Pelakon yang popular dengan panggilan Usop Wilcha idam watak serius selepas lebih dikenali sebagai pelakon komedi.

Kata Usop Wilcha atau nama sebenarnya, Syed Mohammed Asri, 56, kebanyakan produksi masih mahukan dirinya untuk berjenaka meskipun diberikan karakter serius.

“Alhamdulillah... pertama kali selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ada last minute small job untuk beberapa jam.

“Kenapa ya kena karektor serius, tapi mereka ni bukan boleh tengok muka saya yang makin hensem ni, mesti nak juga suruh buat lawak...

“Bila lah saya nak dapat watak serius yang betul-betul serius.... Apa-apa pun terima kasih pada yang masih bagi sokongan pada saya...,” tulisnya.

Aktor yang terkenal menerusi filem Zombi Kampung Pisang itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

A post shared by YB - Yang Bakor (@real_usopwilcha_admin)

Dalam kemas kini tersebut Usop memuat naik foto terbaharunya yang memakai sut.

Nama Usop Wilcha berasal daripada watak yang dibawakan dari filem Zombi Kampung Pisang hingga ke beberapa filem sekuel tersebut.

Usop memulakan kerjaya seninya pada 1996 apabila dia menyanyi dan mengeluarkan satu-satunya album studionya, Terasing di Bumi Sendiri.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!