Top Men's High Jump
Pemegang rekod dunia dalam acara lompat tinggi
Nama : Javier Sotomayor
Negara : Cuba Rekod Ketinggian : 2.45 meter Tahun : 1993 Pencapaian : Beliau adalah dua kali pemenang pingat emas di Kejohanan Dunia IAAF di Athletics dan juga memenangi dua pingat perak pada pertandingan tersebut. Pada Kejohanan Tertutup Dunia IAAF, dia memenangi empat pingat emas antara 1989 dan 1999. |
Nama : Stefka Kostadinova
Negara : Bulgarian Rekod Ketinggian : 2.09 meter Tahun : 1987 Pencapaian : Memenangi pingat emas di Kejohanan Indoor Athletics Eropah dan Kejohanan Tertutup Dunia. Seterusnya, dia menetapkan rekod dunia 2.09m dalam acara melompat tinggi wanita pada Kejohanan Athletic World 1987 yang diadakan di Rom. |
Pengenalan
Merupakan satu acara sukan yang mengunakan ketinggian sebagai penentu kejayaan. Acara lompat tinggi ini sudah lama bertapak di arena sukan olahraga dalam dikategorikan dalam acara padang. Acara lompat tinggi memberi kebebasan kepada peserta untuk memilih gaya lompatan yang sesuai dengan daya serta keupayaan mereka.
Menyorot kembali perkembangan acara lompat tinggi, cara dan teknik lompat tinggi telah mengalami perubahan daripada aspek gaya lompatan, pusingan dan juga flop. Banyak gaya lompatan terdapat dalam acara ini seperti gaya gunting dan gaya timur. Namun setelah melalui beberapa transisi, atlit pelompat tinggi sekarang lazimnya mengunakan teknik lompatan Fosbury Flop.

Gaya lompat tinggi
Pelbagai jenis gaya lompatan yang telah dikelaskan mengikut teknik dan kemahiran.
Gaya guling barat
|
Gaya pelana
|
Gaya Fosbury Flop
Gaya Gunting
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur
Gaya Timur
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas diayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
Gaya Guling Barat
Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.
Gaya Pelana
Gaya ini hamper sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.
a) Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.
b) Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakann ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.
c) Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
d) Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop .Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang
( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk.
Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.
a) Penujuan
Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.
b) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hamper selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan diayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.
c) Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (menendang palang) sambil melentikkan badan. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lantikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk pendaratan.
d) Pendaratan
Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat).