Pemergian Allayarham Ashraf Sinclair mungkin meninggalkan banyak kesan bukan sahaja kepada ahli keluarga, tetapi juga kepada sahabat-sahabatnya di Malaysia.

Instagram Allahyarham sentiasa dipenuhi dengan gambar-gambar keluarga, isteri, anak, ibu bapa serta adik beradik menjadi bukti bahawa beliau sangat menyayangi keluarganya dan tidak sibuk memikirkan tentang cantik susun atur dan sebagainya.

Perkara tersebut mungkin menyentuh hati ramai dan mungkin kerana itu juga ada segelintir selebiriti yang mula berkongsi gambar bersama insan tersayang mereka di Instagram masing-masing.

Dalam satu entri di Instagram, Linda Rafar turut mengakui sebelum ini dia terlalu bimbang dengan apa yang mungkin orang cakap jika kerap berkongsi gambar bersama suami.

"Linda susah nak post picture hubby takut orang tak suka dan cakap nak menunjuk-nunjuk. Tapi bila fikir, hidup ni sangat singkat dan kita tak tau caturan Allah.

Linda susah nk post picture hubby takut org tak suka n ckp nk menunjuk2 tp bila pikir hidup ni. sangat singkat dan kita tak tau caturan allah.. samaada kita atau dia yg akan pergi dulu? Jadi mlm ni jom kita sama2 post pict org yg kita sayang.. insyaallah allah panjangkan umur kita dah hidup kita berkhati Allah SWT .. i love u papa @syedaiman75 ?

A post shared by LRHIJAB FOUNDER (@lindarafar) on


"Sama ada kita atau dia yang akan pergi dulu. Jadi malam ni jom kita sama-sama post pict orang yang kita sayang. Insya-Allah, Allah panjangkan umur kita dah hidup kita diberkati Allah SWT. I love you papa @syedaiman75," tulis Linda pada entri tersebut.

Linda Rafar atau nama sebenarnya Azlinda Abd Rafar mengahwini pelakon Syed Aiman atau nama sebenarnya Syed Kamaruzaman Syed Mahmud pada tahun 2006 dan merupakan perkahwinan keduanya.