Hairul Azreen lamar Hanis Zalikha secara langsung di TV

Hairul Azreen lamar Hanis Zalikha secara langsung di TV

5 Jan – Pelakon Hairul Azreen membuat kejutan dengan melamar kekasihnya , aktres dan juga pengacara Hanis Zalikha, yang di siarkan secara langsung di pentas "Gegar Vaganza" yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil semalam.

Memetik laporan daripada mStar, Hairul muncul di pentas menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama Kristal menerusi lagu "Marry Me" dan membuat aksi 'breakdance'.

Sebelum itu, Hairul sendiri sudah berjumpa dengan ibu bapa Hanis untuk meminta restu sebelum melamar anak mereka.

"Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

"Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza) saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk mendapat restu mereka.

"Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikah awak menjadi isteri saya?"

Hanis yang terkedu dengan lamaran tersebut tidak menjawab soalan tersebut dan kemudian mengangguk malu tanda setuju selepas di tanya sekali lagi.

"Ya, saya terima lamaran ini, InsyaAllah," ujar Hanis.

Penonton turut bersorak dengan kejutan tersebut dan menandakan keterujaan mereka terhadap pasangan itu.

[Sumber Foto: Melvister]