CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cakoi - Hidangan Kuih Untuk Lepas Kegeraman

21-8-2015 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 21988| Komen: 4

Description: Sebenarnya ia merupakan sejenis hidangan kuih-muih yang biasanya dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya.


Oleh : TS LOO


Cakoi merupakan doh berbentuk panjang, berwarna perang keemasan.

Cara penyediaannya adalah dengan mengadunkan tepung bersama air sehingga menjadi doh dan digoreng dalam kuali yang berminyak panas. 


sumber foto : http://img.jianke.net/


Sebenarnya ia merupakan sejenis hidangan kuih-muih yang biasanya dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya.

Sebahagian penduduk di utara semenanjung Malaysia, cakoi juga dikenali sebagai patongko, iaitu asal perkataan dari Thailand yang juga merujuk kepada kuih jenis ini.

Di Myanmar (Burma), ia dikenali sebagai e kya kway. Bagi orang di Vietnam, masakan jenis ini dikenali 'dau cháo quy', yakni ia merupakan satu perkataan yang berasal dari sebutan Kantonis.

Di China, cakoi dikenali dalam Mandarin sebagai 'Youtiao', ia juga dikenali dibahagian utara dan selatan China sebagai guozi. 


Manakala bagi kaum Cina yang berketurunan Canton pula, ia dikenali sebagai 'yau ja gwai' yang membawa maksud "hantu yang digoreng minyak". 

Bagi orang cina berketurunan Hokkien pula dikenali 'u char kway'.

Di Filipina, cakoi disebut sebagai bitsu. Walaupun masakan jenis ini bukan global, tapi ia boleh didapati di Australia dengan nama chopstick cake yang dipanggil oleh orang cina Kemboja disana, dimana masakan ini dipanggil kerana ia menyerupai seperti kayu sepit. 

Cakoi juga boleh didapati di negara-negara lain yang mempunyai penduduk pendatang dari kalangan negara China dan Indo-China.



Mengikut sejarah China, ketika Dinasti Song, seorang perdana menteri bernama Qin Kuai yang berniat jahat dikatakan bersubahat dengan negara Jing untuk menjatuhkan jeneral Yue Fei, seorang laksamana yang taat setia. Akhirnya jeneral Yue Fei berjaya dibunuh dan disnasti Song dirampas oleh keraajan Jing. 

'U' makna minyak, 'char' makna goreng dan 'Kuai' yang membawa maksud Qin Kuai. 

Jadi, cakoi dimakan dan digoreng dengan minyak yang banyak, seolah-olah masyarakat Cina ingin melepaskan kegeraman dan kebencian Qin Kuai yang jahat. 


China
Merupakan satu makanan sarapan pagi, dimakan dengan bubur.

Indonesia
Dimakan bersama sambal asam cair (dicecah).

Malaysia
Cakoi bukanlah satu makanan atau masakan yang asli orang Melayu, ia tercetus dari kedatangan pendatang orang-orang Cina, orang Siam dan juga orang Indo-China yang datang ke Malaysia. 
Namun, cakoi dimakan oleh orang Melayu bukan ketika sarapan, kebanyakkannya dimakan ketika waktu petang dan ia dicecah dengan kuah kacang cair. 

Cakoi jarang dibuat dirumah tapi hanya banyak dibeli digerai jalanan dan ketika pasar malam.



17

Bagus
23

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
16

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote purpledesire 23-8-2015 04:13 PM
jarang makan cakoi..sbb tengok mcm berminyak jer..huhuu
Quote mizkajura 26-8-2015 10:45 AM
sedap ni klu makan panas2
Quote Kak-Leen 4-9-2015 09:17 AM
Sedap cakoi ni. Tambah2 dicicah dgn kopi o kaw!
Quote samperit 6-9-2015 08:59 AM
mkn panas2 sedap...dah sejuk liat

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.096698 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top