🔖Siri 19 : Surah Al-Baqarah ( 02 : Ayat 45 ) Sabarlah & Solatlah.. Penolong Kita Dalam Kehidupan 🤲
Kategori: Tadabbur Al-Quran
Keterangan:

🕋 Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

🕋 Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran.💕..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَٱسۡتَعِینُوا۟ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِیرَةٌ إِلَّا عَلَى
ٱلۡخَـٰشِعِینَ ﴿ ٤٥ ﴾

“ Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu’ ”.
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🕜 Di dalam ayat ini Allah S.W.T memerintahkan kepada para hambaNya bagi meraih kebaikan di dunia dan di akhirat dengan cara menjadikan sabar dan solat sebagai penolong dalam segala aspek kehidupan.

🕜 Ayat ini turut menyatakan bahawa solat itu berat (susah) untuk dikerjakan kecuali bagi mereka yang khusyu’ (tunduk dan rendah hati bahawa dirinya adalah hamba Allah S.W.T).

🕋 PENGAJARAN

🕜 Kita sebagai hamba yang lemah sentiasa memerlukan pertolongan. Maka, mintalah pertolongan daripada Allah S.W.T dengan sabar dan solat.

🕜 Sabar dan solat adalah alat pengukuh peribadi muslim sehingga lahir jiwa yang khusyu’.

🕜 Kita harus sedar bahawa Allah S.W.T sangat cinta dan kasih kepada kita. Boleh jadi, ujian yang diberikan itu sebenanya bukan untuk membebankan kita dengan masalah tersebut melainkan untuk menyuruh kita kembali memohon kepadaNya (dengan solat).

🕜 Sabar seorang hamba itu ialah bersabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah S.W.T, bersabar dalam menahan diri dari segala perbuatan maksiat dan bersabar terhadap musibah yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T dengan tidak berkeluh-kesah serta mengharapkan keredhaanNya.

🕜 Orang-orang yang khusyuk itu ialah mereka yang memiliki rasa takut kepada Allah S.W.T dan pembalasanNya, cinta kepadaNya dan percaya kepada janji dan ancamanNya.

#BacaAl-Quran
#FahamiAl-Quran
#AmalkanAl-Quran

📚Rujukan : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

<< Back