UHIS1022-73 Falsafah dan Isu Semasa

Kajian Luar: Isu Pembuangan Bayi

Pengenalan

Kumpulan kami telah memilih isu pembuangan bayi sebagai tajuk kajian luar kami. Hal ini demikian kerana isu pembuangan bayi semakin meningkat di Malaysia sehingga menjadi buah mulut orang ramai. Oleh itu, kami telah menyediakan satu proposal mengenai isu ini dan telah diterima oleh pensyarah kami.

Selepas itu, kami menjalankan penyelidikan melalui borang soal selidik (Google Form) dan menganalisis respon-respon tersebut. Setelah analisis dilakukan, kami mencari beberapa penyelesaian untuk menangani masalah ini dan kajian ini telah dibentang dalam kelas melalui PowerPoint slide. Tambahan pula, kami juga mecipta satu poster mengenai isu pembuangan bayi dan video pembentangan untuk kajian luar ini.

Melalui kajian ini, kami mendapati bahawa ramai remaja yang terlibat dalam isu pembuangan bayi. Oleh itu, kita memainkan peranan yang penting untuk sentiasa mengawasi dan menasihati anak atau rakan sekeliling supaya menjauhkan diri daripada perkara yang negatif ini.

 

Poster Isu Pembuangan Bayi

Video Isu Pembuangan Bayi

Fail untuk dimuat turun