Zul Huzaimy, Syafinaz Selamat Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Aswara

Hiburan

Zul Huzaimy, Syafinaz Selamat Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Aswara

Berkaliber dan mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang seni, dua personaliti industri hiburan tempatan iaitu penyanyi Datuk Syafinaz Selamat dan pelakon Zul Huzaimy dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

syafinaz selamat zul huzaimy aswaraMenurut laporan mStar, Syafinaz dan Zul merupakan antara tiga pelantikan baharu termasuk Tan Sri Norliza Rofli yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Advertisement

“Aswara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan tiga perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Aswara baharu iaitu Tan Sri Norliza Rofli, Datuk Syafinaz Selamat dan Zul Huzaimy Marzuki. Perlantikan ini berkuatkuasa 1 Mei lalu. Tahniah diucapkan.” 

Dalam pada itu, menerusi laman Instagram Zulhuzaimy, beliau berjanji akan menjalankan amanah serta tanggungjawab itu dengan sebaiknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya termasuklah rakan artis turut berbangga dengan pencapaiannya, malah ruangan itu juga dihujani dengan ucapan tahniah di atas perlantikan tersebut.

Untuk rekod, sebelum ini pada 2018, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Aswara malah perlantikannya itu juga turut mendapat reaksi yang positif daripada semua pihak.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...