The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pewarna Makanan Daripada Buah Pokok Senduduk

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainiadawiah80, 2021-09-07 04:50:48

Pewarna Makanan Daripada Buah Pokok Senduduk

Pewarna Makanan Daripada Buah Pokok Senduduk

Keywords: Inovasi Stem

KARNIVAL STEM 2021
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANJURAN:
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INOVASI CIPTA OLEH :

1. MUHAMMAD BIRRUN NAJMI BIN MOHD HAFIZ
(071029-11-0317)

2. MUHAMMAD FARIS KHUZAIMI BIN MUHAMMAD KAIZAL

(070428-11-0547)
3. MUHAMMAD ADAM BIN MOHAMAD ASMAWI

(071017-11-0141)

GURU PEMBIMBING :

PN. MAZILAH @ HASNAH BINTI MUKHTAR
710622115408

SMA AL FALAH
KEMAMAN, TERENGGANU

TEMA :

KESIHATAN DAN MAKANAN

1

Pewarna Makanan Daripada
Buah Pokok Senduduk
(Melastoma malabathricum)
Tarikh : 8 hb Julai 2021

2

Jadual Kandungan Halaman Muka surat
4
1.0 Halaman Ringkasan 5
2.0 Dokumentasi Pencarian Keaslian 7
3.0 Dokumentasi Tinjauan Pelanggan 15
4.0 Huraian Ciptaan 16
5.0 Lukisan dan/atau Rajah Skema /morlologi 16
6.0 Ujian Penciptaan 19
7.0 Analisis Kos Penemuan 19
8.0 Catatan Jurnal 20
9.0 Ucapan terima kasih 21
Bibliografi

3

1.0 Halaman Ringkasan
Pokok senduduk merupakan tumbuhan renek kecil yang tumbuh meliar di

tepi jalan, kawasan terbiar dan senang diperolehi di kawasan kampung. Pokok
senduduk mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan tradisional.
Bahagian-bahagian pokok senduduk yang digunakan ialah batang, akar dan
daunnya. Walau bagaimana pun buah senduduk menjadi kegemaran
kanak-kanak zaman dahulu. Apabila memakan buah senduduk lidah kita
akan menjadi warna hitam. Apabila kita memicit buah senduduk yang matang,
jari kita menjadi warna ungu. Apabila terkena pada baju, baju kita akan
memberi kesan warna ungu.

Daripada pengamatan ini, kami berfikir apakah warna daripada buah
senduduk ini boleh dijadikan pewarna makanan? Warna ungu daripada buah
senduduk matang sangat cantik. Warna ungu daripada buah pokok senduduk
ini berpotensi untuk dijadikan pewarna makanan. Ianya tidak merbahaya
kepada manusia, malah buah senduduk ini mengandungi khasiat yang
sepatutnya dikaji secara saintifik. Pewarna dari buah senduduk ini menjadi
alternatif kepada pewarna kimia yang ada dipasaran dan menambahkan
pilihan warna dalam industri makanan serta merupakan pewarna daripada
sumber yang halal.

4

2.0 Dokumentasi Pencarian Keaslian

Apa itu bahan pewarna?
Berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985, bahan pewarna

merupakan salah satu aditif makanan yang dibenarkan. Contoh makanan
yang dibenarkan untuk ditambah bahan pewarna ke dalamnya ialah aiskrim,
kek, serta minuman berperisa.
*Bahan pewarna = Digunakan untuk menjadikan makanan lebih menarik dan
merangsang selera makan.
*Aditif makanan = Bahan yang selamat dimakan, yang ditambah secara
sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti kecil (tidak termasuk vitamin dan
mineral).

Di Malaysia, kedua-dua bahan pewarna asli dan tiruan adalah dibenarkan
untuk ditambah ke dalam makanan. Menurut Peraturan 21 dalam
Peraturan-peraturan Makanan 1985, terdapat senarai bahan pewarna tiruan
yang diluluskan untuk kegunaan makanan (seperti dalam senarai di bawah).
Bahan-bahan pewarna ini juga harus mengikuti garis piawaian yang
ditetapkan kerajaan seperti kadar peratusan minimum dan maksimum di
dalam makanan.

Pengunaan bahan pewarna tiruan dikaitkan dengan risiko alahan, tingkah
laku hiperaktif, serta yang paling membimbangkan: kanser. Walau
bagaimanapun, hasil kajian mendapati hubungan antara bahan pewarna dan
risiko kanser masih tidak dapat dibuktikan dengan kuat.

5

https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/pemakanan/pewarna-makanan
-adakah-ia-bahaya-atau-tidak/

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diperah harus disimpan
dahulu di Chiller selama 3 hingga 6 jam sehingga strukturnya menjadi sedikit
pejal seperti jem sebelum digunakan dalam doh atau masakan.

