‘Quango’ Husam Musa ala Khairy Jamaluddin disenaraikan

Ini merupakan satu perkembangan terbaru, setelah analisa mengenai Penasihat Strategik PKR Saifuddin Nasution Ismail, kini berkerja sebagai Pengurus Besar, Tabung Tok Kenali, satu agensi dibawah Kerajaan PAS Kelantan. Saifuddin dikatakan ‘ayam tambatan’ aka Anwarista Anwar Ibrahim dan kini menjadi ‘blue eyed boy’ Exco Kanan Kelantan, Dato’ Husam Musa.

husam.jpg

Husam, merupakan ‘bintang baru’ yang sedang menyerlah dan digilap bersinar, terutama dalam PAS Kelantan, kubu terkuat parti politik itu. Beliau berjaya melonjak naik dalam masa yang begitu singkat kerana ‘naungan’ yang diberikan MB Kelantan Dato’ Nik Aziz Nik Mat, yang juga Murshidul Am PAS. Penampilan moden dan dinamisma yang beliau dan rakan rakan seangkatan bawa kedalam PAS, terutama semenjak pemimpin golongan muda PAS ini mengambil peluang penuh dan memodalkan ‘kemarahan rakyat’ dalam sentimen isu pemencatan Anwar Ibrahim dari UMNO dan Kabinet hampir sepuluh tahun dahulu juga dijadikan ‘modal’ untuk ‘melonjakan’ diri mereka naik dalam parti yang secara tradisinya dikuasai para ulama’. Dengan itu, golongan muda dilabel sebagai ‘Young Turks‘.

Satu laman blog, Masterdedah.com kini memapar dan menyenaraikan segala usaha Husam, dengan mengunakan wang dan bajet yang diujudkan dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk terus mengukuhkan kedudukan beliau, samada secara strategik, penyusunan ‘permainan politik’ maupun kerja kerja perhubungan awam (public relations).

Pendekata, pegawai pegawai kanan bawah senarai gaji PMBK ini tidak ubah sebagai ‘Budak Budak Tingkat Empat’, yang sering dirujuk kepada mereka yang dalam Pejabat Perdana Menteri yang rapat dan akrab kepada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri Khairy Jamaluddin. Husam merupakan Naib Presiden I PAS manakala Khairy pula ialah Naib Ketua Pemuda UMNO.

Terlalu banyak persamaan antara kedua pemimpin ‘bercita cita besar’ (ambitious) ini. Semestinya, Husam akan dicemburui oleh ramai pemimpin pemimpin PAS, terutama dikalangan ‘Old Guards‘. Penyusunan strategik Husam ini amat perlu kepada karier politik beliau dalam parti yang memerintah Kelantan semenjak 1990 itu kerana beliau perlu bersaing dengan pemimpin pemimpin golongan muda PAS seperti Nasharuddin Mat Isa, Mahfuz Omar, Takiyuddin Hassan, Salahuddin Ayub, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Ir. Amiruddin Hamzah dan Mujahid Yusuf Rawa. Ini belum diambil kira pemimpin pemimpin Pemuda PAS.

*Glossari –Quangodidefinisikan oleh kamus Merriam-Webster sebagai:

British : a partly autonomous regulatory agency; especially : one in Britain organized outside the civil service but financed and appointed by the government
Published in: on January 14, 2008 at 00:03  Comments (2)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/01/14/quango-husam-musa-ala-khairy-disenaraikan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

2 CommentsLeave a comment

  1. salam dari pejuang KMU , Panglima Malaysia

  2. http://www.mykmu.net


Leave a comment