CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Suboqq, "- Lucu Ucapan Che Ta Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

26-1-2022 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3414| Komen: 20

Description: Muat naik terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta ini, mencuri perhatian orang ramai di sosial medianya.
Muat naik terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta ini, mencuri perhatian orang ramai di sosial medianya.

 
Aktres ini memuat naik gambar Ayu Raudhah bersama Zaquan, dengan kapsyen ucapan istimewa sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ke-11 pasangan bahagia ini.

Foto: IG


Bagi Che Ta rumahtangga Ayu dan Zaquan adalah yang paling sempurna, bukan saja kedua-duanya seorang yang penyayang dan serba boleh serta saling memahami.

Selebriti jelita ini juga berkongsi berita gembira yang Ayu dan Zaquan bakal menimang cahaya mata keenam, dan mendoakan agar kebahagian mereka berdua berkekalan sehingga syurga.




“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-11 kepada adik kesayangan dan adik ipar saya @ayuraudhah_7 @zaqone_08. Isteri cantik, tua sikit ja, serba boleh, pandai masak, mengemas, menjahit, subur (11 tahun kahwin, anak nak masuk 6) penyayang, memahami dan paling setia. Semoga kebahagiaan ini sampai ke jannah amin,” tulisnya.

Ucapan ikhlas Che Ta itu mendapat respon Ayu di ruangan komen posting tersebut, di mana Ayu mengatakan dirinya sangat berterima kasih dan amat menyayangi kakaknya itu.




“MasyaAllah.. Alhamdulillah.. SubhaAllah.. AllahuAkbar terima kasih untuk segalanya kak Ta ku sayang @rozitachewan1 we love you to the moon and back,” komen Ayu Raudhah.

Melihat muat naik Che Ta, ramai yang memberi komen dengan mengatakan mereka berasa tersentuh dengan ucapan yang dikatakan selebriti itu kepada adiknya dan ada juga yang meluahkan rasa terkejut di mana Ayu dan Zaquan bakal timang anak yang keenam.



“Mantap pesanan kakak tersayang….”

“Dah nak masuk 6???? Wah tahniah”

“Preggy lagi ka? Tu dia aih subur lajak betul”

“Kasih sayang seorang kakak,” komen mereka.



Untuk rekod Ayu Raudhah dan Zaquan mendirikan rumahtangga pada 21 Januari 2011, hasil perkongsian hidup selama 11 tahun Ayu dan Zaquan dikurniakan lima orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq dan Muhammad Aisy Al Jibreel. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acepark 26-1-2022 09:59 AM
suke ayu raudah ni.
Quote newyork 26-1-2022 10:18 AM
Bestnya ramai anak.. laki millionaire kan
Quote chinta89 26-1-2022 10:44 AM
sekejapan sungguh rasa bllau. beranak ramai x pe la sb deols mampu, yg jenis duit takde tp gigih beranak haaaa yg tu geram. hujung2 keperluan anak terabai itu yg double gerammmm..
Quote babelina 26-1-2022 11:26 AM
best nya.. rezki Allah.. ank ramai.. moga bahagia hga akhir hyt.. amin yra
Quote afie_m 26-1-2022 11:30 AM
alhamdulillah..sekejap ja dah 11thn eh dia org ni...
Quote Suchi 26-1-2022 11:58 AM
Rasanya mcm baru je lagi dia beranak aritu kan, dh nak masuk 6 dh weh.
Alhamdulillah rezeki dia, kalau mampu takpe nak beranak ramai pun.
Quote Thunderclouds 26-1-2022 12:21 PM
Makpak btanggungjwp, kebajikan ank2 tjaga xkesah la branak brapa ramai pn. Moga bahagia selalu.
Quote rbmy 26-1-2022 12:34 PM
aktifnya rezeki nii...
Quote prettyuglybabe 26-1-2022 01:40 PM
still cannot lupa kuan 2 minit..
masak megi pun 3 minit
Quote arffa 26-1-2022 01:43 PM
walaupun awal - awal ada badai kekal juga sampai 11 tahun dan 6 orang anak.
Quote primarikey 26-1-2022 02:00 PM
Suka tgk ayu raudhah ni blakon...
Pada aku dia lebih cantik dr che ta
Quote anony-mous 26-1-2022 03:03 PM
I suka pasangan ayu n laki nya. Kesian ayu dlu mcm2 kena kutuk dek porumer sbb tlg kembar laki dia angkat brg. Org siap tuduh dia jd penghasut . Bagus parent mcm ni both herlok & kaya mmg patut beranak ramai
Quote jlocute 26-1-2022 03:18 PM
anak nak masuk 6? ayu peknen lagi ka?
Quote Tasikchini 26-1-2022 03:54 PM
TAHNIAH REZEKI BABY RAMAI
Quote ninnamina 26-1-2022 03:57 PM
che ta ni mesti jenis yg easy going dan disenangi dengan adik beradik dan ipar duai dia..
Quote irvene 26-1-2022 04:02 PM
anony-mous replied at 26-1-2022 03:03 PM
I suka pasangan ayu n laki nya. Kesian ayu dlu mcm2 kena kutuk dek porumer sbb tlg kembar laki dia a ...

skrg ni aku nk sokong ayu. bagus dia tlg angkut brg kembar nak lari dari nek royan
Quote mizruncing 26-1-2022 04:42 PM
haruslah ramai anak dah laki pon berduit. kau hado
Quote bluecrystal 26-1-2022 04:53 PM
primarikey replied at 26-1-2022 02:00 PM
Suka tgk ayu raudhah ni blakon...
Pada aku dia lebih cantik dr che ta

aku pun rasa ayu ni lawa..masa dia berlakon manjalara dulu aku tatau dia ni sapa..rasa macam eh sapa ni lawanya rambut panjang..tapi porumer dulu yang bekap RR akan kata ayu ni menyibuk jah..suh betulkan gigi hat berterabur tu dulu..huhu
Quote jargon 26-1-2022 05:13 PM
bluecrystal replied at 26-1-2022 04:53 PM
aku pun rasa ayu ni lawa..masa dia berlakon manjalara dulu aku tatau dia ni sapa..rasa macam eh sa ...

Suruh garit betolkan hidung yg lonjong mcm nenek kebayan tu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.089183 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top