Está en la página 1de 2

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Posted on the November 27th, 2009 under Tempatan by johnjimat

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri


daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak
berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.
Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak
tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil
yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah.
Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)


melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama
bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap
bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran
anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran


anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430
(44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang


Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

También podría gustarte