Terpaksa Ditidurkan & Jalani Pembedahan Lepas Bersalin, Aril Pilus Maklum Keadaan Terkini Isteri

“Alhamdulillah, isteri saya dah sedar”

Demikian respon penyanyi dan pengacara, Aril Pilus mengenai keadaan isterinya, Puteri Erma yang telah ditidurkan selepas menjalani pembedahan pembuangan fibroid dan rahim.

Pembedahan tersebut dibuat selepas Puteri Erma selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Isnin.

Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi lagu, Menatap Matamu itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.

Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Isnin, Aril memaklumkan isterinya telah mengalami pendarahan dan tidak berada dalam keadaan stabil sejurus selepas melahirkan cahaya mata kedua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairil Azam Pilus (@arilpilus)

“Syukur atas kurniaan Allah swt, isteri saya selamat melahirkan Baby Manja jam 10:20 pagi. Bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum stabil.

“Kesan daripada pendarahan yang tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibroid) yang melekat dibahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendarahan berhenti.

“Setelah mendapat nasihat daripada Dr, isteri saya sekali lagi dimasukkan kedalam OT untuk proses pembuangan fibroid dan rahim. Doakan isteri saya selamat dan kembali sihat seperti sedia kala,” tulisnya.

Sekadar informasi, Aril dan Puteri Erma telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Disember 2013 turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Tun Adriel Mikael.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aril Pilus


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply