Antara Blogger Pro BN dan Cicak Tokek

14 04 2013

jcs-gekko-gecko-52510

Ku Sangka Intan Rupanya Arang Batu

Dulu-dulu semua duk cari cicak toket. Kununnya bisa jadi penawar AIDS. Berbondong-bondonglah manusia dari yang kecik hingga ke yang besar, dari yang muda hingga yang tua, rela meredah hutan dan rok (semak) demi memburu makhluk ini yang spesisnya dianjurkan bunuh jika terjumpa di dinding rumah. Sekarang cicak tokek sudah tidak ada harga lagi. Orang yang membelanya sekarang pula seolah memikul biawak hidup.

Hanguslah secara tragis duit modal buat membeli cicak tokek yang diharapkan memberi pulangan lumayan. Hanguslah juga duit ribu-riban yang dibayar kepada blogger-blogger pelucahan seperti Papagomo. Nanti akan menyesallah tangan-tangan yang menghulurkan duit kepada mereka dan ingatlah, dosa-dosa fitnah itu juga terpikul sama oleh tangan yang membayar itu.

Blogger Pro BN Tidak Akur Rukunegara ke-5
Begitu kini cicak toket tidak dipandang lagi, begitu jugalah kebanyakan blogger Pro BN tidak lama lagi. Tindakan mereka yang melampaui batasan “Kesopanan & Kesusilaan” menyebabkan ramai yang sudah muak dan jelek. Mereka tidak percaya lagi akan tulisan mereka malah mereka kini dianggap sebagai liabiliti besar bagi BN. Demi melonjakkan ranking dan jumlah pembaca, blogger Pro BN tanpa rasa bersalah memaparkan artikel-artikel yang berencahkan kelucahan dan keaiban.

Rasulullah Hampir Terbunuh kerana Cicak
Moyang cicak / tokek jugalah yang berbunyi unyuk memberitahu musuh bahawa Rasullulah bersembunyi di dalam gua Tsur semasa diburu oleh kaum musyrikin. Mujurlah labah-labah yang terlebih dahulu pantas membuat sarang bagi menutup kemungkinan baginda bersembunyi di situ. Perihal cicak / tokek juga banyak diceritakan dalam kitab agama, antaranya :

1. Rasulullah bersabda, “Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin berkobar membakar-pen) Nabi Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari).
2. Ibnu Hazem Al Andalusi menyatakan: “Cicak adalah salah satu binatang yang paling menjijikkan.” (Al Muhalla 7/405).
3. As Syaukani menyatakan: “Cicak itu termasuk binatang melata yang mengganggu manusia, dan tokek adalah salah satu spesies darinya yang berbadan lebih besar.” (Nailul Authar 8/200).

Semakin Melalut ke Laut, Semakin Kuat Meluat
“Ibarat lempar batu sembunyi tangan” atau “Kentut berbau tiada mengaku” (ni peribahasa yang saya rekalah), hingga kini tiada seorang pun mengaku dialah “Perwira Utama BN” Papagomo. Blogger yang mencetusakan “fenomena”. Semasa riuh Papagomo kununnya nak berlawan dengan DSAI di Permatang Pauh, hanya jurucakap yang dihantar. Empunya diri belum berani untuk menunjukkan muka. Macam ni nak cadi calon ? Apa ko ingat nak bagi suspen ke ? Rasanya, pengumuman nak bertanding itu hanya sekadar gimik propaganda murahan.

Perlu diingat, tak semua orang UMNO setuju dengan Papagomo, malah ramai antara mereka semakin kuat meluat kepada Papagomo. Artikel Papagomo bukan sahajakebanyakkannya tiada nilai dan picisan bahkan layak boleh dibakulsampahkan. Blogger yang tiada etika penulisan yang baik yang akan menjadikan BN kalah besar PRU 13 nanti.

Papagomo Orang Besar BN ?
Kadang-kadang terdetik di hati saya, mungkinkah Papagomo ini orang atasan BN dan bukanlah Wan Mohd Azri seperti yang kita percaya ? Mungkinkah Papagomo entiti secara berkumpulan ? Ye lah, betul-betul istimewanya Papagomo hingga diberikan keizinan untuk mengambil gambar dalam kapal selam tidak lama dahulu. Nak meyakinkan rakyat akan tidak bocornya kapal selam negara tetapi di masa sama membenarkan blogger ini membocorkan rahsia pertahanan negara.

