APA ITU SCARF PERFUME

scarf perfume
SCARF Perfume adalah jenis gred EDP (Eau de Parfum). Berbanding dengan perfume yang terdapat di pasaran, perfume gred EDP lebih berkualiti dan bertahan lama berbanding dengan perfume yang gred EDT (Eau de Toilette) dan juga EDC (Eau de Cologne)
Eau de Parfum (EDP)
Wangiannya cukup tahan lama sehingga 8 – 10 jam. Jenis wangian ini mempunyai alkohol yang sedikit dan peratusan pati wangian adalah antara 15 – 20 peratus. Oleh sebab itu, aroma wanginya cukup kuat dan tahan lama sehingga ke 24 jam.
Eau de Toilette (EDT)
Wangiannya lebih tinggi daripada EDC. Peratusan pati wangian di antara 4 – 10 peratus. Jika anda ingin mencari wangian yang biasa bertahan agak lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling sesuai untuk semua keadaan, walaupun kewangiannya tidak tahan selama EDP. Perfume jenis EDT banyak terdapat di pasaran berbanding dengan jenis EDP.
Eau de Cologne (EDC)
Ini merupakan jenis wangian yang paling ringan kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat antara 2 – 5 peratus pati wangian. Jadi kewangiannya cepat meruap dan tahan hanya 2-3 jam. Perfume EDC banyak digunakan dalam body spray.
SCARF Perfume tidak mengandungi alkohol. Sebab itu, peratusan pati wangian yang kami gunakan lebih tinggi daripada jenama terkemuka di pasaran. Anda pasti akan jatuh cinta dengankeunikan wangian yang asli dan tersendiri daripada SCARF Perfume.

Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.” ((Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi) – Hadis Hasan

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Wewangian bagi lelaki adalah wangian yang keras, aromanya (bau) keras dan warnanya tidak nampak. Sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat(hidung).”

“Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s.a.w melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Sabda Rasulullah, “Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir”.

Wangi-wangian juga adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus” (HR Ad-Dailami) Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a, Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)
≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡≡

 

Apa keunikan SCARF Perfume?

  1. Bebas Alkohol. Boleh dipakai untuk solat.
  2. Gred EDP (Eau de Parfum). Tahan lama, berkualiti tinggi.
  3. 5 Jenis Wangian. Pelbagai pilihan untuk kegunaan setiap hari.
  4. Mengikut Fesyen. Padan dengan ‘mood’ dan fesyen harian.
  5. Wangian Tersendiri. Direka untuk personaliti seseorang muslimah.

Berbanding dengan perfume yang ada di pasaran, SCARF Perfume bukan sahaja wangi dan tahan lama, tapi ramai suka sangat wangian SCARF Perfume yang lembut.

perfume-mini