Gambar Bendera Palestin, Tema Wallpaper, Background Mewarna

Bendera Palestin, Wallpaper & Background Free Palestine

Doa adalah senjata yang paling kuat. Marilah kita bersama-sama mendoakan keamanan dan kesejahteraan Palestin.

Berikut dikongsikan beberapa imej dan gambar bendera Palestin yang boleh dijadikan sebagai wallpaper, background dan sticker yang dikumpulkan dari pelbagai sumber untuk dicetak, digunakan di media sosial atau aktiviti bahan bantu mengajar dan sebagainya.

Semoga sokongan kita terhadap Palestine sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan dan kesengsaraan yang mereka sedang hadapi.

Bendera Palestin, Wallpaper & Background Free Palestine

“Ya Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang, kami berdoa dengan hati yang tulus, memohon rahmat dan perlindungan untuk saudara-saudara Islam kami di bumi Palestine. Mereka yang menghadapi ujian dan mereka yang menanggung beban yang berat.

Ya Allah, lapangkanlah jalan bagi mereka untuk mencapai keamanan dan keadilan. Lindungilah mereka dari segala bentuk kezaliman dan bahaya. Angkatlah darjat mereka dan kabulkanlah impian mereka untuk hidup dalam kedamaian.

Ya Allah, berikanlah mereka kekuatan untuk terus bersabar dan berpegang teguh pada iman mereka.

Ya Allah, satukanlah hati dan fikiran umat Islam di seluruh dunia untuk berdoa pada saudara-saudara kami di Palestin. Berikanlah kami kekuatan untuk berdiri bersama dalam menghadapi segala rintangan dan ketidakadilan.

Ya Allah, jadikanlah tanah Palestin tempat kedamaian, keadilan, dan kebebasan untuk semua penduduknya.

gambar bendera palestine free palestin

CONTOH GAMBAR BENDERA PALESTIN UNTUK DICETAK:

gambar bendera palestin
gambar bendera palestin
gambar bendera palestin

TRIVIA BENDERA PALESTINE

WARNA DALAM BENDERA PALESTIN

Bendera Palestin terdiri daripada tiga jalur melintang dan satu segi tiga.

Jalur pertama berwarna hitam, diikuti dengan putih dan hijau.

Manakala satu segi tiga berwarna merah terletak di bahagian kiri bendera dengan bucu yang mengarah ke kanan.

MAKSUD WARNA DALAM BENDERA PALESTIN

Tahukah anda, warna-warna yang terdapat pada bendera Palestin mempunyai maknanya yang tersendiri menurut Palestinian Academic Society for the Study of International Affair (PASSIA).

gambar bendera palestin
Sumber: The Origins Of The Palestinian Flag, PASSIA

Warna hitam pada bendera Palestin merupakan simbol menuntut bela pada awal kemunculan Islam. Pada era tersebut, tentera-tentera Islam memakai serban atau penutup kepala berwarna hitam.

Seterusnya, warna putih pula untuk memperingati peperangan pertama Rasulullah SAW iaitu Perang Badar manakala warna putih digunakan sebagai warna berkabung.

Warna hijau merupakan simbol ketaatan kepada Saidina Ali, sepupu Rasullah SAW yang pernah berselubung dengan selimut hijau di tempat tidur baginda dalam satu serangan.

Akhir sekali ialah warna merah yang melambangkan negara Islam pertama yang bangkit selepas era Khalifah Uthman III.

Sumber: Facebook Sri Al Amin Kemaman
bendera palestin wallpaper background palestine
gambar bendera palestin

Frame Palestin

Muat turun file berikut untuk menggunakan frame di Facebook :

https://tinyurl.com/FrameSokongPalestine

Sumber : Nisa’ Malaysia  

Ya Allah, Engkau Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Adil. Kabulkanlah doa kami, dan jadikanlah saudara-saudara kami di Palestin dalam lindungan-Mu sentiasa . Aamiin.

Semoga saudara seagama di sana diberikan kekuatan dan kesabaran dalam melalui dugaan.

Doakan agar diberikan kemenangan dan keamanan.

*Kredit sumber gambar dari pelbagai sumber di Facebook & media sosial

Baca juga: Qunut Nazilah : Panduan & Doa Untuk Palestin

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!