NAMA: ANISHA CHAITHANYA LEKSHMI
KELAS: 1 ALFA
NAMA GURU: CIKGU REVEENDRAN
NAMA SEKOLAH: SMK BANDAR PUNCAK JALIL
Isi Kandungan:
*Takrifan Pencemaran Udara
*Jenis Bahan Pencemar dalam Udara
*Jenis-jenis Pencemaran Udara
*Kesan Buruk Pencemaran Udara
*Langkah-langkah Mencegah
Pencemaran Udara
*Penggunaan Teknologi dalam
Pemuliharaan Alam Sekitar
*Laporan Keputusan Eksperimen di
Rumah & Cabaran yang dihadapi
*Kesimpulan dan penghargaan
TAKRIFAN PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang
melibatkan kehadiran sebarang bahan pencemar
dalam udara. Hal ini boleh mengakibatkan
kemudaratan dan ketidakselesaan kepada manusia
atau organisma hidup lain dan merosakkan alam
sekitar apabila dibebaskan ke atmosfera.
JENIS BAHAN PENCEMAR DALAM UDARA
1. Peranti elektronik seperti penghawa
dingin, peti sejuk atau kilang yang
menghasilkan peralatan elektronik
menggunakan gas klorofluorokarbon
(CFC). Semburan gas aerosol juga
mengandungi gas tersebut.
2. Asap, jelaga, habuk,
karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen
dioksida yang
dibebaskan oleh ekzos
kenderaan dan kilang-
kilang.
3. Bahan radioaktif, yang
berpunca daripada loji kuasa
nuklear.
4. Aktiviti pembakaran
terbuka, merokok di
tempat awam dan
kebakaran hutan
(penyahutanan) adalah
punca kepada bahan
pencemar habuk, jelaga,
asap dan zarah logam.
5. Bahan pencemar udara
semburan pestisid dan baja
kimia yang giat digunakan
dalam aktiviti pertanian dan
perdagangan.
6. Habuk, plumbum dan
debu yang debebaskan
di tapak pembinaan,
kilang asbetos dan
kuari batu kapur.
JENIS
PENCEMARAN
UDARA
PENCEMARAN UDARA PRIMER
Pencemar utama dikeluarkan dari satu sumber ke udara,
di mana ia boleh mencemari habitat semula jadi dan
menumpukan perhatian secara eksponen dari masa ke
masa. Antara bahan pencemar utama yang paling biasa
termasuk: karbon dioksida, nitrogen oksida,
klorofluorokarbon, sulfur dioksida, sebatian organik
meruap, merkuri, dan bahan zarahan. Pelepasan ini
membuat jalan ke atmosfera oleh sebab semula jadi,
seperti letusan gunung berapi, dan oleh aktiviti manusia,
seperti industri perkilangan. Walau bagaimanapun,
penyumbang utama pencemar utama ke atmosfera
adalah pelepasan kenderaan bermotor. Pembakaran
petrol dan bahan api diesel dalam enjin pembakaran
menghasilkan pelepasan ekzos yang ketara.
PENCEMARAN UDARA SEKUNDER
Pencemar sekunder bukanlah pelepasan langsung
dari satu sumber. Sebaliknya, pencemar ini
terbentuk apabila 2 atau lebih bahan cemar utama
bertindak balas di antara satu sama lain di
atmosfera. Contohnya dapat dilihat apabila nitrogen
oksida dan hidrokarbon bertindak balas dengan
cahaya matahari, menyebabkan ozon. Satu lagi
contoh pencemar sekunder berlaku apabila nitrogen
oksida dan sulfur dioksida bertindak balas dengan
air di atmosfera, mewujudkan hujan asid. Bahan
pencemar sekunder lain termasuk: asap, nitrogen
dioksida, nitrat peroxyacyl, dan asid sulfurik.
KesPaeBnn-cuUerKdumeaksaraarnan
KESAN -KESAN BURUK PENCEMARAN UDARA
Kesihatan Manusia
Asap dan jelaga menyebabkan manusia mengalami
kesukaran untuk bernafas. Sulfur dioksida
mengakibatkan penyakit berkaitan saluran pernafasan.
Karbon monoksida menyebabkan sakit kepala teruk,
kerencatan akal dan maut. Zarah asbestos
menyebabkan kanser paru-paru. Zarah plumbum
mengakibatkan kerencatan akal pada kanak-kanak
bayi. Penyakit lain termasuklah serangan asma (lelah),
bronkitis kronik, COPD, Pneumonia, penyakit jantung,
masalah memori dan sebagainya.
Tumbuhan dan Haiwan
Hujan asid menyebabkan tanah berasid dan kurang
subur. Ia juga menyebabkan sumber air berasid
dan tidak sesuai untuk hidupan akuatik. Asap dan
jerebu mengurangkan cahaya matahari sampai ke
Bumi dan mengakibatkan kadar fotosintesis
menjadi rendah. Haiwan peliharaan yang tinggal
bersama perokok juga berisiko dengan penyakit
kronik. Tumbuhan akan semakin layu jika terdedah
kepada persekitaran bahaya dan lama-kelamaan
akan menjadi spesis terancam.
BANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR
Habuk dan jelaga mengotorkan bangunan.
Hujan asid mengakis struktur konkrit dan batu
kapur. Ia juga mempercepatkan pengaratan
besi. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang
terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan
lekat dan bertindak balas ke atas batu dan
meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan
akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor.
Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk
membaiki dan memulihkannya.
