Jumaat, 6 Januari 2023 | 9:48am
Percikan bunga api menjelang ambang 2023 saat ditunggu pengunjung menyambut tahun baharu. - Foto/Ihsan Lexis Hibiscus Port Dickson.
Percikan bunga api menjelang ambang 2023 saat ditunggu pengunjung menyambut tahun baharu. - Foto/Ihsan Lexis Hibiscus Port Dickson.

Warna-warni percikan bunga api, meriahkan sambut ambang tahun baharu

Lebih daripada 2,000 pengunjung menyertai pesta terbesar sambutan ambang tahun baharu 2023, di sebuah resort di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini sambil menikmati malam indah bermandikan warna-warni lampu dan percikan bunga api yang mempesonakan.

Justeru, selepas pandemik, Lexis Hibiscus Port Dickson kembali lagi meraikan tradisi sambutan itu bagi mewujudkan keriangan dan kemeriahan penuh bertenaga dengan alunan muzik serta hiburan mesra untuk pengunjung.

Presiden, Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng, berkata dua tahun pihaknya tidak mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pandemik COVID-19, dan kini masa untuk menganjurkan Funtastic Countdown Carnival agar tetamu dapat merasai keseronokan serta kemeriahan malam menjelang tahun 2023.

Katanya, karnival pantai itu membolehkan tetamu hotel dan pengunjung menyambut tahun baharu dengan riang dan ceria bersama orang tersayang sambil menjamu selera yang disediakan bufet BBQ antarabangsa di pantai.

Malam bermandikan cahaya dengan percikan pertunjukan api yang mendebarkan.
Malam bermandikan cahaya dengan percikan pertunjukan api yang mendebarkan.

Aksi pemain lagak negeri, melakukan pelbagai formasi menambah keterujaan pengunjung.
Aksi pemain lagak negeri, melakukan pelbagai formasi menambah keterujaan pengunjung.

"Mereka juga menikmati countdown yang tidak dapat dilupakan dengan aktiviti menarik termasuk permainan karnival, zoo haiwan peliharaan, pawagam luar, muzik dan hiburan secara langsung dan pertunjukan bunga api yang menakjubkan pada tengah malam", katanya.

Pesta itu bermula jam 5 petang dengan pengunjung menyertai pelbagai aktiviti termasuk 10 permainan karnival yang mengujakan, iaitu Buzz The Wire, Bounce Basketball, Crazy Driver, Ring Toss, Shooting Gallery, Coconut Bowling, Hook The Duck dan Eye Rollin Stick.

Pengunjung berpeluang menebus hadiah yang menakjubkan. Sementara itu, kanak-kanak dan keluarga bermain dengan haiwan ternakan termasuk Arnab, ayam America Silkie dan Poland, burung merpati Fantail, Guinea babi, Iguana, naga Saifin dan naga berjanggut, sigung Blue Tongue, burung kakak tua, Tarantula, katak, kala jengking, bunglon dan cicak tokek, landak, tikus belanda, lipas Madagascar dan ular Phyton di zoo peliharaan.

Pelbagai aneka hidangan dengan pilihan yang menyelerakan termasuk salad waldorf, pelbagai jenis dim sum, makanan laut dan tempura vegetarian, kambing panggang, ayam tandoori, daging, sate ayam, sup dan pencuci mulut.

Ini diikuti dengan pesta tarian yang bertenaga daripada Pasukan Sukan dan Rekreasi hotel itu.

Sate antara juadah menjadi kegemaran tetamu di resort ini.
Sate antara juadah menjadi kegemaran tetamu di resort ini.

Sepanjang malam, penghibur bersiar-siar di pantai dan pengunjung berpeluang mengambil gambar dengan penghibur LED, ahli silap mata dan watak Optimus Prime, Bumblebee dan Captain America.

Buat kali, tetamu juga boleh menghabiskan waktu malam di bawah bintang dan berehat di pawagam luar. Mereka menikmati tayangan filem kegemaran tempatan, Ola Bola di bawah langit yang berbintang atas pantai, sambil makan popcorn caramel.

Penari api yang berkemahiran tinggi kemudian menyemarakkan semangat dengan pertunjukan api yang mendebarkan dengan paparan aksi api yang menakjubkan, diikuti dengan pertunjukan unjuran cahaya laser Aurora Borealis yang memukau yang menerangi langit malam.

Terdapat juga aktiviti lain seperti permainan inflatable, human knocking balls, inflatable tropical maze, inflatable giant soccer, rock climbing dan banyak lagi.

Kanak-kanak bebas menyertai permainan disediakan di pantai pada sebelah petang.
Kanak-kanak bebas menyertai permainan disediakan di pantai pada sebelah petang.

Berita Harian X