Dulu Blogger, Kemudian VLogger, Sekarang XLogger
Modus operandi – XLogger (Sex Blogger) yang dijadikan pegangan sebenarnya memberikan imej buruk dan membinasakan UMNO secara diam-diam. Bersorak-sorak mereka kerana berjaya mengaibkan pihak lawan tetapi tanpa sedar kain mereka pula terlucut. Hisyamuddin sepatutnya memberi nasihat kepada Papagomo “Blogger Pertama yang dianugerahkan passport menaiki Kapal Selam Scorpene KD Tun Razak”, yang dengan bangganya memuatkan gambar “melancong” termasuk gambar anak kapal dan bahagian dalaman kapal ke blog miliknya.

Lucah dan BN Berpisah Tiada

Lucah dan BN dewasa ini seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Serangan secara fitnah seks menjadi keutamaan untuk menghapuskan musuh politik dalaman atau luaran mereka. Perkara yang tidak benar, kalau diulang-ulang mungkin menyebabkan orang lain was-was dan sedikit percaya. Cuma kalau silap haribulan (memang silap haribulan pun, tahun pun silap baca), orang bukan semakin tidak percaya malah semakin jelek dan muak dengan rakusnya budaya kelucahan yang tiada sempadan. Anehnya, pemimpin atasan BN sedikit pun menegur malah seolah merestui penulisan luar tabie ini.

UFB Ikhlas Memberi Pencerahan
Ustaz Fathul Bari atau nama glemer diberi, UFB, adalah antara ulama BN yang memberi komen dan nasihat secara jujur berkenaan isu video seks sebagai senjata politik ini. UFB menekankan perkara utama : Tidak boleh sengaja mencari keaiban orang lain. Rasulullah sendiri pernah cuba mengelak beberapa kali apabila seorang lelaki mengaku pernah berzina di hadapannya. Sebanyak 4 kali baginda mengelak anmun elaki tersebut tetap mengaku telah melakukan zina. Akhirnya baginda bertanya “Adakah kamu gila ?”, lelaki itu menidakkanya. “Adakah kamu telah berkahwin?”, lekai itu berkata “Ya”. Selepas itu barulah Rasulullah memerintahkan hukuman rejam sampai mati kepada lelaki tersebut.

Kesaksian Palsu – Rasulullah Bangun Tatkala Mengucapkannya
Ironinya, dunia sekarang betul-betul lain macam. Kita cuba sedaya upaya untuk mengaibkan orang lain dengan menambah-nambah benda yang tidak ada. UFB juga berkata, sekiranya perilaku seks tersebut benar-benar berlaku tidak perlu membuka keaiban orang. Jika tidak benar, kesaksian palsu hukumnya amatlah berat hingga pernah Rasulullah bangun apabila sampai kesalahan kesaksian palsu semasa memberitahu 7 dosa-dosa besar (bukan 7 dosa-dosa besar yang Najib cakap tu – ini pun tak de ulama BN yang tegur ke ? Sempoi je Najib keluarkan “fatwa” baru tentang dosa-dosa besar).

2020 : Lucah Bukan lagi Taboo ?
Mungkinkah akan datang, produk kelucahan seumpama kondom yang mudah didapati di kedai 24 jam ? Bukankah memiliki dan mengedarkan bahan lucah adalah satu kesalahan ? Kenapa pihak berkuasa hanya mendiamkan diri. Adakah kita mahu lucah-melucahi menjadi satu perkara biasa satu hari nanti ? Demi laba dunia dan keterlangsungan politik, pemimpin BN sanggup berpegang slogan “Matlamat menghalalkan cara” atau ” U help me, I help you ” (ni pun bukan rasuah ke kekdahnya ?)? Rakusnya mereka ini, melampaunya mereka ini, ayuh mari kita humbankan mereka dalam kekalahan yang bakal mengubah senario politik negara.

Soalan Cepumas !
Mungkinkah spesis XLogger picisan seperti Papagomo semakin pupus seperti Cicak Tokek ? Kita tunggu sajalah, INI KALI LAH !

Pantun Cepumas !


Akhir kata, terimalah pantun hamba :
“Di rumah Karpal, Nik Aziz potong kek,
Umpama serasi, bulan dan roket. 
Dulu mak ai, semua cari tokek, 
Sekarang balaci, pasai nak cari makan, jaja cerita k*ng-kek. !” 

Hik, hik, hikkk ! Uwekkk ! 

Foto pantun dua kerat kerat menjadi 4 kerat pada cermin belakang kereta Wira milik penyokong kuat PAS berhampiran dimarkas PAS Kg. Buluh. Siap ada pedang bersilang dan grafik Ustaz Azhar. Tabik spring dengang deme. Glemer doh kete deme kalaih ni.

578323_447649621978149_1451488806_n

Anak muda Kampung Buluh Bangkit. Guna apa saja yang ada untuk kreativiti. Bereh ah, aku wat masuk doh gambor deme dalam internet.

cropped-cropped-banner_blackblue311.jpg


Tindakan

Information

Tinggalkan komen