carrot cake basickeli

Resepi Carrot Cake Cream Cheese Kalah Secret Recipe!

Tips buat kek carrot cake homemade yang moist & sedap

Puas hati buat sendiri, dapat kek carrot cake besar dan cream cheese frosting yang banyak

Carrot Cake Cream Cheese Moist Basickeli
carrot cake basickeli

Carrot Cake Cream Cheese Basickeli

Resepi kek carrot paling moist dan cream cheese frosting mudah
Prep Time 30 minutes
Cook Time 1 hour 11 minutes

Ingredients
  

  • 2 cawan tepung gandum (260g)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 + 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1/2 cawan mentega cair
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 biji telur
  • 3 cawan karot yang disagat, anggaran 4 karot (300g)
  • 1 cawan walnut dicincang

Cream Cheese Frosting

  • 250 gram cream cheese
  • 3/4 cawan gula aising
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 2-3 sudu besar walnut dicincang / pecan

Instructions
 

Kek Carrot Cake

  • Panaskan oven pada suhu 180C selama 20 minit sebelum bakar
  • Buang kulit karot, basuh, dan sagatkan menggunakan penyagat yang agak besar lubangnya.
  • Untuk bahan kering, campurkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam
  • Di dalam satu lagi bekas, pukul gula kastor, gula perang, mentega cair dan juga minyak sayuran. Apabila sudah sebati, campurkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanila apabila telur sudah larut di dalam adunan
  • Ayakkan bahan kering ke dalam adunan kek, dan campurkan dengan spatula hingga habis. Jangan campur terlalu lama supaya kek tak keras
  • Masukkan karot yang disagat, dan kemudian masukkan walnut yang telah dicincang
  • Tuangkan ke dalam bekas loyang 8 inci yang telah dilapik menggunakan baking paper/kertas minyak. Ketukkan sedikit untuk keluarkan udara dari dalam adunan tersebut
  • Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 55-75 minit atau apabila telah masak sepenuhnya
  • Keluarkan kek, dan biar ia sejuk pada suhu bilik

Cream Cheese Frosting

  • Campurkan cream cheese, gula aising, mentega, dan esen vanila hingga sebati
  • Jika ia berketul, panaskan di atas kuali untuk lembutkan dan cairkan frosting
  • Masukkan kembali ke dalam bekas, dan biar ia sejuk sebentar di suhu bilik

Penghiasan kek

  • Ambil kek carrot yang telah disejukkan pada suhu bilik, dan potongkan kepada dua bahagian menggunakan cake cutter
  • Ambilkan 1/3 dari cream cheese frosting, dan sapukan di permukaan salah satu kek carrot. Kemudian letakkan kek satu lagi di atas kek yang telah disapukan cream cheese sebentar tadi
  • Tuangkan selebih cream cheese frosting di atas kek, dan sapukan sekeliling permukaan kek tersebut. Terpulang atas kreativiti masing-masing untuk hiaskan kek ini
  • Taburkan walnut dicincang di atas kek carrot, dan sedia untuk dihidang 😉

5% off, khas untuk anda🎁

Sign up dapatkan diskaun 5%, dan dapatkan resepi dan perkembangan terbaru dari Basickeli!

We don’t spam! Read our privacy policy for more info.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




Shopping Cart
Verified by MonsterInsights