Disebabkan pembuatan pewarna makanan semulajadi agak melecehkan
dan mengambil masa yang lama, ramai mengambil jalan mudah dengan
menggunakan pewarna makanan tiruan. Pewarna tiruan telah dibuat dengan
menggunakan bahan kimia. Pewarna tiruan telah dibuktikan menyebabkan
alergik, asma, hiperaktif dan jga perubahan emosi dikalangan kanak-kanak.
Campuran bahan warna tiruan dan juga bahan pengawet dalam makanan
boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser jika pengambilannya
tidak terkawal.

https://myagri.com.my/2019/03/pewarna-makanan-semulajadi-vs-pewarna-ma
kanan-tiruan/

Orang-orang pada zaman dahulu menggunakan bahan semulajadi dalam
masakan mereka tanpa mengetahui bahawa bahan tersebut bukan sahaja
selamat malah kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan badan.
Contohnya penggunaan bunga telang untuk memberikan warna biru kepada
nasi kerabu, warna kuning daripada kunyit untuk memberikan warna
keemasan kepada pulut kuning dan warna hijau daripada pandan dalam
penyediaan kuih muih.

Warna-warna ini terhasil daripada pigmen tumbuh-tumbuhan seperti
flavonoid, karotenoid, klorofil dan betalain yang mana memberikan pelbagai

6

manfaat kesihatan termasuklah ANTIOKSIDAN yang mana membantu
mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
Flavonoid mempunyai beberapa kategori yang memberikan warna kuning,
merah, biru dan ungu. Kumpulan ini dikenali dengan manfaat antioksidan yang
sangat banyak.

Warna-warna ini terhasil daripada pigmen tumbuh-tumbuhan seperti flavonoid,
karotenoid, klorofil dan betalain yang mana memberikan pelbagai manfaat
kesihatan termasuklah antioksidan yang mana membantu mengurangkan risiko
pelbagai penyakit.
Flavonoid mempunyai beberapa kategori yang memberikan warna kuning, merah,
biru dan ungu. Kumpulan ini dikenali dengan manfaat antioksidan yang sangat
banyak.

7

Karotenoid pula menghasilkan warna seperti kuning, oren, dan juga merah! Ia
merupakan antioksidan yang bertindak mengurangkan risiko penyakit berkaitan
mata dan juga kanser.

Klorofil tentunya memberikan warna hijau. Ia kaya dengan manfaat seperti
menyihatkan kulit, mengurangkan bau badan dan anti kanser.

Betalain memberikan warna merah, ungu kuning serta oren. Ia merupakan unsur
yang memberikan warna merah kepada ubi bit! Ia bertindak sebagai anti-radang
dan juga antioksidan.

Jadi, apa tunggu lagi? Manfaatkan warna-warna semulajadi ini dalam hidangan
anda!
https://siakapkeli.my/2020/07/30/tak-sangka-8-tumbuhan-ini-boleh-dijadikan-pew
arna-makanan-lebih-sihat-selamat/

Zat pewarna alami berasal dari tanaman atau buah-buahan, sehingga
secara kuantitas dibutuhkan zat pewarna alami yang lebih banyak daripada
zat pewarna sintetis untuk menghasilkan tingkat warna yang sama pada suatu
bahan yang diwarnai atau penyempurnaan warnanya. Pada kondisi tersebut,
dapat terjadi perubahan yang tidak terduga pada tekstur dan aroma makanan.
Zat pewarna alami juga menghasilkan karakteristik warna yang lebih pudar
dan kurang stabil bila dibandingkan dengan zat pewarna sintetis. Oleh karena
itu zat ini tidak dapat digunakan sesering zat pewarna sintetis. ( Amri aji, Meriatna,

Anita Sari Feran, Jurnal Teknologi Kimia Unimal 2:2 (November 2013)( 1-15)

8

3.0 Dokumentasi Tinjauan Pelanggan
1. Perbualan dan pendapat seorang pensyarah di Universiti Malaysia
Sarawak iaitu Dr Qammuz bin Abdullah. Beliau adalah pensyarah di Fakulti
Sains dan Teknologi Sumber. Bidang Teknologi Tumbuhan.

Komunikasi dan pendapat dengan Dr Zamri bin Md Shah yang bertugas di
FRIM, Sungai Buloh, Selangor.

9

10

11

12

13

14

4.0 Huraian Ciptaan
Banyak penyakit berpunca daripada apa yang kita makan. Oleh itu

penjagaan diet dan jelas apa yang kita makan amatlah penting bagi
memastikan kesihatan kita terjamin untuk jangka masa yang panjang. Pigmen
dalam tumbuhan digunakan mengandungi antioksidan yang membantu
mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Penemuan ini juga sebagai alternatif
baharu dalam industri makanan dalam mempelbagaikan pewarna makanan
daripada sumber semulajadi. Buah senduduk juga mudah diperolehi.

