan-bayi-setiap-hari-saban-tahun-
saya-be/3671982526189086/
- https://nasihatdarihati.wordpress.com/pembuangan-bayi/
- https://www.facebook.com/113172760133817/photos/kes-
pembungan-bayi-membuang-bayi-dengan-meletakkan-bayi-di-dalam-
kotakinfokeseda/118308036286956/
- https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?
r=portal/mediaView2&id=ZGg1THpQUklPU0NSdEpyNitobTNyZz09&alb
umid=YnAxcENhOXJKZWcxM0M4V3RsdHZ3Zz09

KELUARGA 18


Click to View FlipBook Version