IKLIM BUMI
Pembebasan asap dari kilang, ekzos kenderaan
dan pembakaran terbuka menyebabkan jerebu.
Karbon dioksida berlebihan menyebabkan kesan
rumah hijau. Kecairan batu ais di kawasan kutub
menyebabkan paras air laut meningkat.
Klorofluorokarbon (CFC) yang berlebihan
mengakibatkan penipisan lapisan ozon. Gas sulfur
dioksida dan nitrogen dioksida menyebabkan
hujan asid.
LANGKAH-LANGKAH
MENcegah
PENCEMARAN
UDARA
Melalui Undang-undang:
> Denda kepada perokok yang merokok di
kawasan larangan
> Denda kepada individu yang melakukan
pembakaran terbuka
> Denda kepada pemandu kenderaan yang
ekzosnya mengeluarkan asap berlebihan
> Tidak membenarkan kilang dibangunkan
di kawasan perumahan
Melalui Pendidikan:
} Pendidikan di sekolah yang
menekankan pencemaran udara dan
langkah-langkah pengawalannya
} Program antirokok ( Hari Tanpa
Tembakau Sedunia pada 31 Mei )
} Galakkan untuk berjalan kaki atau
menunggang basikal
} Galakkan menggunakan pengangkutan
awam atau berkongsi kenderaan
Melalui Sains dan Teknologi:
~ Teknologi kenderaan hibrid
~ Teknologi peti sejuk menggunakan
hidroklorofluorokarbon (HCFC)
menggantikan klorofluorokarbon (CFC)
~ Pemasangan penapis cerobong asap di kilang
~Penggunaan penukar bermangkin pada
kenderaan bermotor.
~Menggantikan kaedah penggunaan pestisid
dengan kaedah kawalan biologi untuk
mengawal haiwan perosak
PENGGUNAAN
TEKNOLOGI DALAM
PEMULIHARAAN
ALAM SEKITAR
The Boeing
727-2S2F
Apabila terjadinya tumpahan minyak di lautan, kapal
terbang ini akan terbang pada altitud yang rendah di
bawah tempat kejadian. Ia menyembur penyebar
minyak, yang memecahkan tumpahan minyak kepada
titisan yang kecil. Semakin kecil titisan minyak
tumpahan, semakin mudah ia terbiodegradasi. Hal ini
mengurangkan impak kepada alam sekitar apabila
terjadi tumphan minyak.
TEKNOLOGI HIJAU
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan
aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang
memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai
pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia
selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan
lebih baik untuk semua hidupan.
Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
PENGGUNAAN KINCIR ANGIN
Turbin angin merupakan peranti yang menukar tenaga kinetik dari angin
kepada tenaga mekanikal. Sekira tenaga mekanikal diubah kepada
tenaga elektrik, mesin ini akan dikenali sebagai penjana angin, Unit
Kuasa Angin (WPU), atau Pengubah Tenaga Angin (WEC). Sekiranya tenaga
mekanikal digunakan bagi memancu mesin, seperti bagi kegunaan
mengisar bijiran atau mengepam air, peranti ini dikenali sebagai kincir
angin atau pam angin. (Sumber: Wikipedia)
Laporan Keputusan
Eksperimen di Rumah &
Cabaran yang
dihadapi
LAPORAN EKSPERIMEN DI RUMAH
Debu dan partikel hitam Sedikit
Debu dan tompok Kurang
perang Banyak
Tompok perang , partikel
hitam dan serangga
Di Dalam Bilik (12/9/2021)
Selepas 4 Minggu (10/10/2021)
Di Luar Tingkap (12/9/2021)
Selepas 4 Minggu (10/10/2021)
Di Tepi Jalan Raya (12/9/2021)
Selepas 4 Minggu (10/10/2021)
CABARAN YANG DIHADAPI SEMASA
MENJALANKAN EKSPERIMEN
Pada mulanya, saya tidak dapat mencari pinggan
plastik atau polisterina yang putih. Oleh itu, saya
menggunting kertas kadbod daripada 'drawing block'
lama dan menampal kadbod putih di atasnya. Pita
pelekat dua muka pun kehabisan di rumah.
Saya juga tidak dapat mencari tali yang sesuai, jadi
saya gunakan tali kasut lama. Ada masanya apabila
saya hampir terlupa ambil projek sebelum hujan
turun. Saya dapati lokasi projek diletakkan lebih
bersih daripada disangkakan.
KESIMPULAN
Para ahli sains telah menyatakan bahawa kita
mempunyai masa kurang daripada 11 tahun
untuk mengubah keadaan bumi daripada
krisis-krisis alam sekitar. Pencemaran udara
juga salah satu daripadanya. Oleh itu, kita
perlulah ambil tindakan dan mengamalkan
cara-cara untuk mengelakkan terjadinya
pencemaran udara di negara kita dan dunia.
Terima kasih.
KARYA
SAYA
SENDIRI
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada Cikgu Reveendran kerana memberikan
bimbingan, dorongan dan informasi semasa
menjalankan projek. Beliau juga mengambil inisitaif
untuk menerangkan kepada murid-murid tentang
tatacara projek dijalankan setiap kali kelas diadakan.
Saya juga berterima kasih kepada ibu bapa saya yang
telah membantu saya dari segi pengetahuan, bahan-
bahan projek dan sokongan yang telah menjayakan
projek ini.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah
membantu menjawab segala keraguan saya semasa
menjalankan projek.
RIBUAN TERIMA KASIH!
TERIMA KASIH!
#pujontop