Pokok senduduk juga menjadi kegilaan peminat tanaman hutan yang
menjadikan pokok senduduk sebagai tanaman hiasan kerana mempunyai
bunga yang cantik. Dalam masa yang sama buah senduduk ini boleh
dimanafaatkan. Lagi jelas akan kegunaan pewarna ini dari sumber yang
halal. Tulisan Mohd Shahrizal Nasir seorang pensyarah Univerisiti Sultan
Zainal Abidin (Unisza), Terengganu dalam ruangan ADDIN tabloid Harian
Metro menjelaskan…Islam bukan sahaja mementingkan makanan halal, tetapi
makanan yang baik untuk kesihatan badan. Maksud baik meliputi kadar
makanan yang patut diambil supaya tidak berlaku kemudaratan pada
kesihatan manusia. Firman Allah SWT dalam Al-Quran bermaksud: “ Wahai
sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi
baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan kerana syaitan itu ialah musuh
yang terang nyata bagi kamu,” (Surah al-Baqarah, ayat 168).

15

5.0 Morfologi Buah Senduduk
6.0 Ujian Penciptaan

Buah Senduduk

16

Jus Buah Senduduk Yang Telah Dikisar

17

Pewarna Daripada Buah Senduduk

18

Roti Jala Jelita Senduduk

7.0 Analisis Kos Penemuan
Tiada kos yang digunakan untuk penghasilan pewarna daripada buah
senduduk.

8.0 Catatan Jurnal
Semua kajian bermula dengan Karnival STEM yang diadakah diperingkat
sekolah. Kami Johan Pertandingan Inovasi STEM peringkat sekolah. Kami
bertiga sepakat mencari idea untuk menambahbaik hasil kerja kami. Salah
seorang ahli tinggal berhampiran dengan rumah guru pembimbing. Ini
memudahkan kami menjalankan kajian dengan SOP yang ketat. Dua ahli lain
memainkan peranan dengan menghasilkan video dan penulisan. Banyak lagi
yang kami ingin baiki tetapi banyak kekangan yang terpaksa kami hadapi.
Cg Mazilah banyak membantu memandangkan kami tidak ada pengalaman
dalam membuat penyelidikan. Bidang penyelidikan sangat menarik.

19

9.0 Ucapan Penghargaan

Disini kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan
terima kasih kepada guru pembimbing pasukan kami iaitu Pn Mazilah @
Hasnah binti Mukhtar, Pn Jamilah Ismail iaitu Ketua Bidang Sains dan
Matematik dan Pengetua sekolah kami. Kami bersyukur dan berbangga
mempunyai barisan guru-guru ini yang banyak membantu kami menyiapkan
projek inovasi ini. Walaupun ianya bukan satu perkara yang mudah kerana
kekangan pendemik Covid 19 yang melanda. Segala pergerakan yang
terbatas ini kami jadikan ia cabaran dan pembakar semangat untuk
menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa yang memberi
sokongan.

Kadang kala kami buntu, merekalah tempat rujukan kami. Kami merasa
gembira dengan penemuan ini. Diharapkan penemuan ini menjadi satu
penemuan baharu yang berguna kepada industri makanan. Menjadi
alternatif baharu dalam menambah warna-warna semulajadi yang digunakan
dalam makanan.

Juga tidak lupa kepada pihak penganjur KARNIVAL STEM 2021
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian yang memberi ruang dan peluang kepada kami, para pelajar
untuk terus berinovasi dan menjadi pelajar yang berupaya untuk menjana idea
baharu. Sekali lagi kami ucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang
turut sama memberi galakan untuk kami menyertai inovasi ini.

20

Bibliografi
Amri aji, Meriatna, Anita S.F.(2013)Jurnal Teknologi Kimia Unimal2:2
Jurusan Teknik Kimia, Fakultas Teknik, Universitas Malikussaleh
Kampus Utama Cot Teungku Nie Reulet,Muara Batu, Aceh Utara
https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/pemakanan/pewarna-makanan
-adakah-ia-bahaya-atau-tidak/
https://myagri.com.my/2019/03/pewarna-makanan-semulajadi-vs-pewarna-ma
kanan-tiruan/
https://siakapkeli.my/2020/07/30/tak-sangka-8-tumbuhan-ini-boleh-dijadikan-p
ewarna-makanan-lebih-sihat-selamat/

21

POSTER
PEWARNA MAKANAN DARIPADA BUAH SENDUDUK

22

23

24

25

26

27


Click to View FlipBook Version