Daun Kesum: Khasiat Pada Kesihatan & Cara Tanam Yang Betul

Daun kesum atau daun laksa, kedua-duanya membawa gelaran yang sama bagi sejenis tumbuhan herba yang menjadi kegemaran peminat hidangan laksa.

Namun tahukah anda, daun ini sebenarnya mengandungi nilai manfaat yang cukup banyak kepada kesihatan?

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat daun kesum dan tips mudah untuk tanam di rumah.

Baca juga:

Apa itu daun kesum?

Aisya Ismail

Daun kesum (Vietnamese coriander) atau nama saintifiknya  ‘polygonum minus’ adalah sejenis tumbuhan herba yang tidak asing lagi bagi kebanyakkan masakan Melayu.

Biasanya terdapat 2 jenis daun kesum yang boleh anda temukan di sini sama ada dari jenis menjalar atau menegak.

Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Selain digunakan sebagai penambah rasa dan aroma dalam masakan, ia juga kaya dengan pelbagai khasiat untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan manusia.

Kandungan nutrisi dalam daun kesum

Berikut adalah kandungan nutrisi bagi setiap 100 g daum kesum:

NutrisiKandungan Nutrisi
Air73.2 g
Protein2.8 g
Lemak0.7 g
Karbohidrat18.4 g
Serat2.8 g
Kalsium232 mg
Fosforus19 mg
Ferum3.2 mg
Natrium19 mg
Kalium308 mg
Karotena7433 mg
Vitamin A1239 mg
Vitamin B10.15 mg
Vitamin B20.2 mg
Niasin2.8 mg
Vitamin C125 mg

Khasiat daum kesum

Terdapat banyak khasiat daun kesum kepada kesihatan manusia. Berikut adalah antara khasiatnya:

1. Merawat masalah kembung perut

Daun kesum sangat menggalakkan proses pencernaan. Sekiranya anda menghadapi masalah penghadaman seperti kembung perut, cuba ikhtiar dengan petua ini.

Ambil segenggam daun kesum yang telah dibasuh. Hancurkan menjadi cecair untuk diminum.

Untuk baki yang tinggal, sapukan di sekeliling pusar anda. Ia akan memberikan kelegaan segera untuk mengatasi masalah kembung perut tersebut.

2. Merawat selesema

Selain itu, daun ini juga dianggap sebagai penyelesaian yang terbaik bagi anda yang inginkan rawatan selesema secara semulajadi.

Hanya basuh segenggam herba ini dan kisarkan bersama halia segar dan sedikit air. Kemudian tapiskan ia dan diminum sebagai penawar.

3. Kaya dengan antioksidan

Kandungan antioksidan dalam daun kesum sangat tinggi sehingga ia mampu untuk melindungi sel sihat dalam tubuh badan anda daripada tekanan oksidatif disebabkan oleh radikal bebas.

Penyakit kronik yang biasa dikaitkan dengan herba ini adalah seperti penyakit kantung, keradangan, diabetes, kanser dan Alzheimer.

4. Mengubati penyakit kulit

Berdasarkan kepada Jurnal Kesihatan Andalas, pengkaji ada menyebut berkenaan khasiat daun kesum untuk mengatasi pelbagai masalah penyakit kulit seperti kudis.

Kandungan seperti flavonoid, saponin, alkaloid, fenol, dan terpenoid dalam daun ini bersifat antikulat sehingga ia boleh digunakan untuk melawan bakteria dan kulat penyebab penyakit kulit.

5. Mengatasi masalah keputihan

Bagi kaum wanita, masalah keputihan adalah masalah kewanitaan yang tidak lazim berlaku.

Keputihan adalah lendir berwarna putih, kelabu atau krim yang keluar daripada faraj wanita disebabkan pelbagai faktor seperti ketidakseimbangan hormon, jangkitan kulat, dan sebagainya.

Dengan adanya herba ini, anda boleh gunakannya untuk mencegah keputihan kerana ia bersifat antibakteria dan antikulat.

Apa yang perlu anda lakukan mudah sahaja. Cukup dengan merebuskan daun ini bersama air.

Lalu gunakan air rebusan tersebut untuk membasuh bahagian vagina anda setiap kali selepas mandi.

6. Mencegah kanser

Khasiat herba ini yang berikutnya adalahh mampu untuk mencegah dan merawat kanser.

Para saintis mendapati bahawa, ekstrak daun ini mengandungi ciri-ciri antikanser, misalnya terhadap sel-sel kanser mulut, limfoma, leukimia, payudara, hati, mulut dan usus besar.

Ia membantu mencegah gejala pembiakan sel-sel tersebut dengan lebih pesat. Namun begitu, kajian klinikal yang lebih mendalam diperlukan untuk mengesahkan dapatan tersebut.

7. Menguatkan stamina lelaki

Mungkin tidak ramai tahu manfaat herba ini sebagai penguat stamina kaum lelaki. Dikatakan bahawa ekstrak daun ini boleh menaikkan libido pada lelaki bagi mendorong kemampuan seksual.

Justeru tidak hairanlah produk tradisional yang menggunakan daun kesum sebagai bahan utama banyak dijual di pasaran khususnya kedai perubatan tradisional.

Cara tanam daun kesum di rumah

SP Models

Cara yang paling mudah untuk tanam daun kesum adalah dari dahan pokok kesum itu sendiri.

Anda perlu rendamkan dahan pokok tersebut dalam botol atau balang lutsinar yang berisi air. Pastikan buang terlebih dahulu lebihan daun yang terdapat pada bahagian bawah dahan.

Kemudian, letakkan pokok kesum ini di tempat yang sedikit terlindung bukan dibawah cahaya matahari terus.

Tambahkan air jika anda nampak airnya semakin surut. Tidak perlu letakkan baja. Dalam masa sebulan selepas ditanam, daunnya akan membesar dengan rimbun.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat daun kesum dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.

Sumber:

  1. Vietnamese Coriander – Uses, Side Effects, and More. WebMD
  2. Health Benefits of Vietnamese Coriander. Health Benefits Times
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!