Pelakon Usop Wilcha berseloroh memohon pandangan pihak berkuasa untuk meludah dan menghumban pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq ke dalam sungai jika terserempak dengannya.

Kata Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri, 55, terkilan dengan kenyataan terbuka untuk menghapuskan tulisan dan bahasa Cina di Malaysia yang tular baru-baru ini.

"Kepada @PDRMsia, minta maaf kalau teman nak tanya dan minta pendapat.

"Boleh tak andai kata teman jumpa makhluk dalam gambor ni, teman ludoh kat muka dia dan lempor kat sungei.

"Kalau tak boleh tak apa, teman tanya je dulu. Udoh makin ramai sangat individu buat kenyataan secara terbuka macam ni," tulisnya di akaun Twitter pada Rabu.



Tidak dapat dipastikan motif sebenar Usop memuat naik kenyataan terbabit namun, pelakon Hantu Kak Limah itu turut berkongsi sekeping foto Ustaz Abu Syafiq bersama tweetnya itu.

Terdahulu, kenyataan menerusi video pendakwah terbabit yang menggesa agar tulisan dan bahasa Cina segera dihapuskan di Malaysia mengundang pelbagai persepsi ramai.

Malah, ada dalam kalangan selebriti turut terkesan dengan kenyataan tersebut.

BACA: "You Tak Layak Jadi Ustaz!" - Alvin Chong Tempelak Pendakwah Suruh Cabut, Buang & Hapuskan Tulisan Cina

Gurauan Usop itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial itu termasuk yang bersetuju dengan permohonannya.

Namun, Usop dalam masa sama mendoakan agar orang ramai sentiasa mencari keredaan dan kemuliaan Allah.