Ubat Cacing Budak: Jenis dan Waktu Sesuai Untuk Diambil

Apakah ubat cacing budak yang sesuai untuk diambil dan kesan sampingannya kepada kesihatan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis-jenis ubat cacing budak untuk merawat masalah ini dari semakin teruk.

Baca juga:

Jangkitan cacing pada kanak-kanak

Cacing adalah sejenis parasit yang hidup di dalam saluran usus manusia. Setiap orang boleh dijangkiti cacing tetapi selalunya risiko lebih tinggi kepada golongan kanak-kanak.

Hal ini kerana, kanak-kanak gemar bermain di tanah dan menggaru dubur sehingga memudahkan mereka dijangkiti cacing seperti cacing rambu, cacing gelang, atau cacing jarum.

Biasanya, kanak-kanak yang terkena jangkitan cacing akan mengalami kekurangan zat (cacing akan ‘mencuri’ nutrisi dan mineral dalam badan) dan menyebabkan pertumbuhan atau tumbesaran fizikal kanak-kanak tersebut terganggu. 

Jika masalah ini tidak dirawat dengan segera, mungkin anak anda akan mengalami penyakit berbahaya seperti masalah usus tersumbat, atau sebagainya. Ia juga mungkin boleh meragut nyawa anak anda.

Jenis ubat cacing budak

Berdasarkan penyelidikan kami, berikut ialah tiga ubat cacing budak terbaik untuk kanak-kanak.

1. Albendazole

Albendazole tergolong dalam keluarga ubat yang dikenali sebagai anthelmintik, yang digunakan untuk merawat jangkitan cacing. 

Ia berfungsi dengan menghalang cacing daripada menyerap gula (glukosa); akibatnya, cacing kehilangan tenaga dan mati.

Ubat ini diambil secara oral dalam bentuk tablet, dan ia berfungsi paling baik apabila diambil selepas makan.

2. Mebendazole

Mebendazole ialah ubat yang dijual di bawah banyak jenama. Ia digunakan untuk merawat beberapa serangan cacing parasit seperti ascariasis, cacing kremi, jangkitan cacing tambang dan guinea, penyakit hidatid dan giardia.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mebendazole berfungsi dengan baik dan sesuai digunakan bagi kanak-kanak berumur 2-4 tahun. 

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dilakukan mengenai keberkesanannya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

3. Pyrantel

Pyrantel ialah ubat anthelmintik yang secara khusus merawat cacing kremi dengan melumpuhkannya. Cacing yang mati nantinya akan terus keluar melalui najis.

Pyrantel telah diuji pada kanak-kanak berumur lebih dari dua tahun, dan ia telah diketahui berkesan tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan yang serius.

Bila perlu ambil ubat cacing

ubat cacing budak

Ubat cacing disarankan untuk dimakan setiap enam bulan sekali. Namun, sekiranya anda menghadapi tanda-tanda dibawah, pastikan anda segera mengambil ubat cacing. Tanda-tanda tersebut adalah seperti:

1. Terdapat cacing pada najis

Sekiranya terdapat cacing pada najis, ia menandakan berkemungkinan besar individu tersebut telah terkena jangkitan cacing.

Bahkan, lebih teruk lagi sekiranya terdapat telur (bintik putih) yang turut kelihatan pada najis. Ia menandakan cacing tersebut telah membiak di dalam tubuh. 

2. Tidak berselera untuk makan

Kehilangan selera makan boleh jadi petanda pelbagai jenis penyakit termasuklah jangkitan cacing.

Cacing yang masuk ke dalam tubuh anda akan mengeluarkan asid ke bahagian dinding perut anda.

Hal ini boleh menyebabkan perut anda tidak selesa dan selera makan akan berkurang.  Sistem pencernaan anda juga boleh terganggu. 

3. Sering lapar walaupun baru habis makan

Cacing adalah merupakan parasit. Ia akan ‘mencuri’ zat-zat daripada makanan atau minuman yang anda ambil.

Oleh itu, anda sering berasa lapar walaupun sebenarnya baru sahaja selesai makan. Secara tidak langsung keadaan ini akan menimbulkan masalah kesihatan yang lain. 

4. Berat badan sukar bertambah / turun mendadak

Apabila cacing-cacing di tubuh anda ‘mencuri’ semua zat yang diperlukan oleh tubuh, ia akan menyebabkan berat badan anda turun walaupun anda tidak berusaha untuk itu.

Selain itu, ia juga menyukarkan anda untuk menambah berat badan walaupun anda sudah makan sebanyak mungkin. 

5. Timbul ruam

Ruam terjadi boleh disebabkan oleh banyak faktor. Salah satunya ialah jangkitan cacing. Apabila terkena jangkitan cacing, ia tidak hanya memberi kesan kepada kesihatan dalam anda.

Bahan kimia yang dikeluarkan oleh cacing-cacing yang berada di dalam tubuh anda boleh menyebabkan masalah ruam atau kemerahan serta gatal di kulit anda. 

6. Gatal bahagian lubang dubur

Kegatalan pada lubang dubur adalah disebabkan oleh cacing yang terlekat pada lubang tersebut semasa berlakunya pergerakan najis.

Kegatalan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan sekaligus boleh mengakibatkan lubung dubur anda sakit dan pedih. 

Tips untuk mencegah jangkitan cacing

ubat cacing budak

Selain menggunakan ubat cacing budak ini, anda perlu mengajar anak-anak anda mengatasi masalah jangkitan cacin

  • Sentiasa menjaga kebersihan, basuh tangan menggunakan sabun dan teknik yang betul.
  • Pastikan anda sentiasa menggunakan alas kaki (selipar/kasut) semasa berjalan di luar rumah.
  • Pastikan ada membasuh sayuran dan buahan dengan bersih sebelum memasak. 
  • Elakkan memakan makanan yang mentah/tidak dimasak sepenuhnya. 
  • Gunakan sarung tangan apabila memegang sebarang kotoran termasuk najis haiwan peliharaan anda. 
  • Makan ubat cacing mengikut nasihat doktor. 

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat cacing budak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Worm In Kids. Raising Children Network
  2. The Best Deworming Medicine for Kids: A Friendly Guide. Ayu Health
  3. Jangkitan Cacing. My Health
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!